in ,

Selesai Pantang 44 Hari, Fazura Gembira Cincin Tunangnya Muat Dipakai Semula

Dalam pada peminat menantikan Fazura dan Fattah mendedahkan wajah anak pertama mereka, Fazura telah mengatakan bahawa beratnya sudah pun turun lantaran kini dia dapat memakai semula cincin tunangnya.

Aktres jelita pujaan ramai, Fazura kini selesai menjalani pantang selama 44 hari dan boleh menarik nafas lega kerana bukan sahaja boleh makan makanan kegemarannya malah cincin tunang dahulu juga sudah muat untuk dipakai kembali!

Perkara itu dikongsi Fazura di laman sosial Instagram miliknya dengan kapsyen,

FAZURA

“Yay cincin tunang dah muat balik” – tulisnya sambil tag Fattah 

Sementara itu meninjau di ruangan laman sosial Instagram Fattah, beliau turut berkongsi story sedang menemani Fazura makan makanan kegemarannya.

Awhh sweet la Fattah ni! Dalam pada itu, Fattah sempat bertanyakan pada Fazura apakah perasaannya selepas habis pantang.

FAZURA

“How do you feel selepas habis pantang?”

Aktres itu secara spontan menjawab pertanyaan suaminya,

“Alhamdulillah, tetapi lepas habis pantang pun kena lah jaga” jawab Fazura.

Fazura sebelum ini selamat melahirkan bayi perempuannya yang diberi nama Nur Fatima Aisya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

BigPay Tawar Pinjaman Kepada Golongan Pendapatan Rendah, Tiada Kemudahan Perbankan

Terima Ucapan & Mesej Sweet, Ben Amir Mengaku Rapat Dengan Daiyan Trisha