in , ,

Selepas Sukses di Sarawak, King Laksa Sasar Dibuka di KL & Sabah

Gadai gelang emas berharga RM5,000 demi timba ilmu niaga, usaha wanita ini membuahkan hasil! Tahniah!

Niat asal yang sekadar membantu suami akhirnya membenihkan rasa cinta buat pemilik empayar perniagaan King Laksa Sarawak, Nur Alya Mona Jikim, 38, untuk serius membina masa depan dalam dunia makanan dan minuman (F&B).

Selepas Sukses di Sarawak, King Laksa Sasar Dibuka di KL & Sabah

Malah dengan minat dan kesungguhan yang ada, anak jati Sarawak ini enggan menoleh ke belakang dalam mengangkat jenama makanan berkenaan yang diusahakan sejak tahun 2017.

Selepas Sukses di Sarawak, King Laksa Sasar Dibuka di KL & Sabah

Malah hingga kini, jenama makanan popular di bumi Kenyalang berdaftar di bawah Rizalya Sdn Bhd itu sudah mempunyai dua cawangan restoran di Kota Samarahan dan ICOM Square.

Selepas Sukses di Sarawak, King Laksa Sasar Dibuka di KL & Sabah

“Insya-Allah cawangan ketiga akan dibuka Januari tahun depan di Metro City, Matang, Kuching. 

“Malah sebelum itu, kami bangkit di era pandemik COVID-19 dengan penuh optimis membuka cawangan kedua di ICOM Square. Permintaan dan peningkatan jualan juga mendadak naik ketika itu.

“Insya-Allah fokus lima hingga 10 tahun ke depan lagi, kami bercadang membuka beberapa lagi cawangan di bandar besar di sini. Setiap cawangan juga disasarkan mendapatkan keuntungan RM4 juta setahun,” kata isteri kepada Rizal Jamali ini.

Selepas Sukses di Sarawak, King Laksa Sasar Dibuka di KL & Sabah

Bertindak sebagai pengarah dan isteri pengasas jenama itu, Nur Alya Mona bercadang meneroka peluang dengan melebarkan francais atau perlesenan bagi penambahan cawangan di Sarawak.

“Lima tahun mendatang juga, kami bercita-cita membuka cawangan di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Berkemungkinan awal tahun 2024, kami jangka akan buka cawangan di Bangsar. Insya-Allah dalam masa sama mengintai peluang untuk membuka cawangan di luar negara.

“Malah dalam masa sama, kami mahu terus memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan tercinta menerusi motto Positive Customer Experience Journey. Ia termasuk menyediakan manual operasi perniagaan bagi pasukan kerja dan pengurusan menjalankan aktiviti harian membabitkan pelanggan termasuk maklum balas sebarang ketidak puasan hati pihak mereka.

“Tentunya, visi kami sendiri adalah memasak dan menghidangkan makanan berkualiti tanpa kompromi kepada pelanggan. Misi saya juga mahu mengangkat menu dan masakan kebanggaan Sarawak ini ke mata dunia,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.

Selepas Sukses di Sarawak, King Laksa Sasar Dibuka di KL & Sabah

Mengintai kembara perjalanannya sebelum menumpukan perhatian 100 peratus kepada perniagaan F&B, Nur Alya Mona pernah menimba pengalaman kerja dalam pelbagai bidang.

Ia termasuklah koordinator projek Teknologi Maklumat, penasihat hutang peribadi, kerani dan pengurus perniagaan.

Selepas Sukses di Sarawak, King Laksa Sasar Dibuka di KL & Sabah

“Tapi akhirnya dunia perniagaan F&B yang menjadi pujaan hati. Saya menceburi perniagaan ini juga dengan 1001 ujian dan cabaran. 

“Saya juga memulakan perniagaan ini dengan mendapat bimbingan syarikat RichWorks kendalian Datuk Wira Azizan Osman. Demi ilmu dan keinginan untuk menyertai kelas dianjurkannya, saya nekad menggadaikan gelang emas pertama berharga RM5,000. Dengan bimbingan itu jugalah saya dapat menjalankan perniagaan dengan betul dan mempunyai hala tuju yang jelas tentang perniagaan saya.

“Saya akur berniaga ini tak boleh semberono. Kena ada ilmu. Saya kini bersyukur menguruskan 52 staf selain memiliki kilang dan ibu pejabat. Tekan pautan https://linktr.ee/kinglaksasarawak untuk lebih lanjut,” katanya.

Selepas Sukses di Sarawak, King Laksa Sasar Dibuka di KL & Sabah

Jenama ini kini juga melebarluaskan perkhidmatan termasuk katering, acara korporat dan ‘private’.

“Kepakaran kami tentunya menyediakan Laksa Sarawak dengan udang bersaiz besar, isi yang sangat manis, kuah pekat dan likat. Tak ketinggalan pes sambal King Laksa juga menjadi kegilaan ramai.

“Keuntungan jualan juga ketara bermula hanya dari RM373,351 pada 2017 hingga angka 7 juta pada tahun ini.

“Saya juga buka peluang pekerjaan bagi mereka yang memerlukan dengan bimbingan yang kuat daripada kumpulan kami” kata penerima Anugerah Top SME CEO dan Top 500 Trust Brand Award, Majlis Tindakan Pengguna Negara pada tahun ini.

Selepas Sukses di Sarawak, King Laksa Sasar Dibuka di KL & Sabah

Dalam pada itu, jenamanya termasuk Laksa Sarawak sendiri menjadi pilihan selebriti popular.

“Mereka termasuklah Ella, Alyah, Ernie Zakri, Sweet Qismina, Adam Lee, Daler Yusuf, Yana Samsudin, Zizan Nin,  Mas Idayu, Ismail Izzani dan pempengaruh seperti Kasih Leona Iris dan Nur Sajat,” kata pemenang kategori Promising Brand Food & Beverage, Bumiputera Business Excellent Business ini.

Selepas Sukses di Sarawak, King Laksa Sasar Dibuka di KL & Sabah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAJALAH 3

Dokumentari Khas Majalah 3 Memaparkan Tragedi Sedih di Batang Kali

Rizman Ruzaini Lancar RR CRUISE; Koleksi Percutian Yang Stylish & Versatil