in , ,

Selepas Siti Aafiyah, Giliran Dr. Say Pula Kantoikan Tokti Sedang Hamil Anak Ke-2?

Dua minggu lalu, aksi spontan Siti Aafiyah mencium perut Tokti semasa IG Live telah mencetus spekulasi Dato’ Sri Siti Nurhaliza sedang hamil. “Aafiyah nak baby ni,” itu reaksi teruja Aafiyah ketika itu. Minggu ini, giliran Dr Say pula memperkukuhkan lagi Tokti sebenarnya betul-betul sedang hamil apabila Dr Say menyiarkan foto penuh bersama Tokti.

Setelah hampir dua bulan tidak berkongsi foto penuh, peminat akhirnya dapat melihat keadaan terkini Tokti melalui akaun instagram Dr. Say Shazril yang berkunjung di kediaman Siti baru-baru ini. Menerusi entri itu, kebanyakan yang menulis komen percaya Siti kini sedang hamil anak kedua selepas ternampak seakan ‘baby bump’ di badan penyanyi kesayangan ramai itu.

“Macam ada baby bump. Tengok sandal tu pun dah kenal, sandal kegemaran TokTi ketika mengandungkan Aafiyah dulu. Doakan semua baik-baik dan dipermudahkan,”

– Komen peminat Tokti di IG
Selepas Siti Aafiyah, Giliran Dr. Say Pula Kantoikan Tokti Sedang Hamil Anak Ke-2?

Secara tidak langsung, foto itu menceritakan keadaan sebenar Siti yang secara tidak langsung juga seperti mengiyakan dirinya kini sedang berbadan dua.

Peminat yang menyambut baik keadaan Siti itu turut mendoakan selain menghormati prinsipnya untuk tidak terlalu berkongsi khabar terbaharu terutama berkaitan dengan kehamilan kedua beliau.

Walaupun sudah beberapa telahan dibuat mengenai dirinya sedang hamil anak kedua, namun sehingga ke hari ini, Tokti masih belum tampil memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Dr. Say turut berkongsi momen indah bertemu dengan penyanyi kesayangan ramai itu dan berkesempatan menyanyi bersama beliau.

Selepas Siti Aafiyah, Giliran Dr. Say Pula Kantoikan Tokti Sedang Hamil Anak Ke-2?

“10 hari lepas Datuk K ajak saya berjumpa di pejabatnya. Semalam, beliau mengajak saya ke rumahnya.

“Semalam, saya menyaksikan beliau menyanyi live di hadapan saya. It’s funny how life can be. 

One moment you’re at home playing with your son, the next moment you are hanging out with the big guns.

“Anyway last night was a night to remember. Selama ni saya karok dalam bilik air dan dalam kereta menyanyikan lagu Ace ja, tapi semalam saya mendendangkan serangkai lagu untuk Malaysia’s Number 1 singer peeps,” cerita Dr. Say teruja.

– Dr. Say

Pelantun Aku Bidadari Syurgamu itu juga baru-baru ini mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada sebarang aktiviti seni namun tidak mendedahkan sebab kenapa beliau berbuat demikian.

Siti berkahwin dengan usahawan, Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan setelah 12 tahun penantian, pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Selepas Siti Aafiyah, Giliran Dr. Say Pula Kantoikan Tokti Sedang Hamil Anak Ke-2?
Selepas Siti Aafiyah, Giliran Dr. Say Pula Kantoikan Tokti Sedang Hamil Anak Ke-2?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OLUMES Meraikan Kecantikan Semulajadi Masyarakat Borneo

“Maaflah Jika Abah Ini Mula Menggunakan Rotan,” – Perdana Menteri