in

Selena Gomez Batal Konsert Di Malaysia

Hasrat peminat untuk melihat kelibat penyanyi kegemaran mereka, Selena Gomez membuat persembahan di negara ini berkubur selepas konsertnya yang dijangka berlangsung pada 26 Januari ini dibatalkan. Bukan sahaja di Malaysia, malah semua konsert di Asia dan Australia telah dibatalkan sama sekali dengan memberikan alasan peribadi sebagai faktor utama. Selena Gomez meminta maaf kepada semua peminatnya.

“Saya juga memerlukan waktu untuk diri sendiri. Namun, pada masa sama, peminat juga merupakan golongan terpenting dalam kehidupan saya. Namun, konsert itu akan diadakan pada sedikit masa lagi. Ia bukanlah dibatalkan secara terus, ia hanya ditunda ke lain masa.”

We Love Asia selaku penganjur konsert di Malaysia akan bertindak memulangkan kembali wang pembelian tiket ini.

selena-gomez

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem CHIKARO Guna Konsep Mockumentary

Isu Filem KL CINTA MANDI TOQ, Betul Ke Ellie Suriaty Dipecat Baldev?