in

SelebriTweets.com Pusat Twitter Selebriti Malaysia

twit

Selain laman sosial Facebook, Budiey sekarang ni suka menggunakan Twitter untuk mengemaskini status. Malah, Budiey rasakan makin lama bertwitter, makin syiok pula. Twitter tak macam Facebook. Kadang-kadang Budiey rasa FB ni lebih banyak yang mengarut. Apatah lagi, bila Budiey dapati ada akaun FB artis ni ada yang palsu.

Berbeza dengan Twiitter, di mana kita dapat tahu dengan senang samada akaun Twitter itu milik artis atau akaun palsu. Selain Twitter ni lebih mudah, Budiey juga bersetuju dengan pendapat pembaca yang mengatakan Twitter dapat mendekatkan lagi artis dengan peminat. Begitu juga dengan peminat yang sangat excited bila artis yang mereka minati itu membalas mesej atau berkomunikasi secara langsung dengan mereka. Pendek kata, Twitter dapat menyalurkan informasi atau kegiatan selebriti dengan lebih cepat dan tepat.

Dalam pada tengah syiok bertwitter, Budiey diperkenalkan satu laman yang menyenaraikan semua selebriti yang mempunyai akaun Twitter. Laman itu ialah SelebriTweets. Dengan adanya laman ini, kita tak perlu lagi bersusah payah nak mencari akaun atau nama artis kita di Twitter. Boleh dikatakan semua senarai artis Malaysia ada di sini.

Semasa mula-mula bukak SelebriTweets, persepsi pertama Budiey, wah… ini satu website yang menarik di mana semua artis yang ada akaun Twiitter ada disenaraikan di laman web ini. Oh ya lupa pulak, bukan setakat pelakon dan penyanyi malah turut disenaraikan juga mengikut kategori seperti pengarah, komposer dan juga media.

Dengan ciri-ciri yang begitu mudah dilayari, laman SelebriTweets ini pendek kata mengintegrasikan perkhidmatan Twitter ke dalam laman ini. Anda bebas untuk follow dan unfollow selebriti anda bila-bila masa sahaja. Anda juga boleh terus tweets dari laman web ini tanpa login di Twitter.com. Seterusnya dapat melihat apa yang selebriti update di twitter mereka.

Okay, kepada pembaca semua yang nak tahu, jom layari: www.SelebriTweets.com

Dan, ikut arahan ini.

Cara-cara tweets:

  1. Klik Connect with Twitter button
  2. Masukkan username & password akaun Twitter anda & klik Connect
  3. Masukkan tweets anda & klik Tweet

Cara-cara follow selebriti:

  1. Halakan cursor mouse anda (mouseover) pada nama selebriti yang anda hendak follow & klik Follow button
  2. Follow button akan bertukar menjadi You follow

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AirAsia Celebrates an AllStar Wedding!

Siri Realiti Fantasia For Real di 8TV