in , ,

Selebriti Youtube, Syahmi Sazli Tampil Dengan Filem Arahan Pertama MAEL TOTEY THE MOVIE

“Yoe Parey, Asif Suhaimi, Syahmi Sazli Akan Berada Terus di Pawagan Rumah Anda, Astro First”

Selebriti Youtube terkenal tanah air, Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi sering berjaya mencuri tumpuan penonton menerusi video pendek yang dihasilkan sehingga tular. Setakat bulan ini, semua 24 episod drama spontan tersebut telah mencatat 94.74 juta tontonan selepas dimuat naik kira-kira Jun tahun lalu.

Gelagat mereka yang bersahaja dengan menggunakan dialek Kelantan dalam menjayakan karakter yang dibawa ternyata memberi kelainan buat tontonan penonton. Sokongan peminat yang sering menantikan konten terbaru daripada mereka, mendorong Syahmi Sazli tampil dengan filem arahan pertamanya, Mael Totey The Movie.

MAEL TOTEY THE MOVIE

Mael Totey The Movie (MTTM) mengangkat genre drama komedi dan akan menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.

Gelaran ‘totey’ sememangnya tidak asing dalam kalangan masyarakat Kelantan. Watak utama yang dibawa oleh Syahmi Sazli di dalam filem, bakal menterjemahkan gelaran tersebut menerusi karakternya.

Turut membintangi filem adalah selebriti Youtube Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

MAEL TOTEY THE MOVIE

Penerbit dan juga Pengarah Filem Mael Totey The MovieSyahmi Sazli berkata, 

Sebelum ini saya ada terlibat sebagai pelakon dalam sebuah filem. Bermula dari situ, rata-rata peminat memberi galakan untuk hasilkan filem saya sendiri.

Kebetulan memang sudah ada idea asal Mael Totey tetapi ia untuk drama bersiri bagi tayangan di televisyen.

Selepas berbincang, akhirnya karya ini diangkat menjadi filem. Perasaan saya sangat gementar kerana ini adalah kali pertama mengarahkan filem dan berlakon sekali.

Dalam pada itu, saya juga gembira kerana berpeluang untuk bekerjsama lebih rapat dengan barisan kru berpengalaman luas dalam penghasilan filem.

Semoga filem pertama arahan saya ini dapat diterima penonton dan mampu menjadi pemangkin buat saya bersama tenaga produksi untuk terus berkarya.”

Syahmi Sazli
MAEL TOTEY THE MOVIE

Manakala Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata

Astro Shaw membawakan filem hasil produksi dan arahan pertama selebriti media sosial, Syahmi Sazli terus ke pawagam rumah anda, Astro First.

Jika sebelum ini peminat hanya dapat menyaksikan drama spontan lakonan Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif hanya di platform media sosial dengan durasi video kurang 20 minit, tetapi kali ini peminat boleh menonton mereka lebih lama dengan kualiti filem.

Ini adalah sesuatu yang baru buat industri perfileman di mana Youtuber beralih ke skrin yang lebih besar seperti filem.

Kreativiti Syahmi dalam menyampaikan penceritaan membuatkan penonton sering menanti karya seterusnya daripada beliau.

Keterujaan tersebut bukan sahaja dapat dilihat menerusi respon daripada video pendek yang dihasilkan sebelum ini, tetapi juga menerusi video teaser filem MTTM yang telah dikongsikan di platform media sosial pada minggu lalu.

Video tersebut telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Ramai peminat dan penonton meluahkan rasa teruja.

Kami harap penonton dapat berhibur dengan MTTM, lebih-lebih lagi dapat mengisi masa buat mereka yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).”

Raja Jastina Raja Arshad
MAEL TOTEY THE MOVIE

MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kenakalan Naim Daniel Tiada Penghujung, Ini Sinopsis LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Neelofa Kongsi Foto OOTD Pertama Pakai Niqab, Peluang Baru & Corak Pemikiran Baru