in

Selebriti Popular Meriahkan KARNIVAL MEGA SALE 2014

Budiey dengar ramai sekali selebriti yang akan memeriahkan acara Karnival Mega Sale 2014 yang akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 27hb dan 28hb Disember 2014 dan Budiey juga telah dijemput untuk memeriahkan Karnival Mega Sale 2014. Pergh, terima kasih kepada penganjur kerana sudi menjemput Budiey.com. Cuma Budiey tidaklah buka gerai Budieylicious kat sana pun. Kalau dapat tapak percuma, okay jugak kan? Ahaks.

Karnival Mega Sale 2014 adalah satu karnival yang telah diilhamkan oleh hasil idea kreatif anak tempatan yang ingin merealisasikan matlamat untuk membentuk satu platform bagi mengalakkan peniaga kecil dan sederhana untuk menceburi dalam bidang perniagaan bersesuian dengan saranan and inisiatif kerajaan dalam mengalakkan pertumbuhan ekonomi Negara.

Karnival Mega Sale 2014

Karnival ini yang akan dianjurkan selama 2 hari yang bermula pada 27 dan 28 December 2014 di Stadium Malawati Shah Alam ini telah berjaya menarik minat lebih 400 peniaga tempatan dan bumiputra menyertai karnival yang julung kali diadakan ini. Hampir 90% daripadanya adalah perniaga online atau laman sosial. Penganjuran ini juga adalah satu titik permulaan bagi kami untuk menganjurkan Karnival ini sebagai satu Karnival tahunan hujung tahun.

Karnival Mega Sale kali ini di sertai oleh beberapa pihak, antaranya TONTON, TONTON MUSIC, GUA.COM.MY, DIGI, KERAJAAN NEGERI SELANGOR,PKNS, SELEBRITI ON9 dan pelbagai pihak lagi. Di samping itu juga pihak Karnival Mega Sale akan berkolobrasi bersama sama Tempatan Fest di mana kebanyakan vendor Tempatan Fest adalah dari ‘local brand’.

Selain itu juga Karnival Mega Sale membawa lebih dari 30 org artis tanah air yang akan memeriahkan lagi di booth2 mereka. Antara artis yang terlibat adalah:

ELFIRA LOY
ZARA ZYA
AARON AZIZ
DIYANA HALIK
MIZZ NINA
NORMAN HAKIM
MEMEY SUHAIZA
FOUZIAH GOUS
TASHA MANSHAHAR
ASFAN
ONE NATION EMCEE
YUNA (NOVEMBER CULTURE)
DATO JALALUDDIN HASSAN
NURFATIYA
INTAN LADYANA

Di samping jualan dari vendor-vendor, Karnival Mega Sale juga membawa pelbagai aktiviti yg menarik minat pengunjung. Antara yang menarik adalah Persembahan Live band dari artis-artis Malaysia, anataranya :

NOH HUJAN
FIRMAN
SLEEQ
6IXTSENSE
CAPRICE
POP KONSPIRASY

dan ramai lagi. Terapat juga aktiviti-aktiviti yg lain yang akan dijalankan di Karnival Mega Sale, antaranya adalah Flash Mob oleh KACHING, street work out, ceramah yg dikendalikan oleh Ustaz Don dan pelbagai lagi.

Jumpa di sana yawww!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aeril Zafril Dalam Telemovie SEINDAH KASIHMU

Review Hotel New Otani Osaka Jepun