in

Selebriti Popular Bertanding Buat Kuih Raya Dalam PERANG KETUHAR RAYA

Ingat menyaksikan siapakah antara selebriti tanah air yang sememangnya berbakat dalam menghasilkan kuih dan kek raya? Jangan lupa menonton PERANG KETUHAR RAYA di TV Okey.

Menariknya lagi apabila artis yang bertanding terdiri daripada artis lelaki yang masih muda. Begitu juga artis remaja wanita yang mengambil peluang menunjukkan kemahiran masing-masing dalam menghasilkan kuih raya.

Menerusi 13 episod program diberi tajuk “Perang Ketuhar Raya” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM)mulai 6 Jun ini, setiap hari, pukul 1.00 petang di TV Okey, penonton dapat bersama-sama mengetahui siapakah yang paling berbakat dalam setiap episod. 

Syafie Naswip dan Hafeez Adam

Episod pengenalan pertandingan membuat kuih raya dan kek raya oleh dua orang selebriti jemputan iaitu Fareez Adam dengan Syafie Naswip. Dalam episod ini, pengacara, Chef Fikree mengendalikan pertandingan membuat kuih raya oleh dua orang pelakon ini. Seorang pakar membuat kek dijemput untuk sama-sama mengendalikan pertandingan ini, iaitu Anne Idris. Sesi pertama adalah pertandingan membuat biskut lemon dalam tempoh 30 minit dan sesi kedua adalah pertandingan membuat dan menghias kek raya dan diberikan tempoh 45 minit untuk menyiapkan masakan tersebut. Siapakah pemenangnya?

Seterusnya dalam episod dua pertandingan antara pelakon Faye Kushairi, dengan Ezzaty Abdullah. Seorang pakar bakeri dijemput untuk menjadi juri dalam pertandingan ini, iaitu Wendy Loh. Sesi pertama adalah pertandingan membuat biskut yang berasaskan pisang. Sesi kedua pertandingan membuat mendeline, sejenis baulu dari Peranchis. 

Berikutnya memaparkan Chef Fikree mengendalikan pertandingan membuat kuih raya oleh dua orang selebriti, iaitu Emelie Hanif, seorang pelakon dan Aepul, seorang penyanyi.

Naim Daniel dan Lan Solo

Seorang pakar bakeri dijemput untuk menjadi juri dalam pertandingan ini, iaitu Anne Idris. Sesi pertama adalah pertandingan membuat biskut yang berasaskan kelapa. Sesi kedua adalah pertandingan membuat Cupcakes Chocolate resepi Anne Idris. 

Dalam episod empat artis bertanding antara dua pelakon Anas Riduan dengan Wan Sharmila. Seorang pakar bakeri dijemput untuk menjadi juri dalam pertandingan ini, iaitu Wendy Loh. Sesi pertama adalah pertandingan membuat biskut yang berasaskan kurma dan sesi kedua membuat Scones pilihan Wendy Loh. 

episod Syafie naswip dengan Hafeez Adam

Ikuti episod berikutnya mengundang pelakon Mona Ellen, dan Issey Titan, seorang penyanyi dikir barat. Seorang pakar bakeri dijemput untuk menjadi juri dalam pertandingan ini, iaitu Anne Idris. Sesi pertama adalah pertandingan membuat biskut yang berasaskan durian. Sesi kedua adalah pertandingan membuat Butter Cake pilihan Anne Idris. 

Dalam episod enam Chef Fikree bersama-sama pelakon Lia Natalia, menentang penyanyi Aiman Tino di dapur. Sesi pertama adalah pertandingan membuat biskut yang mengandungi bahan limau nipis dalam adunannya dan sesi kedua adalah pertandingan membuat dan menghias Kek Coklat Moist. 

Lan Solo dan Naim Daniel

Pada episod ini selebriti undangan ialah Zulin Aziz, dan Ariz Forteen. Mereka bertanding dalam dua pusingan. Pusingan pertama ialah membuat biskut raya yang bertemakan kopi dalam tempoh 30 minit dan pusingan kedua membuat Kek Moist Raya dalam masa 45 minit. 

Seterusnya bersama-sama artis penyanyi Farah Hezel, menentang Mat Redho, seorang atlet. Mereka bertanding dalam dua pusingan. Pusingan pertama adalah membuat biskut raya yang bertemakan daun pandan dalam tempoh 30 minit dan pusingan kedua membuat Kek Keju Hangus dalam masa 45 minit. 

Pada episod berikutnya mengundang dua pelokon Idzham Ismail dan Nonny Nadhirah yang bertanding membuat biskut raya yang bertemakan avokado dalam tempoh 30 minit. Idzham Ismail menamakan biskutnya, Biskut Avokado Coklat. Manakala Nonny Nadhirah menamakan biskutnya sebagai Biskut Lembut Avokado. Dalam pusingan kedua mereka membuat Cupcakes Unicorn dalam masa 45 minit. 

Semakin menarik episod pertarungan antara Shakilla Khoriri dengan Asad Motawh, Vicha menentang Amir Jahari, Alif Muhaimin dengan Dottie dan  episod akhir Lan Solo dengan Naim Danial. 

Sama-sama ikuti keseluruhan program ini untuk mengetahui siapakah pemenang setiap episod di TV Okey.

episod Zulin Aziz dan Ariz Fourteen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotify Menampilkan Senarai Artis ‘Most Discovered’ oleh Pendengar di Malaysia

Sekitar Jom Iftar Bersama RUSA Music & MVM Production