in

Selebriti Popular Bakal Jayakan Save Our Rainforest 2015

Pada bulan Mac nanti, Budiey bersama selebriti popular akan ke Perak untuk sama-sama menjayakan ‘Save Our Rainforest 2015’. Doakan semoga segalanya berjalan lancar. Sebelum acara berlangsung, ada beberapa agenda akan dibuat iaitu pada minggu depan, sidang media akan berlangsung di mana Pelancaran program”Save Our Rainforest Race” (SORR) bagi tahun 2015 akan diadakan.

Selain itu, acara ini juga akan buat pengumuman Friends of SORR termasuk Amy Search, Keith Foo, Amanda Imani, Hatta Dolmat, Imelda Harris, Dato Tom Abang Saufi dan beberapa yang lain. Video Premier PEKA – Kemusnahan Hutan dan Bencana Banjir turut ditayangkan kepada media yang hadir.

Keith Foo sebagai Tengku Adam

Meninggalkan Langkah Hijau di Perak Darul Ridzuan. Berlumba Untuk Dunia Yang Lebih Hijau.

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), sebuah NGO alam sekitar yang sinonim dengan usaha pemuliharaan hutan hujan dengan bangganya akan menganjurkan acara ‘Save Our Rainforest Race’ (SORR) untuk kali ketiga pada 28 Mac 2015 di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.

Sebagai symbol untuk menyelamatkan hutan kita yang semakin berkurangan, acara yang berkonsepkan alams ekitar ini akan terdiri daripada nature walk sepanjang 10 km, cabaran checkpoint, dan aktiviti penanaman pokok. Objektif utama SORR adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menyelamatkan hutan hujan dans eterusnya membantu menjaga alam sekitar secara mampan untuk generasi kini dan akan datang. Pada masa yang sama, program SORR ini juga berhasrat untuk mengumpul dana untuk kempen kesedaran dan program pendidikan PEKA pada masa hadapan.

Acara ‘Save Our Rainforest Race’ ini telah Berjaya diadakan di Hutan Simpan Bukit Tinggi, di Air Terjun Chamang, Bentong pada tahun 2013 dan di Hutan Simpan Sg. Besi, Cheras, Kuala Lumpur pada tahun 2014.Dengan galakan dari kejayaan dua program SORR yang lepas, PEKA dengan sukacitanya ingin menganjurkan acara ini sekali lagi pada tahun ini. PEKA juga merancang untuk terus menjalankan acara yang bermanfaat ini pada setiap tahun di negeri-negeri yang berbeza untuk menarik lebih banyak perhatian tentang kepentingan pemuliharaan hutan di kalangan rakyat Malaysia.

Peserta program SORR akan mempunyai peluang untuk belajar dan menghargai alam semulajadi melalui aktiviti-aktiviti bermakna seperti Jungle Trekking, penanaman pokok dan cabaran-cabaran checkpoint.

Pendaftaran untuk SORR 2015 kini dibuka.Individu atau kumpulan yang berminat boleh membentuk pasukan dua orang.Yuran penyertaan adalah RM 80 seorang (atau RM 160 satu pasukan) yang merangkumi pek perlumbaan, satu anak pokok bagi setiap pasukan, sarapan pagi serta makan tengahari. Tarikh tutup pendaftaran adalah 16 Mac 2015.

Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut mengenai SORR 2015 boleh layari www.pekamalaysia.org atau mengikuti PEKA di http:/www.facebook.com/pekamalaysia .

Sorotan SORR Tahun 2013 & 2014 – Hutan Simpan Bukit Tinggi & Hutan Simpan Sg. Besi

“Save Our Rainforest Race” yang pertama telah diadakan pada Mac 2013 di Hutan Simpan Bukit Tinggi, Chamang, Bentong, Pahang. Seramai 500 pasukan telah menyertai program ini.

“Save Our Rainforest Race” yang kedua telah diadakan pada Mac 2014 di Hutan Simpan Sg. Besi, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 1250pasukan telah menyertai program ini.

PEKA Malaysia adalah sebuah NGO yang dikenali sebagai Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia.Ia telah ditubuhkan untuk menghentikan kemusnahan alam semulajadi, mempertahankan hak-hak alam sekitar dan untuk menjadi suara alam. PEKA bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang alam semulajadi, kesihatan yang baik,dan pemuliharaan dan alam sekitar yang mampan.

Logo PEKA melambangkan bentuk daun yang menjadi inspirasi utama PEKA. Daun member inspirasi kepada PEKA untuk mewujudkan kesedaran, kekuatan dan keyakinan dalam mempertahankan warisan semulajadi.

PEKA bermakna sensitive dalam Bahasa Melayu dan adalahs elaras dengan perjuangan PEKA.

Misi
Untuk menjadi kuasa dalam memastikan perlindungan dan pemuliharaan alam semulajadi.

Visi
Bagi rakyat Malaysia untuk menikmati dan mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihats emulajadi untuk generasi masa kini dan akan datang.

Moto
See Nature, See Life.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Comedy Central Roast of Justin Bieber

Nickelodeon Siar Teenage Mutant Ninja Turtles Season 3