in ,

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Cetusan idea baharu membabitkan selebriti popular tempatan dalam penganjuran Festival Tari Malaysia (FESTARI) bagi edisi 2015, menjadi bukti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, serius dalam usaha melebarkan pengaruh warisan budaya bangsa sekali gus menjadi ia industri penting sebagaimana cabang kesenian yang lain.

Bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun 2015 ini, penganjuran acara ini turut mengundang lima selebriti wanita popular iaitu pelakon, penyanyi dan peragawati terkenal iaitu, Vanidah Imran, Adeline Tsen, Maya Matahari, Shiha Zikir (Mentor) dan Zahnita Wilson. Acara ini sekali lagi memilih Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ditampilkan mereka (selebriti) pada acara kemuncak (6 Jun) kerana JKKN percaya golongan artis mempunyai pengaruh tersendiri terhadap peminat dan masyarakat sekali gus dapat menarik lebih ramai pengikut festival yang sememangnya sudah memiliki kelompok penggemar setianya.

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Namun, pembabitan mereka bukanlah sebagai pencabar sebaliknya penyeri segmen persembahan bagi menobatkan pemenang-pemenang FESTARI 2015.

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Setiap selebriti yang terbabit akan membuat persembahan solo selama 1 minit secara bergilir-gilir sebelum bergandingan untuk persembahan berkumpulan, yang semestinya menjadikan ia acara penutup paling dinanti-nantikan sebagai daya tarikan di FESTARI kali ini. FESTARI menjadi lanjutan kepada program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sejak tahun 1992.

Acara seni ini membawa objektif murni yakni menyediakan ruang dan kemudahan kepada penggiat seni tari untuk berkarya di mana koreografer mahupun penari menunjukkan kreativiti dengan mempamerkan kualiti tarian yang bermutu tinggi, mantap dan kreatif selaras dengan nilai-nilai keperibadian kebangsaan.

Melaluinya, penganjur percaya akan terpupuk rasa kecintaan warisan budaya bangsa. Semarak tarian yang diilhamkan turut meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab untuk memelihara dan memperkembang industri ini. FESTARI pada kali ini memberi penekanan pada genre tradisional dan pelaksanaannya sedikit berbeza jika dibanding dengan penganjuran tahun lalu selain dipecahkan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori Tarian Tradisional Daerah dan Kategori Tarian Rampaian Tradisional.

Kategori Tarian Tradisional Daerah memberi penekanan pada tarian daerah negeri yang diwakili peserta, kecuali negeri yang tidak mempunyai tarian daerah dibenarkan untuk mempersembahkan salah satu tarian daerah yang terdapat di negara ini. Skop tarian tradisi adalah seperti tarian etnik Sabah dan Sarawak, tarian Dabus negeri Perak, Tarian Piring Negeri Sembilan dan sebagainya.

Untuk Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir, durasi persembahan yang diperuntukkan sepanjang 4 hingga 5 minit. Manakala kategori Tarian Rampaian Tradisional pula lebih kepada skop tarian tradisi seperti Joget, Zapin, Inang dan Asli. Untuk peringkat separuh akhir kategori ini mestilah menghimpunkan persembahan gabungan yang tidak kurang daripada dua tarian sekitar 5 ke tujuh minit.

Bagi peringkat akhir, hanya satu tarian sahaja dipilih antara Joget, Zapin, Inang dan Asli untuk durasi persembahan 3 ke 5 minit. Pertandingan bagi Kategori Tarian Rampaian Tradisional akan diadakan pada Khamis, 4 Jun mulai jam 8.30 malam manakala Kategori Tarian Tradisional Daerah akan diadakan pada keesokannya mulai jam 8.30 malam.

Bagi Pertandingan Akhir iaitu pada 6 Jun, jam 8.30 malam di Auditorium Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, bakal menyaksikan pertembungan 8 buah kumpulan semuanya merangkumi empat (4) kumpulan bagi Kategori Tarian Rampaian Tradisional manakala 4 lagi mewakili Kategori Tarian Tradisional Daerah.

Festival Tari Malaysia 2015 kali ini secara keseluruhan membabitkan lapan penyertaan yang terbaik dari seluruh Malaysia selepas menjalani sesi pemilihan melalui Manifestasi Tari di peringkat zon sepanjang bulan April lalu dan telah dipilih oleh panel juri yang dilantik.

Setiap kumpulan yang bertanding dikehendaki menyediakan dua koreografi bagi menjalani peringkat separuh akhir dan akan mempersembahkan koreografi yang kedua setelah berjaya ke peringkat akhir.

Lapan kumpulan peserta yang berentap ialah Rentak, Selangor, Kumpulan Kesenian Pewaris, Terengganu, Nyala Dance Theatre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Le’Waris UMK, Kelantan, Sanggar Budaya Miri, Sarawak, Badan Kesenian Tentera Laut, Perak, Kumpulan Tari Aliff, Johor dan Petra Tari SMIP, Kelantan. Masuk adalah percuma dan tiada bayaran tiket dikenakan.

Sidang media acara ini diadakan pada 26 Mei lalu di Studio Tingkat 18, JKKN, Menara TH Perdana (Maju Junction), Jalan Sultan Ismail, KL yang turut dihadiri Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli dan artis seperti Maya Matahari dan Zahnita Wilson.

Berikut senarai ganjaran hadiah untuk dua kategori yang dipertandingkan:

1) Johan – RM10,000 dan trofi serta sijil
2) Naib Johan – RM8,000 trofi dan sijil
3) Kumpulan Harapan – RM5000 trofi dan sijil
4) Koreografer Terbaik – RM3000 trofi dan sijil
5) Busana Terbaik RM3000 trofi dan sijil
6) Saguhati – RM2000 sijil

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

“Saya bukanlah penari profesional tapi keinginan menari itu ada. Tapi untuk menari secara profesional itu tidaklah. Sekadar suka-suka di rumah bersama suami dan anak-anak. Apabila ditawarkan peluang ini, saya tak berfikir panjang kerana mahu mencabar diri. Malah saya juga mencadangkan jenis tarian yang diingini. Kalau di pentas peragaan saya perlu berjalan dengan penuh gaya dan yakin diri, saya percaya di pentas tarian juga segala aspek yang disebut itu dihimpun dalam memastikan lenggok serta bahasa tubuh yang disampaikan kena.” – Zahnita Wilson

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

“Saya pernah berlakon dan menyanyi dan menari itu tidak pernah terlintas sama sekali di dalam kotak minda. Tapi dunia tarian itu sebenarnya bukan asing kepada saya. Kalau menyanyi, saya juga perlu menari ketika membuat persembahan. Tapi seperti Zahnita, kami bukanlah penari profesional. Atas paksi menyokong usaha murni JKKN dalam memartabatkan warisan seni, saya optimis menerima tawaran membuat persembahan selingan ini pada malam final 6 Jun kelak. Seperti menyanyi dan berlakon yang memerlukan penghayatan, tarian juga memerlukan aspek yang sama.” – Maya Matahari

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

Selebriti Popular Bakal Jayakan Festival Tari Malaysia 2015

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

COMEDY CENTRAL Siar Sitkom Terbaru I LIVE WITH MODELS

The Story Behind the Design of the Galaxy S6