in ,

Selebriti Popular Alih Bahasa Malaysia Madagascar 3

Pada Hari Raya Aidil Fitri ini, HBO Asia, syarikat televisyen premium terkemuka di rantau ini bakal menyajikan layanan penuh eksklusif untuk penonton Malaysia. Bekerjasama dengan rakan seniaga sejak sekian lama, Astro serta pasukan bintang suara berbakat serantau, HBO Asia akan menyiarkan tayangan perdana Asia, MADAGASCAR 3: EUROPE’S MOST WANTED pada Hari Raya Puasa – Khamis 8 Ogos 2013 pukul 8 malam di HBO (Astro Saluran 411) / HBO HD (Astro Saluran 431), dengan pilihan audio Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

HBO Madagascar 3

[pullquote align=”right”]HBO Asia Bekerjasama Dengan Selebriti Serantau Untuk Mengalih Suara Madagascar 3: Europe’s Most Wanted Dalam Bahasa Malaysia. Menampilkan suara bakat-bakat Malaysia dan serantau termasuk Fahrin Ahmad, Lisa Surihani, Hafiz Suip, Taufik Batisah, Najip Ali, Jazz Hassan, Nabila Huda dan Didie Alias[/pullquote]

Selebriti terkenal serantau yang meminjamkan suara mereka dalam versi Bahasa Malaysia filem blockbuster hit Hollywood ini termasuk: penyanyi Malaysia, Hafiz Suip selaku Alex the Lion; penyanyi Singapura, Taufik Batisah sebagai Marty the Zebra; pelakon Malaysia dan pengacara televisyen, Fahrin Ahmad selaku Melman the Giraffe; pelakon Malaysia dan pengacara televisyen, Lisa Surihani sebagai Gloria the Hippo dan pengacara Singapura dan pemuzik, Najip Ali sebagai Julien the Lemur. Penyanyi Brunei, Jazz Hassan dan penyanyi Malaysia, Hazama Ahmad Azmi masing-masing mengalih suara bagi burung penguin, Private dan Skipper.

MADAGASCAR 3: EUROPE’S MOST WANTED juga akan menampilkan suara pelakon Malaysia, Nabila Huda selaku Gia the Jaguar; pelakon Malaysia dan penerbit, Hafizuddin Fadzil selaku Vitaly the Tiger; pengacara Malaysia dan pelakon, Didie Alias selaku Dubois; pengacara televisyen dan pelakon Malaysia, Farish Aziz sebagai Mort; Zahid (Zahid Baharuddin), Ray (Shah Reza Mohd Shah), Adi (Adifashla Juraimi) dan Haniff (Haniff Hamzah) dari Radio ERA selaku Maurice, Stefano the Sea Lion, Jonesy dan Comandante, sementara Rizal (Rizal Sahimy) dari Hitz FM meminjamkan suaranya untuk Freddie.

Beberapa orang rakan media juga akan menyertai senarai barisan bakat alih suara ini: Faridul Anwar dari New Straits Times dan Elrafaei Sapi dari Harian Metro masing-masing sebagai Security Guard dan Mayor; bersama-sama dengan penulis blog hiburan terkemuka Budiey Isma daripada Budiey.com sebagai Italian Cop.]

Ketua Jualan dan Pemasaran Bersama di HBO Asia, Jacelyn Kek berkata:

“HBO menawarkan penonton Malaysia dengan pilihan menonton filem Hollywood terhebat dan terbaru dalam Bahasa Malaysia serta Bahasa Inggeris sejak tahun 2011. Terima kasih bagi sokongan daripada rakan niaga selama ini, Astro, kami akan terus menambah glamor kepada tawaran tempatan menjelang musim perayaan dengan penglibatan selebriti popular dari rantau ini bagi alih suara watak-watak penuh warna-warni, MADAGASCAR 3: EUROPE’S MOST WANTED dalam Bahasa Malaysia,” “Kami tentu sekali berbesar hati di atas sokongan padu Astro dalam membantu melaksanakan projek ini berjalan lancar.”

Penolong Kanan Naib Presiden, Kumpulan Pelanggan Bahasa Inggeris Astro, Junaidah Said Khan, berkata:

“Kami gembira untuk sekali lagi bekerjasama dengan HBO Asia dalam satu lagi usaha penyetempatan sempena musim perayaan Hari Raya. Saya yakin ramai pelanggan Astro akan menanti-nantikan dan menikmati tayangan MADAGASCAR 3: EUROPE’S MOST WANTED dalam Bahasa Malaysia, terutama melalui suara bakat tempatan dan serantau yang baharu. Di Astro, kami senantiasa berdedikasi untuk terus bekerjasama dengan rakan-rakan saluran kami untuk menyediakan kandungan terbaik antarabangsa, dengan penyetempatan yang cemerlang bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan kami.”

Bersempena dengan tayangan perdana filem tersebut, semua orang dijemput ke siri jelajah HBO Presents DreamWorks’ Madagascar 3 yang akan berlangsung di pusat beli-belah Sunway Pyramid Shopping Mall, Concourse Biru, LG2, bermula 26 hingga 28 Julai, pukul 10 pagi hingga 10 malam. Pelawat boleh berjumpa dengan maskot filem, mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menyeronokkan dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik. Pada 27 dan 28 Julai pula, acara itu akan lebih berkerlipan dengan kehadiran beberapa selebriti alih suara Bahasa Malaysia MADAGASCAR 3: EUROPE’S MOST WANTED yang akan membuat penampilan khas di acara tersebut.

SINOPSIS  MADAGASCAR 3: EUROPE’S MOST WANTED

Empat sekawan terkenal – Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe dan Gloria the Hippo – kembali mengaktifkan semula deria kita dengan percubaan terbaik mereka untuk pulang ke New York. Perjalanan itu membawa mereka ke Eropah di mana mereka berhadapan dengan ugutan seorang pembunuh, Pegawai Kawalan Haiwan Perancis, Kapten Chantel DuBois. Dalam usaha untuk melarikan diri dari pegawai tersebut, empat sekawan itu menyertai sarkas jalanan yang semakin gagal dan tampil menggiatkan perniagaan itu dengan sehebatnya, sehingga mereka pula mempersoalkan di mana tempat mereka sebenarnya.

Pastikan untuk menyaksikan tayangan perdana MADAGASCAR 3: EUROPE’S MOST WANTED pada hari Khamis, 8 Ogos pukul 8:00 malam di HBO (Astro Saluran 411) / HBO HD (Astro Saluran 431). Filem ini akan ditawarkan dengan pilihan audio dwi bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sari kata dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina juga disediakan.

Tentang HBO Asia
Berpangkalan di Singapura, HBO Asia mampu menjadi peneraju dalam penyampaian filem-filem terbaik dari Hollywood di rantau Asia kerana memiliki perlesenan eksklusif dengan studio-studio utama Hollywood – Paramount Pictures, Sony Pictures, Universal Studios dan Warner Bros., serta juga sebilangan besar studio utama bebas. HBO Asia mempunyai program-program HBO Original yang proprietari dan pernah memenangi anugerah yang dikeluarkan eksklusif untuk penonton HBO. HBO Asia menawarkan sekumpulan saluran-saluran dan perkhidmatan termasuk saluran filem tanpa iklan 24-jam untuk langganan dalam definisi standard dan definisi tinggi – HBO, HBO SIGNATURE, HBO FAMILY dan HBO HITS – serta juga HBO GO, HBO ON DEMAND, CINEMAX dan RED. HBO Asia adalah pengedar eksklusif BabyFirst dan WarnerTV di Asia, dan adalah usahasama di antara HBO (sebuah syarikat Time Warner) dan Paramount. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.hboasia.com.

Madagascar 3

Madagascar 3

Madagascar 3

Madagascar 3

Madagascar 3

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Jurey Latiff Kalah Saman TV3 Nas Ahmad

Betul Ke Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Kecewa di Facebook?