in ,

LoveLove WinWin

Selamat Ulangtahun Ke-9 Buat TV ALHIJRAH

TV ALHIJRAH Memilih Tema Tv Kita Untuk Semua Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Siarannya

Saban tahun umat Islam menyambut 1 Muharram sebagai bulan memperingati hijrah Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda dalam menegakkan Syiar Islam. 1 Muharram 1441H yang jatuh pada 1 September 2019 ini memperlihatkan pelbagai acara disusun banyak pihak dalam memaksimumkan sambutan Maal Hijrah ini mengikut acuan yang dibenarkan oleh agama.

Tarikh 1 Muhharam 1441 ini juga cukup istimewa buat stesen TV AlHijrah kerana stesen yang berpaksikan penyiaran patuh Syariah ini bakal meraikan ulang tahunnya yang ke-9.

Encik Namanzee Harris Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah - Ulang tahun kesembilan TVAH

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris,

“Sembilan tahun bersiaran bukanlah satu tempoh yang mudah untuk stesen berkonsepkan penyiaran Islam ini kekal releven di mata semua,”

“Untuk tahun-tahun mendatang, kami bulat tekad mahu TV AlHijrah menjadi stesen nombor satu bukan sahaja di hati penonton beragama Islam, namun kami buka stesen ini lebih luas dengan memperkemaskan serta memperbanyakkan tawaran rancangan-rancangan yang sesuai ditonton oleh rakan-rakan bukan beragama Islam.”

“Oleh yang demikian, saya merasakan tema sambutan kali ini iaitu TV Kita Untuk Semuajelas membawa maksud siaran rancangan-rancangan di stesen ini diterbitkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama anutan.

Tema ini juga mendokong pelaksanaan dan aspirasi konsep Rahmah yang diperkenalkan kerajaan,”

– Encik Namanzee Harris

TRIVIA 9 TAHUN TV ALHIJRAH

  1. Latar belakang TV AlHijrah

TV AlHijrah adalah stesen televisyen di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteridan melapor kepada  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). TV AlHijrah memulakan siaran secara rasmi pada 1 Muharram 1432H bersamaan 7 Disember 2010. TV AlHijrah sentiasa berusaha untuk menghidangkan kandungan rancangan yang ‘trending’, terkini, releven , mendekatkan dan berkualiti.

  • Signifikan dan sejarah pemilihan saluran 114 di Astro 

TV AlHijrah mula bersiaran di saluran Astro 114 pada 1 Jun 2011. Saluran 114 dipilih oleh TV AlHijrah sebagai signifikan kepada 114 buah surah di dalam Al-Quran.

  • Pencapaian terbaik TV AlHijrah dalam tempoh 9 tahun bersiaran

Pencapaian terbaik TV AlHijrah boleh dinilai apabila stesen ini berjaya menjadi satu-satunya stesen televisyen patuh Syariah negara dan meneraju penyampaian nilai Islam sekaligus membawa kandungan Islam untuk disiarkan di waktu perdana dan bersaing secara sehat dengan stesen-stesen lain. Antara rancangan-rancangan yang mendapat tempat di hati penonton adalah 30 Minit Bersama Ustaz Don, A Bit With Ebit, Syamsul Debat, Assalamualaikum, Berita AlHijrah, Analisisdan banyak lagi.

Logo ulang tahun ke-9 TVAH
  • Perancangan tahun ke-9 TV AlHijrah

TV AlHijrah akan memperkayakan penawaran kandungan Islam dalam pelbagai format dan genre serta mempelbagaikan kaedah penyampaian rancangan secara berkesan. Antara yang akan diberi perhatian adalah:

a) Penerbitan rancangan televisyen 

  1. Program Hijrah Prihatin

Program kemasyarakatan dan berbentuk tanggungjawab sosial korporat (csr) 

  1. Program Realiti Televisyen  Pendakwah Muslimah

Rancangan ini menyasarkan misi mencari pendakwah terbaik di kalangan wanita dan mengubah fikiran konservatif sesetengah masyarakat mengenai peranan wanita dalam pembangunan Islam.

  1. Program Sembang Rahmah

Program bual bicara yang membicarakan isu-isu terkini serta mensasarkan masyarakat berbilang kaum dan agama.

b)Acara lapangan.

Dari Kanaan, Puan Syafinas Yunus, Encik Namanzee Harris, Encik Ardi Herman Mohd Radzi
  1. Karnival Rahmah

TV AlHijrah terlibat secara langsung di dalam Karnival Rahmah 2019, sebuah acara lapangan yang merakyatkan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin serta memberi pendedahan kepada orang ramai untuk  menghayati gagasan pentadbiran Islam yang dibawa kerajaan.

Selain membuka reruai pameran, TV AlHijrah diberi tanggungjawab untuk menerbit dan menyiarkan Konsert Rahmah, Program Haflah Al-Quran, siaran langsung rancangan Assalamualaikum di tapak pameran, lintas langsung Berita AlHijrah dan lain-lain. 

dDari Kanaan, Puan Syafinas Yunus, Encik Namanzee Harris, Encik Ardi Herman Mohd Radzi
  • Slot Terbaru TV AlHijrah

Tahun ke-9 bersiaran, TV AlHijrah memperkenalkan empat slot baharu;

  1. Slot Pencerahan Agama

Setiap hari, jam 9.30 malam : Mimbar, Masjid ke Masjid.

  1. Slot Mengingati Mati

Setiap Jumaat, jam 9.30 malam :Tanda Mati, Kalam Hikmah, Mai Ngaji.

  1. Slot Telefilem

Setiap Ahad, jam 9 malam : Bunga-Bunga Larangan, Bengkel Cinta.

  1. Slot Muzikal

Setiap Jumaat, jam 9 Malam : Konsert Rahmah, Konsert Akustik Hijrah.

  • Perkembangan terkini platform media digital TV AlHijrah

Sosial media TV AlHijrah kini telah mencapai 5.5 juta reachdi platform facebook dengan peningkatanfollowers sebanyak 1.421 juta.

Manakala di platform Instagram, TV AlHijrah telah mencapai 1,358,999 impressionseminggu dengan kenaikan sebanyak 334,555 followers.

En. Namanzee Harris Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah
  • Sumbangan TV AlHijrah dalam mambantu usahawan IKS

TV AlHijrah terus mengorak langkah menjadi stesen televisyen Islam yang menggerakkan potensi dan memperkasakan ekonomi umah. 

Stesyen ini juga mengambil bahagian dalam membantu menaiktaraf masa depan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menguasai pasaran ekonomi domestik dan bersaing di peringkat antarabangsa. 

Usaha ini dlaksanakan menerusi ruang promosi di televisyen dengan kos serendah RM5,000, jauh lebih jimat berbanding harga pasaran semasa.

Terkini, stesen TV AlHijrah sedang bekerjasama dengan pihak Astro bagi menerbit dan menyiar sebuah rancangan beli belah dalam talian yang dinamakan Go Shop X Hijrah.

CEO TVAH En. Namanzee Harris
Encik Namanzee Harris Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nabila Sahkan Fail Perceraian Terhadap Sharnaaz

Lestarikan Batik ‘Tie Dye’, Fairuz Ramdan Tampilkan Koleksi Colours Of Unity