in

Selamat Pengantin Baru Zaff Suria FM & Opie Harris

Budiey kira ramai yang tak kenal Zaf atau nama sebenarnya Zafrina Abd Rahman sebab deejay Suria FM ini jarang sekali mendapat publisiti meluas meskipun pernah menjadi pengacara Femina. Untuk info korang, Zaf pada hari ini akan disandingkan dengan tunangnya, Opie di Dewan Komuniti Taman Tun Dr. Ismail. Kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Zaf dan pasangannya.

3154835751 96967E2C78 O | 4

3154872565 Cea9E0D548 O | 5

Zafrina telah melangsungkan pertunangan dengan Suffian Harris Mustapa atau Opie pada bulan Ogos lalu dan diijabkabulkan pada 29 Disember lalu. Zafrina menerima hantaran RM15,022.12 beserta tujuh dulang hantaran dibalas Sembilan dulang kepada pihak lelaki.

“Ketika sibuk membuat persiapan perkahwinan adik perempuan Zaf tahun lalu, mak Zaf tanya kalau betul-betul serius dengan Opie lebih baik dipercepatkan perkahwinan kami,”

3154824225 F68Fce4300 | 6

KEISTIMEWAAN ZAF DAN OPIE

Ditanya tentang keistimewaan bakal suaminya itu, kata Zaf, Opie sememangnya mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.

“Bagi Zaf, Opie mempunyai pakej yang Zaf suka iaitu berkulit gelap, tinggi dan juga kurus. Selain itu, dia juga merupakan seorang yang kelakar dan merupakan seorang pendengar yang setia,” kata bekas pengacara rancangan Femina di RTM itu.

Sementara itu, Opie ketika diminta mengulas tentang keistimewaan Zaf menyatakan, dia dan Zaf begitu serasi kerana mempunyai banyak persamaan.

“Contohnya, kalau kami pergi makan selalunya menu yang kami pilih pasti sama, tidak kira minuman ataupun makanan. Selain itu, kami juga jarang bergaduh. Kalau ada apa-apa masalah kami akan selalu bawa berbincang dan apa yang penting, persefahaman adalah kunci utama,” kata Opie yang juga seorang penerbit dan pengarah produksi.

Pasti tidak terduga sama ada Zaf mahupun Opie sendiri bahawa pertemuan sulung mereka ketika Zaf menjejakkan kaki ke ntv7 sekitar tahun 2004 kerana menjalani latihan amali, bakal merubah kehidupan mereka di hari muka.

Menceritakan detik pertemuan mereka, menurut Zaf, perkenalan singkat itu bagaimanapun tidak segera memutikkan rasa cinta di antara mereka kerana Zaf sendiri ketika itu sudah pun mempunyai teman istimewa.

Bagaimanapun, kata Zaf, setelah dia terputus kasih dengan kekasih hatinya ketika itu, dia dan Opie sering menjadi bahan usikan rakan-rakan yang mahu melihat mereka bersama. Sejak itu, hubungan mereka semakin erat dan kerap keluar bersama. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh, akui Zaf, kasih antara mereka mula bercambah sekitar Mei tahun lalu.

3155709838 Ec4640F1Ab O | 7

Zaffrina now Mrs Harris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program TV Sempena Tahun Baru di TV2

Versatile Sharifah Amani Dalam Rona Roni