in , , ,

Sekitar XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019 di Zon Utara

Lebih 2,000 pengunjung meriahkan Universiti Teknologi PETRONAS hadir bagi memeriahkan XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019 di Zon Utara. Jom baca dan tengok gambar-gambar menarik di bawah ni!

XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019, kejohanan e-sukan kampus Malaysia yang pertama menampilkan pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi terbaik di seluruh negara, bertanding bagi merebut hadiah tunai terkumpul berjumlah RM 180,000 memulakan pencariannya di lokasi pertama, Universiti Teknologi PETRONAS mewakili zon utara. 

XPAX KEK - Zon Utara

Dianjurkan Media Prima Digital menerusi portal permainannya, MyGameOn serta Kitamen, upacara penutup XPAX KEK Zon Utara telah disempurnakan AP Dr. Nor Hisyam Bin Hamid, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) bersama Encik Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital. Acara yang dipersembahkan oleh XPAX ini menampilkan 3 permainan popular Mobile Legends Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019 dan DOTA 2.

XPAX KEK - Zon Utara

Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari ini menghimpunkan 48 pasukan terbaik yang telah disaring terlebih dahulu menerusi pusingan kelayakan yang berlangsung Februari lalu. Berikut merupakan pemenang 3 tempat teratas yang layak mewakili zon utara ke grand final akhir April hadapan.

XPAX KEK - Zon Utara
 JuaraNaib JuaraTempat Ketiga
Mobile Legends Bang BangSC Royale(Politeknik Sultan Abdul Halim  Muadzam Shah, Jitra, Kedah – POLIMAS)M4Poli(Politeknik Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak – POLISAS)UiTM Sungai Petani(Universiti Teknologi MARA, UiTM Sungai Petani, Kedah)
Dota 2Objective Gaming(Universiti Tunku Abdul Rahman, UTAR)Barai Gaming(Kolej Poly Tech Mara, Ipoh, KPTM)360 doto(Universiti Teknologi PETRONAS, UTP)
Pro Evolution Soccer 2019UNIMAP
(Universiti Malaysia Perlis)
Triple Ha(Kolej Poly Tech Mara, Ipoh, KPTM)Tubelight FC(Universiti Teknologi PETRONAS, UTP)

Hadiah Lumayan Perlu Dimenangi

Lebih menarik lagi, institusi pengajian tinggi dengan pasukan menang paling banyak juga berpeluang menerima biasiswa bernilai RM 50,000, dibawakan oleh jenama terkemuka Celcom,XPAX, sebagai salah satu inisiatif mereka dalam memperkasa e-sukan. Selain XPAX, Predator, Todak, Boost, Sades, Cadbury 5Star dan Mountain Dew turut bersama menjadi rakan penaja XPAX KEK.

XPAX KEK - Zon Utara

“Kami amat gembira dengan sambutan yang diterima untuk lokasi pertama XPAX KEK kali ini. Komitmen yang diberikan penaja utama XPAX serta pihak Universiti Teknologi PETRONAS adalah sangat penting dalam membangunkan industri e-sukan di Malaysia seterusnya membentuk ekosistem sihat yang boleh membudayakan konsep ‘Healthy Gaming’ dalam kalangan pelajar IPT di seluruh negara.”

– Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Encik Rafiq Razali
XPAX KEK - Zon Utara

Mewakili Universiti Teknologi PETRONAS, AP Dr. Nor Hisham Bin Hamid, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) melihat penganjuran XPAX KEK sebagai salah satu usaha merapatkan jurang di antara syarikat korporat tanahair bersama pihak IPT dalam mewujudkan kerjasama yang mampu memanfaatkan kedua-dua belah pihak.

“Celcom melalui XPAX sangat teruja mempersembahkan KEK selari dengan aspirasi kami untuk menjadi penyedia rangkaian pilihan dalam memenuhi gaya hidup digital pelanggan kami terutamanya peminat e-sukan tanahair. Ia juga menyediakan belia Malaysia sebuah platform pemerkasaan di mana mereka boleh meningkatkan kemahiran mereka seterusnya menjadi pemacu di dunia permainan.”

– Danny Chew, Ketua Pegawai Perniagaan Konsumer dan Kediaman Celcom Axiata Berhad
XPAX KEK - Zon Utara

XPAX KEK kali ini turut menyaksikan gabungan dua pengulas e-sukan popular tanahair, Radzi “Ikuto” Rahman dan Adam “Spartanker” Faiz memberikan ulasan mantap mereka untuk permainan Mobile Legends Bang Band.

Pengunjung juga berpeluang mencuba pelbagai jenis permainan lain yang terdapat di XPAX KEK termasuklah Beat Saber danF1 Racing Simulator.

Selain itu, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanahair iaitu Nabila Razali dan Naim Daniel. Kejohanan e-sukan ini turut menyuntik elemen pendidikan booth pendidikan dan sesi perkongsian dan diskusi bersama pemain-pemain industri juga elemen gaya hidup seperti food truck, tarian kecergasan dan cabutan bertuah istimewa buat pelanggan XPAX baru dan lama yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Modal insan Negeri Perak, YB Howard Lee turut hadir memberikan sokongan terhadap acara ini.

XPAX KEK - Zon Utara

Satu lagi elemen KEK yang cukup menarik adalah cabaran XPAX Hackathon E-Sukan di mana para pelajar diberi peluang membentangkan idea bernas mereka dalam bentuk cadangan memajukan industri e-sukan tempatan dan hadiah eksklusif dari XPAX dan Huawei menanti pemenang. 

Para pelajar yang berminat untuk menyertai Hackathon E-Sukan ini masih boleh mendaftar serta mengetahui lebih lanjut mengenai XPAX KEK dengan melayari www.mygameon.my/xpax-kek dan juga halaman Facebook rasmi MyGameOn. XPAX KEK akan menemui anda di UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah bermula Jumaat ini, 15 Mac 2019 sehingga Ahad, 17 Mac 2019 untuk zon selatan.

XPAX KEK - Zon Utara
XPAX KEK - Zon Utara
XPAX KEK - Zon Utara
XPAX KEK - Zon Utara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jarang Buat Persembahan di Stesen TV, Ini Alasan Anuar Zain

“Itu Bukan Video Saya,” – Aiman Tino