in , , ,

Sekitar Ujibakat Program realiti Mentor Milenia di Johor

Usai Sesi Uji Bakat Di Sabah, Kita Bertemu Pula Di Kuala Lumpur!

Program realiti Mentor Milenia yang mencari bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur kini kembali untuk musim ketiga! Sesi uji bakat pertama yang berlangsung di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah telah selesai minggu lalu dengan dihadiri oleh lebih 300 peserta. Sesi ini telah diadili oleh komposer dan pemuzik terkemuka tanah air iaitu Ajai dan juga Lok U.

Antara peserta yang hadir di uji bakat Mentor Milenia 2

Menurut Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif Mentor Milenia,

“Alhamdulillah, jumlah peserta yang telah hadir ke sesi uji bakat Mentor Milenia edisi baharu ini amat memberangsangkan.

Tidak dinafikan bakat peserta di Sabah memang menakjubkan kerana mereka memang mempunyai suara yang sangat merdu.

Dua juri berpengalaman iaitu Ajai dan Lok U telah mengadili kesemua peserta dan mereka sendiri berhadapan saat sukar untuk memilih peserta yang hadir semasa uji bakat tersebut.

Akhirnya enam peserta terbaik yang terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki telah dipilih untuk mara ke peringkat sesi uji bakat di Kuala Lumpur. ”

Muhamad Sufian Isa

Mentor Milenia kali ini masih mengekalkan Akim,Black, Hazama, dan dua muka baharu iaitu Stacy dan Ernie Zakri. Mentor Milenia kali ini juga akan menampilkan pelbagai kelainan termasuk konsep dan format baharu. 

Para peserta yang hadir uji bakat Mentor Milenia dinilai oleh (dari kiri) Muhamad Sufian Isa, Ajai dan Lok U

Hadiah Juara Mentor Milenia

Juara Mentor Milenia tahun ini akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi Mentor Milenia 2019. Selain itu, juara juga bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia, lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3. Pemenang juga akan menerima waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 dan kisah pendek mereka sepanjang di Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran Youtube TV3.

Black dan Mas Idayu sewaktu sesi uji bakat Mentor Milenia di Sabah

Uji Bakat Mentor Milenia

Uji bakat Mentor Milenia seterusnya pula akan berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September

Kepada yang berminat untuk menyertai sesi uji bakat Mentor Milenia, para peserta haruslah berusia antara 17 hingga 23 tahun dan berwarganegara Malaysiaatau Singapura. Para peserta juga boleh muat turun borang pendaftaran di http://www.xtra.com.my/mentormileniadan bawa borang yang lengkap ke sesi uji bakat. Peserta juga perlu membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 3R serta minus one lagu-lagu yang bakal dipersembahkan untuk penilaian. 

Mentor Milenia yang mengandungi 10 episod ini bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 hingga 11.30 malam  dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Sissy Iman. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang http://www.xtra.com.my/mentormilenia.

Antara peserta yang hadir di uji bakat Mentor Milenia 1
Antara peserta yang hadir di uji bakat Mentor Milenia 3
Antara peserta yang hadir di uji bakat Mentor Milenia 4
Antara peserta yang hadir di uji bakat Mentor Milenia 6
Antara peserta yang hadir di uji bakat Mentor Milenia 7
Antara peserta yang hadir di uji bakat Mentor Milenia 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Simplysiti Tembusi Pasaran Indonesia Selepas Hampir Sedekad

Konsert JALAN FIRDAUSI Sempena Aidiladha Terbitan RTM