in , ,

Sekitar Tayangan Perdana LELAKI HARAPAN DUNIA

Pada 24 November 2014 yang lalu, Budiey sempat menghadiri Tayangan Perdana LELAKI HARAPAN DUNIA yang diadakan di GSC Pavilion KL, Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Wah, ramai betul VIP, penggiat filem dan selebriti terkemuka yang hadir.

Antara VIPs, penggiat filem dan selebriti yang memeriahkan majlis tayangan perdana ini termasuk: Datuk Kamil Othman (Director-General of FINAS), Jean-Pierre Dumont (Director of Alliance Française Malaysia), Sofia Jane, Carmen Soo, Yeo Yann Yann, Bront Palarae, Sharifah Armani, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Beto Kusyairi, Khir Rahman, Melissa Saila, Redza Minhat, Osman Ali, Dain Said, Nandita Solomon, Chiu, Ellie Suriati, Saw Teong Hin, Julian Jayaseelam, Nik Amir Mustapha, Yeo Joon Han, Tan Chui Mui, Rewan Ishak, Ho Yuhang, Bernard Chauly, Sherry Alhadat, Leonard Tee dan ramai lagi.

Lelaki Harapan Dunia Bakal Menemui Penonton Di Pawagam Pada 27 November 2014

Filem yang ditunggu-tunggu, Lelaki Harapan Dunia arahan Liew Seng Tat yang telah membuka mata di arena antarabangsa, bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 November 2014.

Salah satu acara kemuncak utama malam itu ialah apabila pengarah dan pelakon Lelaki Harapan Dunia berganding bahu untuk mengusung replika kecil rumah yang diketengahkan di dalam filem dengan semangat gotong royong.

Lelaki Harapan Dunia mengikuti rentetan siri kejadian yang menimpa sebuah perkampungan Melayu lama yang mengakibatkan ketidakfahaman, tuduhan palsu dan situasi-situasi yang melucukan. Filem ini diketuai dengan pelakon Malaysia yang tersohor, Wan Hanafi Su.

Diikuti oleh Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid, Azhan Rani dan lain-lain. Filem ini diterbitkan oleh Sharon Gan dengan kerjasama Everything Films Sdn Bhd. (Malaysia) dan Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) dan Mandra Films (Perancis).

Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan pada mata dunia di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014. Pada bulan September, ditayangkan Amerika Utara iaitu di Festival Filem Antarabangsa Toronto diikuti dengan Filem Antarabangsa di Asia, Nara, Jepun.

Lelaki Harapan Dunia meneruskan penjejalahan ke Vancouver di bulan Oktober, seterusnya ke Busan, Korea. Pada bulan November, filem ini telah dipilih untuk bertanding ke Anugerah NETPAC di Kolkata India dan juga Festivel Filem Taipei Golden Horse.

Kini, filem Lelaki Harapan Dunia sedang ditayangkan di Italy, sempena dengan Festival Filem Torino pada 21-29 November 2014.

Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia
Premiere Lelaki Harapan Dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Upin & Ipin Dilantik Duta Japan Halal Expo 2014

Showcase Calon Akhir Anugerah Industri Muzik Ke 21