in

Sekitar Sidang Media & Pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2010

Pada jam 10 pagi tadi (31 Januari 2011), Budiey telah hadir di Sidang Media & Pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2010 yang diadakan di Courtyard, Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Tetamu kehormat pada acara ini ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Video Sekitar Pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2010:

Video Sekitar Sidang Media Bersama Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim:

Selain daripada beliau, turut akan hadir di sesi soal jawab sidang media ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia, Yang Bhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf merangkap Pengerusi, Jawatan Kuasa Induk ASA 2010, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En Izham Omar, wakil Astro dan wakil Rangkaian Radio Media Prima Berhad.

Majlis dibuka dengan nyanyian dari lagu Negaraku dan nyanyian persembahan pembukaan dari Nani Mentor

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Dihoskan oleh AC Mizal dari Astro, pengacara TV3 dan RTM.

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Untuk info pembaca budiey.com, Anugerah Seri Angkasa 2010 akan diadalan pada 18 Februari 2011 (rakaman) dan 19 Februari 2011 (siaran langsung) bermula jam 8.30 malam dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Membawa tema Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, ASA2010 berhasrat untuk mengetengahkan saluran radio dan televisyen sebagai saluran utama dalam menggambarkan perkembangan kemajuan warga Malaysia.

Siaran langsung boleh diikuti serentak menerusi TV1 (RTM), TV9 (Media Prima) dan Astro Prima (ASTRO).

Anugerah Seri Angkasa 2011 melibatkan kerjasama stesen-stesen penyiaran kerajaan dan swasta iaitu RTM, ASTRO, TV3, TV9, ntv7, Hot FM, Suria FM dan Sinar FM.

Budiey rasa, dah lama anugerah ini tak diadakan. Selama 4 tahun Anugerah ASA2011 ini tidak diadakan. Kali terakhir diadakan pada tahun 2006. Dan kali ini dengan inisiatif pihak kerajaan dan semua pihak indusri penyiaran, ASA2011 diadakan untuk mengiktiraf industri penyiaran di Malaysia. Tujuannya adalah untuk menyuntik semangat para karyawan dan penyiar tempatan supaya terus berjuang di persada industri penyiaran dan seni tanahair menerusi acara gilang gemilang lagi berprestij.

Sebanyak 53 kategori anugerah akan dipertandingkan kali ini iaitu 34 Anugerah TV, 16 Anugerah Radio dan 3 Anugerah Khas merangkumi Anugerah Khas Juri TV, Anugerah Khas Juri Radio dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa.

Sebanyak 521 pencalonan telah diterima iaitu 198 bagi kategori radio dan 323 pencalonan bagi kategori TV.

Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2010 terbuka kepada rancangan Radio/TV terbitan RTM, terbitan agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, syarikat-syarikat swasta di Malaysia yang telah membekalkan rancangan untuk siaran di RTM dan stesen swasta dalam tempoh 1 Jun 2009 hingga 31 Julai 2010.

Penerima anugerah bakal membawa pulang trofi dan sijil manakala dua penerima anugerah utama bagi kategori Pengarah Terbaik dan Drama Terbaik akan membawa pulang hadiah istimewa berupa lawatan khas ke Los Angeles.

SEJARAH ANUGERAH SERI ANGKASA
Anugerah Seri Angkasa adalah sebuah anugerah berprestij karyawan penyiar yang diperkenalkan pada tahun 1972, iaitu 3 tahun selepas penggabungan Radio Malaysia dan TV Malaysia kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketika itu, daya tarikan utama ialah penerbitan drama dan hiburan dengan memperkenalkan beberapa kategori anugerah termasuk drama terbaik, pelakon drama lelaki dan wanita, penulisan skrip, pengacaraan, juruhebah radio serta penerbitan dokumentari terbaik. Kategori lain yang turut diiktiraf adalah bahagian sokongan seperti audio, jurukamera, penyunting visual serta penataan cahaya walaupun ketika era itu penerbitan dibuat dalam hitam putih.

Anugerah ini diteruskan sehingga era TV warna pada tahun 1878 hingga awal tahun 2000 dan hanya dibuka penyertaannya kepada kakitangan dan penerbitan yang disiarkan menerusi RTM sahaja memandangkan anugerah ini dianjurkan atas inisiatif RTM.

Pada tahun 2004, Anugerah Seri Angkasa buat pertama kalinya membuka penyertaan kepada stesen-stesen swasta dalam usaha mewujudkan persaingan yang lebih sihat di kalangan karyawan industri penyiaran negara. Usaha ini diteruskan lagi pada penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2006.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan yang akrab serta semangat setiakawan di antara tiga penjuru utama stesen-stesen penyiaran negara masa kini, iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku stesen penyiaran kerajaan, Media Prima Berhad (stesen penyiaran swasta) dan Astro (stesen penyiaran berbayar), maka Anugerah Seri Angkasa 2010 dianjurkan buat pertama kalinya oleh ketiga-tiga peneraju utama ini dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan selaku peneraju induk.

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Ketibaan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

NANI MENTOR

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

CHAD HOT FM

budiey

BUDIEY

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

YAZER AF

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

LISDAWATI & FAUZI NAWAWI

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

PERSEMBAHAN PENUTUP DARI FRANCISSCA PETER

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

UCAPAN DARI Yang Bhg Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap pengerusi Jawatan Kuasa Induk Anugerah Seri Angkasa 2010.

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim sedang bagi ucapan perasmian

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

Saat pelancaran

Anugerah Seri Angkasa 2010 Sidang Media

SIDANG MEDIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Winners List Screen Actors Guild SAG Awards 2011

Ariel Peterpan Dipenjara 3 Tahun 6 Bulan