in ,

Sekitar Sidang Media Drama Impian Dibawakan Oleh Sunsilk

Jam 10 pagi semalam (18 Jun 2008), telah berlangsung sidang media Drama Impian di Dewan Serbaguna TV3, Sri Pentas, Bandar Utama.

Barisan para pelakon

Kalau korang masih ingat lagi dengan drama bersiri popular “Impian Ilyana yang ditayangkan di TV3, Drama Impian sebenarnya dihasilkan dari acuan yang sama. Dengan menyuntik nafas baru, drama ini memperkenalkan pendatang baru Diana Amir memegang watak gadis perian dan berdikari. Mengapa Ilyana tidak ada dalam drama ini? Jawapannya, drama Impian kali ini lebih memnfokuskan kepada watak Aleeya lakonan Diana Amir yang merupakan adik tiri kepada Ilyana yang kini berada di Australia untuk melanjutkan pelajaran.

Memasuki musim ketiga, drama ini akan mula bersiaran pada 23 Jun ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 3.30 petang dan siaran ulangan pada hari Sabtu, jam 2.30 tengahari.

Antara bintang lain yang berlakon dalam Drama Impian ialah Wardina Safiyyah, Isma Daniel, Ashraf Muslim, Anding AF, Junad Mohd Nor, Zoey, Al-Hafiz dan Tiz Zayqah.

Turut hadir di majlis sidang media itu, Pengarah Besar Bahagian Pemasaran Unilever, Encik David Lim:

“Drama ini merupakan salah satu contoh di mana kami memberi peluang kepada bakat-bakat baru dan lama untuk berkembang. Melalui drama Impian, kami berharap untuk menerapkan mesej positif dan bertanggungjawab terhadap komuniti dan penonton TV3 terutama sekali menyentuh isu-isu terkini dan masalah yang dihadapi oleh generasi muda sekarang.”

“Dengan kerjasama kempen Sunsilk Life Can’t Wait, drama Impian kembali dengan wajah baru yang cute dan bertemakan mesej positif yang bakal menarik lebih ramai penonton dan peminat drama ini terutama kaum wanita dan remaja.”

Turut berucap, Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan TV3,

“Semenjak drama ini ditayangkan di TV3 tiga musim lalu, pihak kami telah menerima banyak komen positif dan sokongan berterusan daripada penonton dan peminat yang amat menggemari jalan cerita. Watak-watak yang digambarkan di dalam drama ini mempunyai karakter yang berbeza dan unik malah ianya relevan untuk tontonan seluruh lapisan masyarakat.”

Peminat juga boleh mengikuti perkembangan terbaru Aleeya dan kakaknya serta dapatkan tips dan panduan bermanfaat melalui blog Impian dan laman web rasmi TV3.

[tags]gambar aleeya, gambar drama impian, drama, impian, diana amir, iyyah, Isma Daniel, Ashraf Muslim, Anding AF, Junad Mohd Nor, Zoey, Al-Hafiz, Tiz Zayqah, ashraf muslim[/tags]

Wardina & Diana Amir (Aleeya)

Kamal Adli sebagai Johan Dhani

Esma Daniel sebagai Azri

Anding AF

Zoey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ashraf Muslim @ Sidang Media Drama Impian

SENARAI PEMENANG PERADUAN EURO 2008 SORAKAN EMOSI