in

Sekitar Sidang Media CELCOM SATU MALAM EKSKLUSIF P.RAMLEE THE MUSICAL

Semalam telah berlangsung satu sidang media anjuran Celcom – Satu Malam Eksklusif Bersama Teater Muzikal P. Ramlee The Musical pada jam 12 tengahari.

2573679721 340Dd08Bbb | 4

Turut hadir di majlis yang diadakan di tingkat dua, Istana Budaya, CEO Celcom Malaysia Berhad, Dato’ Shazalli Ramly, naib presiden komunikasi korporat Celcom, penerbit P. Ramlee The Musical, Datin Seri Tiara Jacquelina bersama dengan barisan para pelakon seperti Musly Ramlee, Liza Hanim, Emelda Rosmila Binti Abdul Hamid, Atilia dan Melissa Saila.

Sidang media ini diadakan untuk mengumumkan penajaan satu malam eksklusif bagi pelanggan Celcom bagi menonton teater terbesar ini pada 15 Jun (Ahad) ini. Budiey kira satu usaha yang baik kerana sekurang-kurangnya Celcom menghargai para pelanggannya yang setia selain dapat mendekatkan lagi pelanggan dengan seni teater tempatan.

Kepada pelanggan Celcom yang berminat, apa yang perlu dilakukan dengan hanya mempamerkan ‘My Celcom’ di skrin telefon bimbit mereka di kaunter tiket Istana Budaya bermula 12 Jun sehingga 15 Jun 2008. Dan korang akan dapat menikmati potongan sebanyak 30 peratus dari harga tiket asal.

Selain menghadiahkan kepada pelanggan perdana mereka dengan tiket-tiket percuma untuk persembahan teater pada 15 Jun nanti, Pelanggan Perdana Celcom juga akan dijemput secara eksklusif di mana mereka akan diraikan dalam acara koktail yang cukup eksklusif serta pertunjukkan produk serta perkhidmatan produk Blackberry.

Barisan para pelakon turut menerima sebuah telefon bimbit Vodafone yang lengkap dengan penyelesaian Blackberry.

 2573676839 36C1E68C7B | 5

‘P. Ramlee’ menerima telefon bimbit barunya.

2574500684 D2C682F77C | 6

Junaidah pun nak jugak ke?

2574501510 67D956E153 | 7

Azizah yang begitu lawa menerimanya.

2573676131 172D9Ae7F7 | 8

P. Ramlee alaf baru

2573674753 86D90Fd1E3 | 9

2573674291 5D83219D07 | 10

2574493400 E6C1E7Da2F | 11

Turut berucap, Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom.

2573672281 A6F83B56E2 | 12

Datin Seri Tiara Jacquelina, dari Enfiniti Productions:

“Semuanya tidak saya sangka apabila Celcom meminta supaya diadakan pementasan tambahan. Tidak ada perkara yang lebih dibanggakan untuk sebuah produksi melainkan bila diminta mengadakan persembahan tambahan, dan Enfiniti cukup berbangga apabila Celcom menjadi penaja kami. Kami cukup bertuah mempunyai peminat dan penyokong seni teater , Dato’ Sri Shazalli Ramly. Kami akan memberikan saat terbaik dan tidak dapat dilupakan bagi pelanggan Celcom untuk persembahan tambahan itu nanti.”

 Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Berhad, Dato’ Sri Shazalli Ramly berkata:

“Kami sentiasa mencari jalan untuk menghargai pelanggan yang sentiasa setia kepada Celcom, jadi kami merasakan hadiah yang paling sesuai adalah dengan memberi peluang kepada mereka mengalami sendiri persembahan teater ini. Sambutan serta komen positif yang diterima oleh teater ini (P.Ramlee The Musical) merupakan satu pernyataan bagi membuktikan tahap kualiti produksi, dan Celcom cukup berbangga kerana berupaya menjalinkan kerjasama cukup eksklusif ini untuk pelanggan yang dihargai.”

 2574491876 99C8311C23 | 13

2574490454 711174D082 | 14

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun

Cuba Teka Beg Transperant Siapa?