in , ,

Sekitar Sesi Photo Bersama Spider-Man di Inverted Room Singapura

Khamis lalu, 27 Mac 2014 adalah saat paling dinantikan oleh Budiey apabila mendapat jemputan eksklusif daripada Sony Pictures untuk ke Singapura bagi melangsungkan pertemuan pertama kali dengan pelakon Hollywood yang membintangi filem The Amazing Spider-Man 2. Satu peluang yang tak akan Budiey lepaskan kerana sekali setahun je dapat peluang seperti ini. Jika tahun lepas, semasa anda semua sibuk mengundi di Pilihanraya Umum, Budiey ketika itu dijemput ke Media Junket filem After Earth dan sempat menemubual pelakon Will Smith dan Jaden Smith. Kenangan yang sangat ohsem!

Namun, Budiey kira, setelah dicongak, kenangan paling hebat adalah ketika mana dapat menemubual secara eksklusif dengan Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx dan Pengarah Marc Webb. Tidak lupa kenangan ketika di Inverted Room serta Meet & Greet bersama pelakon The Amazing Spider-Man 2. Jika Budiey pun rasa sangat teruja, apatah lagi dengan ribuan peminat yang membanjiri Skating Rink Marina Bay Sands pada lewat petang Khamis lalu.

Yang paling unik, apabila bercakap pasal Spider-Man, kita pastinya tertanya, bagaimana filem ini dibuat? Apakah teknik yang dibuat semasa babak Spider-Man boleh berjalan dan menjalar di dinding bilik. Jawapannya ialah INVERTED ROOM.

Tonton video: Inverted Room The Amazing Spider-Man 2 Di Singapura 

Sebuah bilik yang terbalik yang dibina khas tersergam di The Shoppes, pusat membeli belah terkemuka itu dibuka kepada orang ramai dan mereka berpeluang untuk bergambar bersama Spider-Man. Jika diterbalikkan gambar itu, dah tentu dapat lihat kita seolah-olah kelihatan digantung melekat dari siling. Tak ubah seperti Spider-Man. Jadi, mulalah masing-masing berangan nak jadi Spider-Man kat Inverted Room. Tengok pada pose diorang, bukan main style lagi. Semasa di Inverted Room, bergambar seorang diri tak syiok kan, jadi tidak sah kalau tidak ada kelibat Spider-Man yang membuat penampilan khas di dalam bilik terbalik (Inverted Room), dan muncul ke dalam tindakan di atas permaidani merah.

Pastinya, peminat Spider-Man kena ucap terima kasih kepada Program Tanggungjawab Sosial Marina Bay Sands, Singapura yang menyediakan peluang eksklusif dan julung kali ini untuk melihat bintang filem Hollywood dan mereka teruja untuk bertemu superhero kegemaran mereka secara langsung.

Rata-rata peminat yang Budiey temui melahirkan rasa teruja dan gembira. Seperti yang dialami oleh Muhammad Syazwi Bin Hasan , 17 yang menunggu acara ini bermula sejak jam 2 petang lagi.

“Terima kasih Sands Singapura kerana menjemput kami untuk acara yang istimewa ini! Saya sentiasa menonton Spider-Man di TV dan saya benar-benar teruja untuk melihat beliau secara live di Marina Bay Sands dan begitu dekat dengan semua bintang dalam filem. Saya benar-benar suka topeng Spider-Man dan topi mereka memberi kami supaya saya akan sentiasa ingat peristiwa ini. Yang pasti, kenangan ini satu kenangan yang tak akan saya lupakan.”

Beribu-ribu peminat bersemangat berkumpul seawal jam 2 petang lagi di Skating Rink untuk melihat kelibat pelakon The Amazing Spider-Man 2 secara lebih dekat. Selain dapat bergambar dengan ikonik superhero terkenal Spider-Man di Inverted Room, mereka juga pastinya menantikan untuk hadir melihat sekitar sidang media bersama pelakon The Amazing Spider-Man 2 yang diadakan Teater MasterCard sejurus selepas Meet & Greet diadakan.

[pullquote]Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx dan Pengarah Marc Webb serta penerbit filem paling dinantikan ini telah tiba di Singapura dalam rangka promosi di Singapura yang menjadi antara agenda acara media global filem itu. Selepas Singapura, mereka juga turut mengadakan promosi di Jepun pula. [/pullquote]

Budiey dapat saksikan sendiri sambutan yang hangat diberikan oleh warga Singapura untuk rombongan The Amazing Spider-Man 2 begitu meriah.

Dikhabarkan seramai 500 orang jemputan khas hadir memenuhi ruang depan karpet merah. Selain itu, yang pasti lebih 100 orang media antarabangsa yang dijemput kelihatan begitu sibuk menjalankan tugas mengambil gambar. Ada yang menjerit histeria dan ada yang excited bila dapat berselfie bersama bintang kesayangan ramai. Suasana jadi bingit saat bintang Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx dan Pengarah Marc Webb masuk ke Skating Rink dan berjalan ke permaidani merah. Semua tak nak lepaskan peluang untuk berselfie.

Filem The Amazing Spider-Man 2 akan mengegarkan pawagam di seluruh Malaysia mulai 1 Mei 2014.

Inverted Room Singapura

Inverted Room Singapura

Inverted Room Singapura

Inverted Room Singapura

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem RIO 2

Nora Danish Uniqlo

UNIQLO Launch Kids Baby Collection