in

Sekitar Sambutan Ulangtahun Ke-4 Suria FM

SURIAFM SAMBUT ULANGTAHUN CERIA 4 TAHUN

Secara rasminya pada tanggal 24 November 2011, SURIAFM kini sudah berusia 4 tahun! Semakin menongkah arus dan terus cemerlang untuk memberikan yang terbaik kepada para pendengar, SURIAFM sekali lagi ingin meraikannya bersama dengan para pendengar. Taman Tema Air Wet World Shah Alam menjadi saksi bagi acara yang penuh ceria kali ini.

Suria Fm 4 Tahun

Seramai 180 pendengar telah diraikan apabila 2 pass diberikan pada mereka yang berjaya menjawab soalan secara SMS menerusi ‘on air’. Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis ternama seperti Amanda Imani, Sabhi Sadhi, Forteen, Iqa Mentor, Yazer, Shazroul dan Adzrin Azhar.

Acara bermula seawal 8.30 pagi dimana kebanyakan pendengar telah berkumpul di hadapan Wet World untuk mendaftar. Sambil mendaftar, mereka bersarapan pagi sebelum acara bermula. Para penyampai Suria FM juga tidak ketinggalan dalam meraikan acara ini bersama dengan peminat mereka. Antara yang hadir ialah Halim Othman, Shiera, Bob Ringgo, Tyzo, Zizi dan Myra.

Pada jam 10 pagi permainan telematch ‘Gorilla Walk’, ‘Lodeh Ala Mak Lodeh’ dan ‘Catch Me If You Can’ bermula. Para pendengar setia, artis dan barisan penyampai turut sama bergandingan bagi menjuarai setiap pertandingan yang dianjurkan. Selesai aktiviti kering, kini mereka dibawa untuk menyertai permainan di kawasan air. Hiruk-pikuk jeritan mereka yang bertanding dan yang menyokong begitu menceriakan suasana. Telematch ‘Waiter Sprint’ dan ‘Jam Pack’ di kawasan air begitu mendapat sambutan ramai.

Setelah acara telematch berlangsung dengan jayanya, persembahan artis mengambil tempat. Artis-artis seperti Amanda Imani, Sabhi Sadhi, Forteen dan Iqa Mentor cukup sporting menghiburkan para pendengar dan mereka juga berpeluang mendekati penyanyi kesayangan masing-masing. Tamat persembahan artis, acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah, sesi fotografi dan juga makan tengahari.

Jam 2 petang acara bersurai namun para pendengar dibenarkan untuk terus menikmati acara bebas di taman tema tersebut. Terima Kasih diucapkan kepada semua tenaga kerja yang telah menjayakannya. Buat para pendengar, barisan penyampai, krew Suria FM, pihak media juga pihak penaja, diharapkan tahun hadapan kita berjumpa lagi.

Tentang Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Kami boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan juga Indonesia, kami mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Kami telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.3 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Suria Fm 4 Tahun

Suria Fm 4 Tahun

Suria Fm 4 Tahun

Suria Fm 4 Tahun

Suria Fm 4 Tahun

Suria Fm 4 Tahun

Suria Fm 4 Tahun

Suria Fm 4 Tahun

Suria Fm 4 Tahun

Suria Fm 4 Tahun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza di Sidang Media Bio Siti Nurhaliza History Channel

Resipi Pelik Tapi Sedap Musim ke-2