in , ,

Sekitar Program CSR Ketuk-Ketuk Sahur & Konvoi Bermotor Ladies Grab Rider

Di bulan penuh keberkatan ini, ramai di kalangan selebriti dan juga orang perseorangan mengambil peluang untuk mengadakan CSR dan juga program amal.

Pada 30 Mac lalu, jam 9 malam, Budiey berkesempatan untuk menghadiri Ketuk-Ketuk Sahur & Konvoi Bermotor Ladies Grab Rider Bersama Lebih Kurang 20 Buah Motorsikal Wanita Women Power. Acara ini dianjurkan oleh artis baharu bernama Juju bersama dengan Kerjasama Pertubuhan Memperkasa Wanita Malaysia (Women Power). 

Acara bermula di Dewan Ibu Tunggal D’Sayang di mana penganjur dan peserta bersama-sama bergotong royong untuk memasak juadah bersahur yang akan diagihkan pada malam tu. Selesai memasak, proses menyediakan makanan dan membungkus turut dibuat secara beramai-ramai. 

Sekitar Program CSR Ketuk-Ketuk Sahur & Konvoi Bermotor Ladies Grab Rider
Datuk Hjh Noor Aieni Mohd Ali bersama Juju menyampaikan pek makanan bersahur kepada wakil Balai Bomba Taman Melati.

Sementara menunggu hidangan masak, Budiey berkesempatan untuk menemubual Julianah atau lebih mesra dipanggil Juju yang kini turut mempromosikan sebuah lagu raya berjudul RAYA PATUTNYA AKU. Khabarnya, lagu raya ini kerap berkumandang di stesen radio Selangor FM.

Pada jam 12.30 tengah malam, Datuk Noor Aieni Mohd Ali selaku Pengerusi Pertubuhan Memperkasa Wanita Malaysia (Women Power) telah tiba untuk melancarkan misi CSR Ketuk-Ketuk Sahur. 

Acara agihan makanan bersama konvoi bermula di Balai Polis Gombak Setia Batu 6, dan kemudian ke Balai Bomba Taman Melati, Balai Polis Taman Melawati, Hospital Mizan, Balai Polis Seksyen 1, Balai Polis Setapak dan berakhir di Hospital Kuala Lumpur. 

Sekitar Program CSR Ketuk-Ketuk Sahur & Konvoi Bermotor Ladies Grab Rider
Datuk Hjh Noor Aieni Mohd Ali (lima dari kanan) bersama Juju (depan- tiga dari kiri) menyampaikan pek makanan bersahur kepada wakil Balai Polis Jalan Genting Klang – Setapak.

Sementara menantikan persiapan dibuat, Budiey menemubual Juju dengan bertanyakan tentang penglibatan beliau dalam bidang nyanyian.

Menurut Juju, penglibatan beliau dalam bidang nyanyian sebenarnya hanya suka-suka sahaja. 

“Asalnya saya terjebak dalam dunia nyanyian ni sekadar suka-suka sahaja sebab hobi saya memang menyanyi. Ya, hobi saya adalah menyanyi bila saya gembira, saya menyanyi, bila saya sedih pun saya menyanyi so lagu-lagu yang saya keluarkan ni 100% memang daripada tulisan saya sendiri dibantu pula oleh sahabat saya yang akan olahkan. Jadi, buat masa ni alhamdulillah saya dah ada empat buah lagu,”

“Lagu yang pertama berjudul WUJUDKAH AKU dan lagu ini merujuk tentang diri saya sendiri daripada saya lahir sampailah sekarang berkenaan dengan wujudkah saya di mata famili dan orang di sekeliling saya sebab saya datang pun daripada keluarga yang berpecah belah dan berantakan. Dan pada usia 13 tahun, saya terpaksa menetap di sebuah rumah kebajikan di Johor Baharu.

Tanda kasih sayang dan penghargaan buat insan tersayang membantunya mengharungi kehidupan penuh cabaran Juju menghasilkan lagu Teduhan Kasih Mama. 

Lirik lagu dihasilkan Juju sendiri dengan kerjasama penulis lirik Zamzoy dan susunan lagu mendapat sentuhan Papa Jup. Menurut Juju, dia mendapat ilham menghasilkan lagu itu berdasarkan pengalaman lampau.

Lagu kedua pula mengisahkan tentang diri saya yang mencari kasih sayang untuk dijadikan teduhan seorang ibu. Tetapi alhamdulillah sekarang dah berjumpa ibu angkat yang saya panggil mama dan dari situ saya keluarkan pula lagu berjudul TEDUHAN KASIH MAMA dan lagu saya yang ketiga pula berjudul HATIKU,”

Lagu HATIKU tu adalah satu-satu lagu yang mengisahkan tentang rindu kasih sayang saya tanpa henti pada seseorang yang Allah lagi menyayanginya dan sudah pergi buat selama-lamanya. lepas tu lagu lain saya keluarkan pada tahun 2024 ni ialah sebuah lagu raya yang sekarang ini sedang rancak diputarkan di radio Selangor FM berjudul RAYA PATUTNYA AKU.

Sekitar Program CSR Ketuk-Ketuk Sahur & Konvoi Bermotor Ladies Grab Rider
Datuk Hjh Noor Aieni Mohd Ali bersama Juju (depan – kanan sekali) menyampaikan pek makanan bersahur kepada wakil Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dibesarkan dalam sebuah ‘broken family’, tidak menghalang ibu tunggal berusia 42 tahun ini untuk menjadi seorang usahawan wanita berjaya.

“Sejak usia 10 tahun lagi saya terpaksa mencari rezeki sendiri dengan berniaga ‘roti john’ di pasar-pasar malam untuk menampung kehidupan dan persekolahan.

– Juju

Kerja-kerja CSR macam ni sebenarnya saya dah buat daripada tahun 2019 lagi sebab saya memang minat untuk tolong orang melalui projek-projek CSR kerana saya sedar latar belakang saya adalah orang yang susah bukan orang senang dan saya pun dulu pernah menjadi gelandangan dan saya dikurniakan rezeki mencurah bermula tahun 2019. 

Bermula daripada tahun 2019 ramai di kalangan rakyat kita sahabat saya sampai tak ada duit pun nak makan jadi saya tahu bila saya waktu tu 2019 rezeki saya naik mendadak dan kemudian saya kongsikan rezeki yang saya ada ni kepada semua yang memerlukan. Alhamdulillah sehingga ke hari ini 2024 saya meneruskan projeksi CSR ini,”

Sekitar Program CSR Ketuk-Ketuk Sahur & Konvoi Bermotor Ladies Grab Rider

Pada tahun 2024 ni saya anjurkan program CSR bermula pada 1 haribulan Ramadan setiap hari memang saya akan hantar 100 hingga 150 roti john Juju ke rumah tahfiz, rumah anak yatim, geladangan, masjid-masjid dan seluruh yang berdekatan, memang setiap hari tanpa henti. Pada 20 Mac baru-baru ini saya menyalurkan 100 makanan kepada mama saya Datuk Hajah Noraini untuk diserahkan kepada 100 keluarga asnaf di sekitar Wangsa Maju. Alhamdulillah program tu berjaya saya rasa macam lapang dada kerana saya dapat membantu buat yang memerlukan.

Saya memang puas hati dengan apa yang saya dah bagi untuk malam ini untuk program Ketuk-Ketuk Sahur adalah program yang terakhir untuk bulan Ramadan tahun ni. 

Mengenai sasaran menghasilkan lagu-lagu lain pada masa akan datang Juju memberitahu, penampilannya bersama single itu bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana artis sebaliknya lebih kepada minat serta dikurniakan sedikit bakat dalam bidang seni.

“Pada usia sekarang saya tidak memikirkan untuk bergelar artis kerana saya mempunyai tanggungjawab dalam bidang kerja dan tugas-tugas lain termasuk menjaga anak-anak angkat saya.

“Saya juga tidak meletakkan sasaran untuk memasarkan lagu ini di mana-mana saluran. Saya juga gembira jika lagu ini mendapat maklum balas positif daripada pendengar atau peminat muzik” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Telefon Pintar Realme 12+ 5G, Rekaan Jam Mewah, Harga Mampu Milik

AirAsia Rai Laluan Penerbangan Antara Penang, Kuching & Sabah