in

Sekitar Prebiu Media FIlem Suatu Malam Kubur Berasap

Pada 13 Disember 2011, jam 8 malam yang lalu Budiey telah menghadiri satu Majlis Tayangan Media untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Boleh dikatakan semua para pelakon utama yang menbintangi filem ini turut hadir. Antaranya ialah Angah Raja Lawak, Along Cham, Azrul Zaidi, Nurul Ain dan juga pendatang baru yang belum diperkenalkan dalam filem lain iaitu Wira dan Faiz Raja Lawak.

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Filem yang diterbitkan bersama oleh Ernie Chen (Penerbit Ekskutif). Lili Salhani bt Ismail (Penerbit) dan Manje (selaku Penolong Penerbit) ini menggandingkan lakonan mantap dari pelakon veteren iaitu Allahyarham Zami Ismail, Acappan dan Ruminah Sidek.

Uniknya prebiu filem kali ini, media diberi peluang untuk menemubual para pelakon dan pengarah sebelum dan sesudah tayangan filem. Mungkin perkara ini membuatkan media merasa pelik, namun pihak Outloud Studios sengaja untuk memberikan peluang keemasan untuk media mengenali dan memahami sinopsis cerita terlebih dahulu.

Semasa sidang media selepas tayangan pula, Budiey lihat ramai sekali media yang bertanyakan soalan tentang filem ini kepada pengarah. Maklumlah, ini adalah filem pertama daripada Ernie Chen dan pastinya percubaan kali pertama memberi respon yang pelbagai dari khalayak media.

Apa-apa pun respon yang diberikan, Budiey nak ucapkan tahniah kepada pengarah Ernie Chen, semua pelakon dan juga krew produksi kerana filem ini akhirnya berjaya menemui penonton mulai 22 Disember nanti di pawagam. Budiey kira tanpa usaha keras, pasti filem ini tidak akan berjaya direalisasikan dan dibawa ke pawagam. Budiey teruja dan tak sabar nak baca rebiu dan ulasan dari rakan media yang lain. Kita tunggu sahaja nanti.

Penerbit dan pengarah filem SMKB ini berharap filem pertama ini dapat mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan, sekaligus dapat memberikan kepuasan kepada penonton. Ernie Chen juga berpuas hati kerana dapat menyelesaikan filem ini dalam masa yang singkat iaitu 40 hari

Budiey sempat menemubual beberapa orang pelakon filem yang menjalani pengambaran di 3 buah lokasi iaitu Rawang, Kuang dan Damansara Utama ini.

Temubual Bersama Ain Filem Suatu Malam Kubur Berasap

Temubual Bersama Angah Betul ke Makan Cacing?

Sidang Media Prebiu Media Suatu Malam Kubur Berasap

Temubual Bersama Ernie Chen Pengarah Filem Suatu Malam Kubur Berasap

Bak kata pepatah, “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu”. Begitulah perumpamaan yang molek sekali diberikan kepada Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz dimana mereka dilahirkan daripada rancangan realiti televisyen popular Raja Lawak dan akhirnya mendapat tawaran untuk berlakon filem.

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Kelima-lima mereka berjaya menambat hati pengarah baru dan juga penerbit, Ernie Chen untuk berlakon di dalam filem pertama beliau, “Suatu Malam Kubur Berasap”, filem yang bergenrekan seram komedi dan akan ditayangkan kepada orang ramai pada 22 Disember 2011. Lakonan yang mantap dan keserasian diantara mereka sewaktu pengambaran dijalankan amat mengagumkan dan patut dipuji. Malahan, keserasian tersebut turut dilihat selepas mereka selesai pengambaran dan membuatkan lakonan mereka di dalam filem ini menjadi.

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Bagi pendatang baru, Wira dan Faiz Raja Lawak, filem Suatu Malam Kubur Berasap adalah filem pertama bagi mereka dan mereka berasa sungguh teruja dengan filem ini. Menurut Wira, filem Suatu Malam Kubur Berasap dilihat sebagai batu loncatan baginya dan berharap melalui filem ini beliau diberikan lebih banyak peluang untuk terus berada di dalam industri hiburan dengan menonjolkan bakat yang beliau ada.

Filem Suatu Malam Kubur Berasap juga membariskan pelakon seperti Zac Diamond (X-Factor), Ruminah Sidek, Zami Ismail, Accapan dan pendatang baru Nurul Ain Nordin. Bagi peminat Arwah Pak Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda patut menonton filem ini kerana filem Suatu Malam Berasap adalah karya terakhir beliau.

Nak tahu apa yang Budiey ceritakan kat sini betul atau tak, kenalah tonton filem Suatu Malam Kubur Berasap mulai 22 Disember ini di pawagam berhampiran dengan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari fanpage Facebook: https://www.facebook.com/suatumalamkuburberasap dan laman web rasmi http://suatumalamkuburberasap.com

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

Prebiu Suatu Malam Kubur Berasap

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Vanila Coklat Lakonan Izara Aishah Aiman Hakim

Peraduan Jom Menonton SHERLOCK HOLMES: A GAME OF SHADOWS