in ,

Sekitar Pra Tayangan Ambipur FAST & FURIOUS 7 Limited Edition

Para peminat pemanduan penuh adrenalin pasti lebih teruja apabila Ambi Pur membolehkan anda menghidupkan semula Fast & Furious sambil memberikan suntikan kesegaran yang menakjubkan untuk pengalaman dalam kereta anda dengan pelancaran klip FAST & FURIOUS 7 edisi terhad.

Direka khas untuk para peminat FAST & FURIOUS 7, pewangi kereta eksklusif untuk dikumpul ini boleh didapati dalam tiga varian: Klip Premium Fresh Drift dan Turbo Fresh untuk menghilangkan bau sehingga 60 hari dan Klip Mini Turbo Fresh untuk menghilangkan bau sehingga 30 hari. Rekaan anggun Klip Premium menambah sentuhan hebat kepada rekaan dalaman bagi peminat kereta yang sentiasa mahukan kenderaan mereka kelihatan menyerlah.

Sekitar Pra Tayangan Ambipur FAST & FURIOUS 7 Limited Edition

Ambi Pur Memperkenalkan Pewangi Kereta FAST & FURIOUS 7 EDISI TERHAD

Sebagai Penyegar Udara Kereta #1 Dunia, klip-klip FAST & FURIOUS 7 edisi terhad ini membantu menghilangkan bau dan menambah kesegaran di dalam kenderaan.

Untuk Para Peminat Fast & Furious 7! Untuk waktu yang terhad, Ambi Pur membolehkan anda merasai pengalaman Fast & Furious – supaya anda berasa seperti keluarga Fast.

Untuk memperkenalkan pewangi eksklusif yang diilhamkan dari francais Fast & Furious ini, Ambi Pur mengambil alih kawasan dataran khas di Pusat Membeli-Belah 1Utama untuk mempamerkan pewangi dalam kereta baru yang menarik ini dengan binaan latar khas “Bengkel Kereta” selama lima hari bermula 1 April. Dan apa lagi cara yang lebih baik untuk memulakan pameran ini dari menganjurkan tayangan perdana Fast & Furious 7 untuk para tetamu dan media?

Lebih 200 tetamu yang hadir tidak dapat membendung keterujaan mereka di kawasan pameran Ambi Pur FAST & FURIOUS 7 apabila melihat kereta Nissan Skyline GTR R35 yang mempamerkan plat nombor khas FURIOUS 7, seperti yang digunakan di dalam francais Fast & Furious, diletakkan di tengah-tengah kawasan tersebut. Para tetamu seperti Ratu Universe Malaysia 2010 Nadine Ann Thomas, ESPN Formula Drift Asia Pro Driver Mervyn Nakamura, dan model tempatan merangkap pejuang ONE Championship Peter Davis dijemput untuk mengambil ‘selfie’ berhampiran kereta tersebut dan berkongsi gambar mereka di saluran media sosial dengan hashtag #AMBIPURMY #FF7 #FASTFURIOUS sambil menikmati “pemanduan” yang amat menyeronokkan dengan Fresh Drift dari rangkaian Klip Premium Fast & Furious Edisi Terhad.

Para tetamu juga dihiburkan dengan muzik yang dipilih dari francais Fast & Furious serta iklan TV istimewa untuk Klip Premium Fast & Furious Edisi Terhad Ambi Pur, yang turut menarik perhatian orang ramai dengan pengumuman khasnya iaitu “Get it now, Get it fast!

Dengan keterujaan untuk menyaksikan tayangan perdana yang telah mencapai kemuncaknya, para tetamu menuju ke GSC untuk menonton Fast & Furious 7 yang sangat dinanti-nantikan.

Rasai pengalaman Fast & Furious dengan Ambipur di media sosial #AmbipurMY | FastFurious | #FF7

Facebook
www.facebook.com/AmbiPurMY

Youtube
http://www.youtube.com/user/AmbiPurMalaysia

Nama/ SKU RRP (Harga Runcit Dicadangkan) RM
Klip Premium Fresh Drift Fast & Furious Ambi Pur RM19.90
Klip Premium Turbo Fresh Fast & Furious Ambi Pur RM19.90
Klip Mini Turbo Fresh Fast & Furious Ambi Pur RM12.90

Sekitar Pra Tayangan Ambipur FAST & FURIOUS 7 Limited Edition

Sekitar Pra Tayangan Ambipur FAST & FURIOUS 7 Limited Edition

Sekitar Pra Tayangan Ambipur FAST & FURIOUS 7 Limited Edition

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Anuar Zain & Alyah Bakal Jayakan Majlis Makan Malam ELECTRO

Syameel Juara SuERA 2015