in

Sekitar Pelancaran Portal Gua Muzik Guamuzik.com.my

Portal Gua Muzik telah pun dilancarkan pada 14 April lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby dengan dihadiri oleh penggiat industri muzik tanahair yang memberi sokongan penuh di majlis pelancaran portal muzik digital paling kool Malaysia.

Untuk korang yang suka mendengar muzik, Budiey ingin mengajak korang semua ke GUAMUZIK.COM.MY

Di majlis itu, M.Zulkifli selaku Pengurus Besar Portal Gaya Hidup Alt Media Sdn Bhd telah menyampaikan satu slide presentation kepada semua hadirin berkenaan dengan portal Gua Muzik secara lebih terperinci. Ianya diselang-seli dengan persembahan artis seperti Hujan, Faizal Tahir, Pacai dan Ayu OIAM.

2415857497 66B8Ca2185 | 4

Kronologi & Sejarah GUA Tercipta
Sebaik sahaja dilancarkan September 2007, GUA terus mengorak langkah dengan menggegarkan industri hiburan tanahair dengan menerbitkan drama eksklusif web, Kerana Karina. Dua bulan kemudiannya, Malaysia Book Of Records telah mengenalpasti usaha GUA dan mengiktiraf Kerana Karina sebagai drama online pertama di Malaysia.

2415858653 Af2F9B766F | 5

Usaha GUA berterusan dengan pelancaran sebuah lagi drama komedi eksklusif web Malaysiantalents.com yang menampilkan Douglas Lim sebagai pelakon dan juga pengarah, diikuti dengan Jelma, drama seram ‘online’ yang amat popular di laman web GUA kini yang di arahkan oleh pengarah berkaliber Muhammad Murali.

Kejayaan cemerlang mencatatkan lebih 30 juta tontonan (page views) dan juga pendaftaran lebih 66,000 ahli GUA dalam tempoh tujuh bulan tidak mencukupi. Budiey merasakan portal ini perlu lebih bersifat terkini dan lebih cepat selaras dengan kemajuan teknologi. Kalau boleh, berikan laptop atau broadband kepada wartawan supaya senang mengemaskin berita secara langsung dan terus di lokasi.

2414249244 572C1276Fe | 6

Apa yang Menariknya GUA MUZIK?
GUAMUZIK terbukti amat menarik dengan ruang muka laman web berwarna-warni, menawarkan pilihan pelbagai ‘genre’ dengan kemudahan melayar, GUAMUZIK merupakan destinasi online muzik terbaik dengan menghubungkan kandungan editorial rencana atau gosip terbaru, ulasan, blogs, forum dan banyak lagi.

Sewaktu pelancaran GUAMUZIK, Pengurus Besar Portal Gaya Hidup Alt Media Sdn Bhd, En M. Zulkifli Abdul Jalil memberi gambaran keseluruhan industri muzik tempatan pada sidang hadirin.

“Kami percaya inilah masanya untuk menyuntik nafas baru kepada ruang muat turun dan menawarkan GUAMUZIK, perkhidmatan dan jenama terbaru yang bakal menguntungkan label muzik, artis dan juga para pelanggan. Kami menyedari bahawa adanya artis-artis yang ingin merakam ‘single’ terbaru dan mengedarkannya khusus secara ‘online’ bagi mencapai sasaran penonton ‘internet-savvy’. Kini GUAMUZIK mampu menjadi platform bukan sahaja bagi artis, tetapi juga bagi komposer, penulis lirik dan ahli muzik yang mempunyai aspirasi yang sama.”

“Perancangan GUAMUZIK tidak akan terhenti disitu. Yang menjadi keutamaan adalah usaha berterusan mewujudkan perpustakaan lagu yang merangkumi lebih 700,000 buah lagu menjelang 2009, menjadikan GUAMUZIK portal muzik terbesar Malaysia nanti. Kami nekad untuk menjana revolusi muzik dan harapan kami agar industri muzik tempatan akan terus hidup.”

Menurut Persekutuan Industri Fonografik Antarabangsa (IFPI), total jualan muzik secara global mencatatkan USD3 billion pada tahun 2007. Pasaran muzik digital tempatan pula mencatatkan nilai purata RM200 juta. Muat turun muzik digital telah menyumbangkan kira-kira 16% dari jumlah keuntungan keseluruhan industri muzik pada tahun 2007 dan peratusannya dijangka meningkat kira-kira 20% hingga 25% tahun ini dengan peningkatan 50% tahun demi tahun.  

2416679306 9F2878Ba94 | 7 

GUAMUZIK bertujuan menjadi salah satu kunci entiti bagi perkembangan ini dengan menjanjikan lima ciri-ciri berikut:

  1. Kepelbagaian
    Pilihan terluas arena muzik tempatan dan antarabangsa, dari irama rock ke nasyid, lagu-lagu Inggeris ke Tamil. 
  2. Kualiti
    Muat turun lagu berformat WMA, dengan kelajuan 192 ‘kilo byte’ per saat. (Dalam erti kata lain, kejelasan audio yang menjamin kepuasan.)
  3. Nilai tambahan
    Hadiah percuma! (merchandise, tiket konsert, CD artis yang ditandatangani dan banyak lagi.) 
  4. Kemudahan
    Membeli dan memuat turun lagu amat senang dengan hanya beberapa langkah mudah.  
  5. Kandungan Ekslusif
    GUAMUZIK membuat anda istimewa (Anda tidak akan dapat memuat turun muzik eksklusif dari mana-mana portal muzik lain.)
  6. Dunia Muzik Digital
    Selamat datang ke dunia muzik digital. Dan salah seorang yang bakal melancaran album digital penuh ialah komposer/ahli muzik terkenal, Pacai yang yang turut mempersembahkan lagu ciptaannya di majlis pelancaran GUAMUZIK. Selain Pacai, antara artis lain yang turut menghiburkan hadirin adalah Hujan, juara One In A Million musim kedua, Ayu dan penyanyi berbakat besar, Faizal Tahir. 

2415860317 6E21298F59 | 8

Majlis pelancaran GUAMUZIK hari ini akan disusuli dengan sebuah street party atau konsert yang dijadualkan bakal berlangsung beberapa minggu akan datang dengan kombinasi persembahan artis-artis terkenal tanah air. Momentum bakal diteruskan dengan sebuah rangkaian gig untuk mempromosikan GUAMUZIK dan menggalakkan muat turun.  

Lebih banyak perkhidmatan baru bakal diperkenalkan di GUAMUZIK tidak lama lagi, termasuk perkhidmatan langganan yang membolehkan muat turun tanpa had dengan hanya sekali bayaran, dan juga sebuah perkhidmatan penghantaran dua hala dimana muat turun anda akan disalurkan ke komputer dan juga telefon mudah alih anda secara serentak!

2415863391 A14564484F | 9

2416681598 C4Aea9Bb6B | 10

2415861961 17C818E25A | 11

2415862649 0521229C88 | 12

[tags]muzik digital, gua muzik, portal gua, website guamuzik, pacai, histeria, kekasih pierre andre, guide to yoga, how to practice yoga, julia stiles sister, Learn Yoga, learning yoga with tara stiles, tara stiles videos, tight tara stiles, yoga centre in malaysia and singapore, yoga mat, norliana samsudin, pierre andre, selamat pagi cinta, tentang bulan, yana, digital isu, cetak rompak, cd bajakan, wma, convert, software convert, mp3 downloader[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Zahid Memang Bercinta Dengan Nita

Sekitar Sidang Media Pelancaran Gang Starz Musim Ke-2