in ,

Sekitar Pelancaran Koleksi Fesyen Suri & Lana

PELANCARAN KOLEKSI FESYEN SURI & LANA

Pada 5 April lalu, Suri & Lana, label fesyen terbaru bersama dengan Pembuat jam tangan eksklusif Swiss, Bedat & Co, mengadakan satu majlis minum petang eksklusif bagi melancarkan label Suri & Lana dan koleksi pertama Suri & Lana, “Breakfast at Tiffany’s”. Turut diserikan dengan pertunjukan koleksi jam tangan feminin elegan dari Bedat & Co di Starhill Gallery, Kuala Lumpur.

Finale Suri&Amp;Lana With Founders And Mr Frank Low

Pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Perlancongan Malaysia, diiringi oleh pengasas label Suri & Lana, Datin Esmila Saruji dan Puan Nurul Afidah Zulkifli.

Pertunjukan fesyen koleksi “Breakfast at Tiffany’s” bersama koleksi jam tangan eksklusif feminin Bedat & Co yang diperagakan diirinngi alunan muzik jazz, mendapat perhatian para tetamu yang hadir.

Hepburn Dress By Suri &Amp; Lana And Bedat &Amp; Co Exclusive Watch
Penyanyi Jazz terkemuka Atilia, turut menghiburkan para tetamu melalui susunan lagu-lagu yang mengasyikan. Selebriti yang hadir tampak begitu “classy” dalam persalinan Suri & Lana. Antara lain yang turut hadir adalah golongan socialit, pengikut fesyen, dan rakan media.

Melewati inspirasi daripada karekter ikonik Holly Golightly dalam filem “Breakfast at Tiffany’s” yang dilakonkan oleh Audrey Hepburn pada tahun 1961 telah melahirkan interpretasi kreatif untuk koleksi pertama Suri & Lana ini. Pilihan warna dan fabrik yang menarik serta pilihan kemasan Suri & Lana menjadikan setiap helaian unik dan eksklusif.

Label Suri & Lana merupakan gabungan idea Datin Esmila Saruji dan Puan Nurul Afidah Zulkifli yang berkongsi minat terhadap fesyen sentiasa mencari ruang kreativiti untuk diinterpretasikan dalam helaian rekaan Suri & Lana.

Koleksi Suri & Lana boleh didapati di butik Mimpikita, 15-1 Jalan Telawi 2, 59100, Kuala Lumpur dan Butik Prive’, Lot 12, Ground Floor, Dormani Square, 934000 Kuching Sarawak. Koleksi ini juga lebih mudah didapati melalui laman portal membeli-belah FashionValet.net

Suri&Amp;Lana 5

Suri&Amp;Lana 2

Lisa Surihani &Amp; Atilia

Lisa Surihani & Atilia juga turut hadir

Aishah Sinclair, Juliani Jamal &Amp; Friend

Aishah Sinclair, Juliani Jamal & Kawan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The YouTube Stars Youtube Music Festival

Temui Fizz Fairuz & Ainul Aishah di Karnival WAnITA