in , ,

Sekitar Pelancaran Buku Wardina Mama Saya Lapar & Siapa Alien

Pada hari Jumaat lalu, 4 Jun 2010, Budiey dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Buku Wardina Safiyyah – MAMA SAYA LAPAR dan SIAPA ALIEN di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Lama betul tak datang ke National Library ni. Tak macam kata Wardina yang tiap-tiap minggu datang ke sini. Budiey mendapat jemputan dari Wardina melalui email dan Budiey pernah mewar-warkan tentang pelancaran buku Wardina di blog ini minggu lalu.

Diadakan pada awal pagi, ada teman media yang mengadu kelaparan kerana tak sempat menjamah sarapan pagi. WARDINA, SAYA LAPAR!

Budiey turut dihadiahkan dua buah buku dari Wardina. Mama Saya Lapar adalah buku pertama Wardina yang berkonsepkan keibubapaan, penuh dengan gambar berwarna-warni didedikasikan untuk para ibu. Dalam buku ini, kita dapat mengetahui tabiat pemakanan yang berkhasiat untuk anak-anak serta tips yang sangat berguna untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Budiey percaya dengan adanya buku ini, para ibu dapat mengatasi masalah terutama yang berkisar tentang pemakanan.

Buku SIAPA ALIEN pula adalah satu siri berilustrasi untuk menggalakan minat membaca di kalangan kanak-kanak. Terutama apabila terdapat saingan seperti TV dan permainan komputer dan juga dengan tabiat membaca dalam diri  kanak-kanak di Malaysia yang agak rendah.

Wardina merasakan sebagai seorang selebriti, beliau perlu membayar balik sesuatu kepada masyarakat.

Sesampai Budiey dalam dewan, apa yang menarik perhatian Budiey adalah…

4677050152 5B6D64C783 O | 3

Ya, air kelapa muda tersusun elok di atas meja untuk diminum… Orang kata, tak elok minum air kelapa di pagi hari. Tak baik untuk tenaga batin? Betul ke? Mmm.. tak pe, rezeki kat depan mata tak boleh tolak. Lagi pun sekali sekala tak pe. Jangan selalu. Itu kata seorang pakcik, teman media dari Utusan Melayu.

Budiey perhatikan ramai betul yang hadir. Dewan Serbaguna hampir penuh. Dari rakan-rakan baik, keluarga Wardina hinggalah media serta peminat beliau. Bapa Wardina juga turut hadir. Selain dari rakan-rakan artis yang kebetulan ada yang bertudung serta berkeluarga dan beranak pinak. Antaranya, rakan baik beliau, Datin Norjuma dan Fifi. Kedua mereka adalah pengacara yang dulunya popular di TV3. Budiey juga ada bersua dengan Vie Shantie, isteri kepada pelakon Eizlan Yusof. Wah… hadir bersama babynya. Mereka hadir untuk menyokong karier rakannya Wardina yang kini bergelar seorang penulis.

Bak kata Wardina, pelancaran ini menjadi titik tolak baginya untuk menulis banyak lagi buku tentang kanak-kanak, buku cerita serta tips-tips yang menarik tentang ilmu keibu-bapaan. Syabas, Wardina. Semoga anda terus sukses!

4677051986 Db4A6Cea83 O | 4

4677052238 B929Bb786B O | 5

Kedua-dua buku ini dilancarkan bersama Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Ybhg Dato’ Raslin bin Abu Bakar serta rakan karib beliau iaitu Datin Nor Juma Habib Mohamed yang juga merupakan seorang ibu.

Wardina berterima kasih atas sokongan yang dihulurkan dari Perpustakaan Negara Malaysia yang turut bekerjasama dalam melancarkan bukunya. Secara personal, Wardina ada kenangan indah di perpustakaan ini. Sewaktu zaman kanak-kanak beliau, acara hujung minggu diluangkan bersama bapa dan adik beradiknya di sini. Beliau membaca pada umur 4 tahun dan tabiat membaca sememangnya sudah sebati dalam diri beliau hingga kini.

Dalam melahirkan SIAPA ALIEN, Wardina berganding bersama seorang pelukis yang dikenali sebagai Raja Pensil Warna, UNEH untuk melahirkan karakter ALI yang menjadi makhluk asing yang kelihatan menarik, mengembara mengelilingi angkasa dan mendarat di bumi.

Ali bertemu dengan seseorang yang begitu asing yang padahal adalah seorang manusia biasa.

Mama Siapa Lapar diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd berharga RM19.00 dan Siapa Alien diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dijual dengan harga RM19.90.

Kedua-dua buku ini boleh dibeli di semua kedai buku di Malaysia.

Di majlis itu juga, selain ucapan dari Wardina dan Dato’ Raslin, Wardina turut menyampaikan hadiah untuk Pertandingan Melukis serta hadirin dihiburkan dengan persembahan deari Tadika Raihan, Bandar Baru Sentul. Wardina juga menghiburkan kanak-kanak dengan cerita Siapa Alien.

Pada keesokannya, 5 Jun 2010, Wardina telah melancarkan buku ini dan bertemu peminatnya di MPH Mid Valley dari jam 4.30 hingga 5.30 petang.

4677053586 260092E71B O | 6

4676425855 01C1Be65Be O | 7

4676426257 40Dcee8479 O | 8

4677055140 4Fbb66A3E1 O | 9

4676427423 9F08Faed46 O | 10

4676427853 7Aff9D2Ba6 O | 11

4676429453 7548B8C4E6 O | 12

4676422565 F5Ce710B4E B | 13

Wardina Safiyyah

4677051176 Dd22D33Ef0 B | 14

Semasa berucap

4676423503 05073F474B B | 15

Rakan baik Wardina, Datin Norjuma. Wah makin kurus nampak.

4677052762 D14E4A17C7 B | 16

Pengacara Fifi bersama anak dan suami.

4676428715 F5E54B808F B | 17

Vie Shantie, isteri pelakon Eizlan Yusof bersama baby

4677053260 D801983322 B | 18

4677054754 044Cc760Ae B | 19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aziz M. Osman & Puteri Lily Kahwin

Ning Baizura Dalam The Mod Musical SHOUT!