in ,

Sekitar Pelancaran Album Terbaru Stacy Stay-C

Sebaik sahaja pulang dari lawatan ke set pengambaran filem Rentaz pada hari Jumaat lalu, Budiey sempat lagi ke Pelancaran Album Terbaru Stacy yang berjudul STAY-C yang berlangsung di Zeta Bar, Hotel Hilton, KL Sentral pada jam 5 petang. Diacarakan oleh pengacara & editor terkenal, Zainal Alam Kadir, majlis pada petang itu turut dihadiri oleh ibu, keluarga Stacy, peminat Stacy dan media. Majlis turut meraikan hari jadi Stacy yang jatuh pada 18 Ogos yang lalu. Stacy atau nama sebenar  Stracie Angie Anam lahir pada 18 Ogos 1990 di Penampang, Sabah.

VIDEO STACY NYANYI LAGU KISAH DONGENG

VIDEO STACY NYANYI LAGU PELANGI SENJA

Untuk peminat, pastinya tak sabar nak dengar kesemua tujuh buah lagu dari Stacy. Album kedua ini dari buah tangan penyanyi pop sensasi ini sebenarnya sudah siap pada 15 April lalu dan Budiey rasa kali ini Stacy mahu mengubah sedikit genre lagu di mana terdapat lagu-lagu balada yang killer song dalam album ini. Mungkin sudah tiba masa Stacy mahu menarik peminat umum atau dari golongan 30 ke atas yang begitu gemar dengan lagu balada. Namun begitu, terdapat juga lagu dance pop dan rock dalam album terbitan Astro ini.

Yang pasti, lagu Kisah Dongeng karya Edry Abdul Halim telah menjuarai carta hit di stesen radio tempatan dan terbaru menjadi lagu tema kepada sebuah drama di TV3.

Selain Kisah Dongeng, sebuah lagi single terbaru yang bergenre dance KASANOVA sedang diputarkan di corong radio dan Stacy dikhabarkan sedang buat persiapan untuk muzik video lagu tersebut.

Untuk menjadikan album ini sesuai untuk semua golongan, Astro selaku penerbit telah memuatkan 7 buah lagu antaranya:

  1. Kananova ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim
  2. Cemburu – lagu Kunci Demak & lirik dari Akim AF7
  3. Bosan – lagu: Omar K & Kimberly & lirik: Omar K
  4. Lalai – Lagu & lirik: KunciDemak
  5. Kapsul – Lagu: Audi Mok & Lirik Zel Hadauan
  6. Gempur duet bersama Amy Search – Lagu & Lirik: Edrie Hashim
  7. Pelangi Senja – Lagu: Taja MUH / Lirik: Tun Teja

Dari segi vokal, Stacy dah makin matang. Hasil kerjasama dengan nama-nama terhebat dari industri muzik, album Stay-C ini juga adalah simbol kepada perkembangan karier seninya. Untuk info, Stacy pernah muncul dengan album berjudul Aku Stacy pada tahun 2009 yang memuatkan 5 buah lagu hit seperti Aku Stacy, Gagap, Pakai Buang, Cerah dan Cinta Yang Ku Duga.

Untuk profile pula, Stacy kini memegang gelaran duta kepada produk Clinelle, Intimate, Cornetto dan Silky Girl. Juga telah berjaya melangkah ke peringkat akhir di AJL selama 3 tahun berturut-turut bermula 2008 sehingga 2010. Kemuncak populariti Stacy meningkat naik apabila memenangi Anugerah Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 dan tercalon sebagai finalis ABP selama 3 tahun berturut-turut bermula 2008 sehingga 2010. Baru-baru ini, Stacy juga memenangi kategori Selebriti Wanita Terkenal di Anugerah DiGi Wowww Awards 2011.

Terbukti kesungguhan dan bakat yang dimiliki Stacy telah mendapat pengiktirafan dan sokongan pelbagai pihak apabila beliau turut memenangi Anugerah Artis Pilihan Hotlink pada AJL 24.

Album ini sudah pun berada di pasaran dengan harga RM19.90.

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Dihoskan oleh Zainal Alam Kadir

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

Stacy Album Stay C

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

AirAsia is QPR’s Official Partner

Konsert Perjalanan Seni Yuna Dewan Filharmonik PETRONAS