in ,

Video Sekitar Party Dinner Pelakon Komedi ABP2010

Sekitar Party Makan Malam sempena meraikan 10 orang finalis yang tercalon dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular & Pelakon Komedi Wanita Popular ABP2010 yg diadakan di Hotel Le Meridien.

Antara yang hadir Zizan, Angah, Nabil, Along dan Johan. Kesemuanya lahir dari program realiti Raja Lawak.

Video ini dilatari dengan lagu terbaru dari juara Indonesian Idols iaitu Mike Mohede – TAK SEPERTI DULU. Layannn…

Selain top 5 finalis,beberapa orang penyanyi juga turut dijemput untuk menghiburkan semua yang hadir. Antara penyanyi yang hadir ialah Shila Amzah, Amanda Imani, Rizu, Sabhi Sadhi, Erni dan seorang penyanyi terkenal dari Brunei. Namanya Fakrul Razi. Beliau menghiburkan kami dengan sebuah lagu dari Timur Tengah iaitu Tamali Maak dan rangkaian lagu medley untuk penutup.

PERSEMBAHAN FAKRUL RAZI

PERSEMBAHAN DARI Rizu, Shila Amzah, Amanda Imani, Sabhi Sadhi dan Ernie.

Selain berlawak dan merapu meraban, setiap finalis pelakon komedi yang hadir diberi peluang untuk berucap. Diorang ni memang kelakar walaupun tak dipaksa pun buat lawak.

Yang penting, pakaian paling seksi dan rambut paling vogue pada malam itu dimenangi oleh Didie Alias.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kimora Life In The The Fab Lane

Gambar Shila Amzah di Konsert Asia Star Session