in

Sekitar Malam Media Red Box 2011

MALAM MEDIA RED BOX 2011

Malam Media Red Box, satu acara tahunan anjuran pusat karaoke terkemuka Red Box, kini diadakan sekali lagi di salah sebuah cawangannya di IOI Mall, Puchong pada hari Khamis, 31hb Mac 2011 lalu. Tujuan majlis tersebut tidak lain tidak bukan adalah untuk menghargai sokongan yang telah diberikan oleh media cetak & elektronik serta syarikat rakaman sepanjang pembabitan mereka di dalam industri hiburan tanahair selama ini.

Media Nite Red Box 2011

Hadir semasa memberi ucapan pada malam tersebut ialah Pengarah Urusan Grand Surf Sdn. Bhd., Ms. Valerie Choo berkata, “Setiap tahun, kami sentiasa mengambil sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah kami lakukan sepanjang 12 bulan lalu supaya dapat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang kami terima.

Ia merupakan satu faktor penting dalam mengekalkan hubungan baik dengan syarikat rakaman, rakan niaga, kenalan dan terutamanya media sendiri sebagai tanda penghargaan di atas segala bantuan dan dedikasi mereka”.

Media Nite Red Box 2011

Seperti tahun sebelumnya, majlis dilengkapkan dengan penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2010, yang terdiri dari 20 Lagu Karaoke Inggeris & 10 lagu Karaoke Melayu Popular 2010. Setiap lagu yang tersenarai di dalam Lagu Karaoke Popular 2010 ini adalah dibuat berdasarkan pemilihan oleh para pelanggan kami dari awal Januari hingga akhir Disember 2010. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada para artis dan pihak syarikat rakaman yang berjaya oleh Pengarah Urusan Red Box, Ms. Valerie.

Ujar Ms. Valerie, “Kami amat berbesar hati kerana berpeluang menganjurkan acara ini sebagai acara tahunan, sekaligus mengumumkan Anugerah Lagu Karaoke Melayu & Inggeris Popular untuk tahun 2010. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan di atas sumbangan dan bakat yang lahir di dalam industri. Semoga pengiktirafan ini dapat diterima oleh industri hiburan tanahair. Selain itu, ia turut menampilkan keunikan kami di dalam industri ini berbanding dengan pusat karaoke lain di luar sana”.

Selain bersandarkan populariti dan kekuatan lagu itu sendiri, peranan dari pihak media sama ada cetak mahupun elektronik turut menyumbang untuk lagu tersebut terus bertahan dan mengungguli carta. Begitu juga dengan pelbagai mesej positif tentang perkembangan Red Box yang selalu disampaikan oleh pihak media. Di samping itu, kerjasama yang dijalankan dengan syarikat rakaman seperti aktiviti-aktiviti promosi bersama artis turut banyak membantu dalam menjadikan Red Box kekal sebagai pilihan pelanggan.

Aktiviti pada malam itu termasuklah sesi berkaraoke, acara makan malam, permainan dan cabutan bertuah yang dimeriahkan dengan pelbagai hadiah menarik antaranya barangan eletrik, hamper, baucer tunai, set teater rumah, iPod dan hadiah utama seperti TV LCD 40”, iPhone 4 dan iPad.

Carta Karaoke Inggeris Popular 2010

  1. Ke$Ha Tik Tok Sony Music
  2. Paramore The Only Exception Warner Music
  3. Lady Gaga Bad Romance Universal Music
  4. Boys Like Girls Ft. Taylor Swift Two Is Better Than One Sony Music
  5. Jason Derulo Whatcha Say Warner Music
  6. Justin Bieber Ft. Ludacris Baby Universal Music
  7. Shakira Waka Waka(This Time For Africa) Sony Music
  8. Lady Gaga Ft. Beyonce Telephone Universal Music
  9. Adam Lambert Whataya Want From Me Sony Music
  10. Travie Mccoy Ft. Bruno Mars Billionaire Warner Music
  11. Taio Cruz Break Your Heart Universal Music
  12. Katy Perry Ft. Snoop Dogg California Gurls Warner Music
  13. Enrique Iglesias Ft. Pitbul I Like It Universal Music
  14. Bruno Mars Just The Way You Are Warner Music
  15. Kris Allen Live Like We’re Dying Sony Music
  16. The Black Eyed Peas I Gotta Feeling Universal Music
  17. B.O.B Ft. Hayley Williams Airplanes Warner Music
  18. Usher Ft. Will.I.Am Omg Sony Music
  19. Taylor Swift Fifteen Universal Music
  20. Eminem Ft. Rihanna Love The Way You Lie Universal Music

Carta Karaoke Melayu Popular 2010

  1. Melly Goeslow Ft. Amee Ketika Cinta Bertasbih Warner Music
  2. Adira Ku Ada Kamu Aesb / Kru Studios
  3. Rossa Duet Pasha Terlanjur Cinta Src
  4. Wali Band Cari Jodoh Universal Music
  5. Jaclyn Victor Bertamu Di Kalbu Sony Music
  6. Kris Dayanti Aku Wanita Biasa Tropic Jaya
  7. Tomok Berlari Monkey Bone
  8. Shahir Kebahagiaan Dalam Perpisahan Aesb / Kru Studios
  9. Faizal Tahir Selamat Malam Monkey Bone
  10. Akim Inilah Cinta Aesb

Media Nite Red Box 2011

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurhafizah Pecah Tabung Itu Aje Suria FM

Gambar Faezah Elai Karpet Merah ABP2010