in , ,

Sekitar Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak di Dadi Pavilion KL

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan yang diterbitkan oleh seorang pelakon dan pengarah yang tidak asing lagi namanya…. Datuk T S Jeffry

Mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Datuk T S Jeffry, yang popular dengan filem dan drama arahan beliau antaranya Hantu Bukit Cina, Digarhayu, Halimah Jongang, Masak Lomak Cili Api, Awe keno Nikoh dan banyak lagi.

Sekitar Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak di Dadi Pavilion KL

Filem terbitan PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD yang bergenre suspense thriller mempamerkan warisan seni yang semakin dilupai iaitu mengenai cerita Menora Siam sekitar tahun 80an – 90an yang begitu popular di Pantai Timur terutama di Kelantan. Cerita Menora Siam ini mengisahkan tentang percintaan heronya Krasem Pak Sintong berketurunan Siam dan heroinya, penari Menora iaitu Rashidah.

Sekitar Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak di Dadi Pavilion KL

Untuk filem arahan beliau kali ini , Datuk T S Jeffry mempertaruhkan penyanyi yang juga pendatang baru dalam bidang lakonan iaitu Kael dan Shatirah Amanda. Mereka sebagai tunjang utama filem ini dan turut dibantu oleh pelakon lain iaitu Nina KSC, Dyvianna James, Dalip Singh, Aghonderan Sahadevan dan ramai lagi.

Keistimewaan filem Mar Rak ini menggunakan khidmat suara nyanyian dari empat pelakon utamanya iaitu Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James menyanyikan lagu tema filem ini. Lagu berjudul ‘Seru Cinta’ juga mendapat sentuhan lirik dari Datuk T S Jeffry sendiri manakala lagu dan musiknya oleh Kaber Bambu.

Sekitar Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak di Dadi Pavilion KL

Pihak produksi PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.

Sedikit sinopsis tentang Filem Mar Rak, yang mengisahkan percintaan Krasem dan Rashidah yang terjalin secara rahsia kerana perbezaan agama dan bangsa. Dicemburui oleh Ai Ling kerana cintanya tidak dibalas, Krasem terpaksa menolak cinta Ai Ling kerana hatinya telah dimiliki oleh Rashidah.

Sekitar Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak di Dadi Pavilion KL

Ai Ling yang sangat sayang kepada Krasem merasa amat kecewa kerana cintanya ditolak mulai marah dan dendam sehingga sanggup menggunakan jampi mentera hikmat dari Mophi iaitu bomoh hantu bagi menjayakan hasratnya memiliki cinta Krasem.

Tuntutan Mophi seterusnya untuk mendapatkan nyawa diganti dengan minyak pengasih telah disetujui Ai Ling, walaupun terpaksa melakukan perbuatan di luar batas kemanusiaan semata-mata untuk mencapai impiannya. Siapakah yang akan menjadi mangsa pembunuhan Ai Ling dan apakah pengakhirannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GADIS KRETEK NETFLIX

Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama GADIS KRETEK di Netflix

FASHA SANDHA RAYA

Gedung Pakaian AL FARO Cawangan Shah Alam Kini Dibuka Secara Rasmi