in

Sekitar Malam Apresiasi Media Portal Tonton

Baru-baru ini, Budiey dijemput untuk menghadiri Malam Apresiasi Media anjuran Portal Tonton yang diadakan di sebuah restoran terkemuka di Petaling Jaya iaitu Kitchen Creatures, Centrepoint, Bandar Utama. Ianya dihadiri dihadiri oleh pihak media cetak dan elektronik dari pelbagai organisasi.

Artis yang turut hadir pada malam itu ialah Altimet, menghiburkan kami dengan lagu Syukur.

Tujuan media nite anjuran Alt Media ini adalah sebagai tanda terima kasih bagi menghargai usaha dan sokongan mereka dalam mempromosikan portal video terbaru ini.

REZ_1395

Budiey di sini nak ucapkan terima kasih dan tahniah juga buat Portal Tonton kerana Tonton terus mencetuskan revolusi dalam dunia penyiaran digital sejak dirasmikan pada 6 Ogos lalu.

Kepada pembaca yang masih samar-samar, apa itu Tonton, Tonton merupakan sebuah projek portal video terbaru keluaran Alt Media Sdn Bhd (anak syarikat Media Prima Berhad), yang memberi pengalaman kepada pelayarnya untuk menonton video secara definisi tinggi (HD) serta disajikan dengan kandungan yang bertaraf dunia.

Turut hadir di malam media itu ialah Pengurus Besar (Kandungan, Jenama, Pemasaran) Alt Media Sdn Bhd, M.Zulkifli Abd Jalil, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Dato’ Amrin Awaluddin serta Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Alt Media, Ahmad Izham Omar.

Komen M Zul:

“Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan media yang banyak menyokong serta membantu mengenengahkan jenama baru Tonton. Adalah menjadi satu cabaran untuk orang kenal dan tahu tentang sesuatu jenama baru.

“Namun dengan sokongan media, ia sedikit sebanyak dapat membantu memperkenalkan Tonton kepada semua,”ujar M.Zulkifli yang menggayakan pakaian karakter Austin Power pada majlis tersebut.

Apa yang menariknya, majlis tersebut turut diwarnai dengan gaya pakaian dari pelbagai karakter filem antaranya Superman, Samurai Girl, Devil, Witch, Batman, Pirates Of The Carribean, Ninja Boy dan banyak lagi.Paling best cabutan bertuah. Budiey dapat sebotol perfume Bvlgary!

REZ_1354

Hadirin yang datang juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Altimet, tayangan khas kandungan terbaru Tonton serta aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, permainan Marvel Lullaby, Eye-Ball Eating dan Ready, Set & Scream.

Bagi memantapkan lagi pengisiannya, Tonton akan terus menyajikan pelbagai paparan menarik untuk tatapan pelayar internet semua. Antara filem dan siri televisyen terkini yang terdapat dalam Tonton ialah Survival Of The Dead, Exorcist The Beginning, The Hurt Locker, Criminal Minds 5, Ghost Whisperer 5, Goodnight DJ 2 dan banyak lagi.

Bukan itu saja, TonTon juga turut menampilkan kandungan eksklusif laman sesawang seperti Films and Stars News, Guiness World Records, WWE Classics serta siri Dilbert.

“Ini baru satu permulaan bagi Tonton, selepas ini banyak lagi pengisian baru yang akan dipaparkan dalam Tonton,”ujar M.Zul yang mengharapkan lebih ramai pengunjung akan melayari Tonton.

Apa yang istimewanya, Tonton juga memberi peluang kepada pencipta pengisian kandungan lain untuk mewujudkan saluran mereka sendiri di landasan ini. Antara mereka yang akan terlibat ialah KRU yang akan melancarkan KRUTV, Hot FM, Fly FM dan One FM dengan kandungan eksklusif dalam Hot TV, Fly TV dan One TV.

Tidak ketinggalan, akhbar Harian Metro serta portal gaya hidup dan hiburan terunggul Malaysia, gua.com.my yang akan melancarkan Metro TV dan Gua TV di Tonton.

Layari www.tonton.com.my untuk menonton rancangan menarik pilihan anda dan teruskan menyokong portal video berdefinisi tinggi No.1 abad ini. via Portal GUA

REZ_1358

REZ_1375

REZ_1382

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Telemovie Sekeras Sekeping Hati Di TV1

Ulasan Filem Appalam