in

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Astro Mustika

ASTRO RAI PELANGGAN PAKEJ MUSTIKA ASTRO
Lebih 350 pelanggan hadir di Majlis Rumah Terbuka AstroLife bersama Mustika

Stesen penyiar berbayar terunggul di Malaysia, Astro terus meraikan para pelanggan setia mereka apabila meraikan lebih daripada 350 pelanggan pakej Mustika di sebuah Majlis Rumah Terbuka Mustika  di ibukota hari ini.

Majlis Rumah Terbuka ini adalah sebahagian daripada program bagi menghargai para pelanggan  melalui acara-cara aktiviti promosi bergerak yang telah dijadualkan berlangsung sepanjang tahun.

Menurut Timbalan Presiden Perniagaan Melayu di Astro; Encik Khairul Anwar Salleh, ”Tanggungjawab kami bukan hanya memberikan hiburan terbaik di kaca tvpara pelanggan tetapi juga mendapatkan maklum balas interaktif dari semasa ke semasa bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kami.

Sehingga hari ini, kami amat berbangga dengan pencapaian pakej Mustika yang telah berjaya meyakinkan lebih daripada 355,000 pelanggan sejak ia mula diperkenalkan pada bulan Jun tahun ini.

Kami yakin angka ini akan bertambah apabila tiga saluran yang ditawarkan dalam pakej ini sentiasa mengemaskinikan hanya program-program yang terbaik untuk tontonan pelanggan semua pada setiap masa.”

Ramai artis turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya dan jamuan penghargaan ini. Wajah eksklusif Astro, Farid Kamil dan Lisa Surihani tidak ketinggalan untuk beramah mesra serta menyertai sukaneka yang telah diadakan bersama pelanggan.

Para pelanggan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Burn dan Siti Saida. Bukan itu sahaja, Chelsia Ng dan Que Haidar turut hadir memeriahkan acara. Azrol Raja Lawak pula tidak henti-henti berceloteh bersama para pelanggan dan mengacarakan majlis pada petang itu.

Pakej Mustika yang menjanjikan hiburan lengkap untuk seisi keluarga ditawarkan pada harga yang berpatutan, iaitu RM12.95 sebulan mempunyai tiga saluran baru iaitu Astro CITRA (saluran 131), Astro WARNA (saluran 132) dan B4U (sAluran 133).

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Promo Project Alpha Budiey

Gambar Syanie di Majlis Rumah Terbuka Persatuan Filem Malaysia