in ,

Sekitar Majlis Pra Tonton Filem Impak Maksima

Bertempat di Golden Screen Cinemas, One Utama pagi tadi (9 Ogos 2007) telah berlangsung satu majlis pra tonton filem Impak Maksima. Dihadiri oleh barisan para pelakon yang membintangi filem kedua arahan Ahmad Idham ini. Antaranya Awal Ashaari (Ayie), Eizlan Yusof (Johari), Zul Huzaimy (Ray), Cat Farish (Loyai), Opie Zami (Amran), Dynas Mokhtar (Maria) dan Riezman Khuzaimi. Filem kedua terbitan Excellent Pictures ini juga mempertaruhkan bakat lakonan dari pendatang baru seperti Yatt, Dila AF5 serta Sari Yanti.

imapk maksima

Filem ini bagi saya sangat sesuai untuk peminat sukan lumba kereta kerana boleh dikatakan 70% aksi dalam cerita ini adalah berkisar tentang lumba kereta drifting, drag race dan go-cart. Berkisarkan tentang dunia remaja yang ingin mencari kepuasan dalam memandu laju di jalan raya. Filem ini menyentuh juga sedikit tentang dunia lumba kereta yang mempertaruhkan wanita dan wang sebagai habuan ini ‘membogelkan’ isu-isu yang melibatkan lumba kereta dan kaki rempit di jalanan. Kupasan tentang masalah sosial yang melibatkan remaja yang terlibat dengan gangsterism, pemiutang Ah Long, pengedaran dadah dan lumba haram menjadikan fokus filem ini stabil dari segi jalan cerita. Walaupun diselitkan dengan babak-babak percintaan antara Ayie lakonan Awal Ashaari dan Eva Liyana lakonan hos yang pernah mengacara sebuah rancangan di RTM iaitu Yatt filem ini seolah-olah terlalu menumpukan kepada dunia permotoran dan konflik antara Ayie dan abangnya (Johari yang menjadi bekas pelumba). Dunia mekanik, enjin, bengkel, litar lumba, pusat belajar memandu dan jalan raya menjadi lokasi utama filem ini.

Apa yang saya seronok menonton Impak Maksima adalah ketika babak-babak pergaduhan antara Opie dikejar oleh orang-orang Ah Long. Ada unsur komedi yang boleh membuat saya tidak henti ketawa. Aksi pergaduhan yang dilakonkan kemas dan begitu teliti.

Zul Huzaimy yang melakonkan watak Ray saya anggap seperti dah macam biasa sebab sebenarnya saya selalu melihat watak jahat sebegini dalam drama dan filem Zul sebelum ini.  Ketika dalam filem Remp-it pun, Zul membawa watak ‘Spak’, tidak jauh beza dengan watak Ray dalam filem Impak Maksima. Apa-apa pun, Ahmad Idham berjaya membina satu lagi watak antagonis yang nampak kelainan dari tutur bahasa dan bahasa badan dari Zul. Watak Ray seorang manusia yang tidak puas dengan pencapaian selama ini dalam kegiatan lumba kereta haram. Dia mempunyai hati yang sangat busuk di mana dia tidak dapat melihat ada drifter yang lebih baik darinya. Saya rasa Zul Huzaimy memang berjaya melakonkan watak Ray kerana penonton sedia maklum memang Zul dapat menjiwai watak samseng yang memang ganas dan licik. Tetapi mungkin Zul boleh memberi satu kelainan yang luar biasa lagi selepas ini.

Watak Cat Farish seorang mekanik yang begitu berminat dengan sukan sebenarnya adalah pak lawak disamping Opie Zami. Penggunaaan bahasa percakapan yang diselit dengan pantun dua kerat agak kreatif dan sinikal. Lakonan Yatt yang membawa watak Eva Liyana, seorang watak seorang pelajar kolej yang memang cun dan macam diva boleh saya anggap satu percubaan yang baik. Tidak nampak kaku sangat kerana Yatt banyak menggerakkan badan dan wajah untuk menghidupkan watak seorang gadis yang cun melecun dan glampur di kolejnya. Melihat lakonan kali pertama Yatt, pada saya banyak lagi yang beliau perlu belajar terutama bagaimana mencipta stail dan imej tersendiri. Dengan wajah yang mesra kamera dan cantik itu, tidak syak lagi Yatt boleh maju dalam bidang lakonan.

Sari Yanti melakonkan watak anak kepada anak Uncle Wan (lakonan M Rajoli) yang membuka cafe yang menjadi tempat untuk pelumba-pelumba lepak. Gadis ini Selalu dikacau oleh Opie Zami. Diya AF5 pula memegang watak gadis kerani yang bekerja di bengkel mekanik. Bakat Diya nampak menyerlah sekiranya diberi peluang memegang watak utama.

Filem ini juga ada unsur muzikal di mana diselitkan juga beberapa buah lagu ciptaan Cat Farish dan mempertaruhkan lagu tema dendangan Amy Search berjudul Akulah Pejuang. Selain itu, EPSB turut menerbitkan album runut bunyi khas yang menampilkan lagu dari kumpulan bebas (indie). seperti Bhumiband, Hujan, Maximus, Dragon Red, Gunkz, The Chungcutters, Phatnatrix dan Mix.

filem impak maksima

Filem ini menelan belanja hampir RM2 juta dihasilkan melalui skim filem cereka dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Walaupun demikian, saya agak terkilan kerana ada babak-babak yang menggunakan teknik CGI tidak nampak natural seperti filem luar. Ya, kita sedia maklum… kita tidak sepatutnya menjadi filem-filem luar sebagai satu batu ukuran. Memang jauh untuk dibezakan kerana ini melibatkan satu kos yang tinggi. Bukan senang untuk mencapai tahap seperti Hollywood tetapi tidak mustahil untuk orang kita merealisasikannya. Ketika berucap, Ahmad Idham ada mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang sudi bekerjasama. Terutamanya dalam melapangkan beberapa jalan raya bagi sesi pengambaran perlumbaan. Filem ini juga turut disokong oleh banyak penaja terutamanya syarikat pengeluar tayar.

gambar eizlan yusuf

gambar pelakon impak maksima

Tidak seperti filem Remp-it yang ada banyak babak perlanggaran, filem ini mengambil jalan singkat dengan menghad babak pelangggaran untuk menjimatkan kos. Kalau ada pun saya kira ada pelanggaran yang menggunakan kesan CGI dan tidak menggunakan teknik manual. Dari segi komedi, filem ini turut menggunakan teknik yang sama dengan apa yang digunakan dalam filem DIVA. Seharusnya pengulangan untuk setiap lawak diberi perhatian oleh penulis skrip kerana lawak yang menggunakan objek yang sama memberi impak yang lain pada penonton. Dalam filem ini, lawak komedi untuk ‘semua termasuk dalam pakej’ tidak seharusnya diulang beberapa kali sehingga saya sendiri turut menggunakan lawak tersebut apabila pulang ke rumah. Kira berkesan kan? Sehingga penonton dah terikut-ikut dengan lawak sebegitu?

Apa-apa pun, saya rasa filem Impak Maksima menjanjikan persembahan aksi dengan mengenengahkan pemandu drifting yang hebat. Suka tengok kereta meluncur laju dalam kordinasi yang mengujakan? Anda patut tonton filem ini. Lagi pula, ianya diserikan dengan hiburan yang ringan. Dan itulah tujuan sebenar filem ini dibuat. Gaya dan seni pemanduan gaya drift ini akan pastinya menjadi tarikan utama untuk penonton ke pawagam. Ianya dijayakan oleh pemandu professional tanahair seperti Tengku Djan Ley, drifter nombor satu negara dari Proton R3. Bagi menambah garam dalam persembahan, pelakon berbangsa Cina juga diketengahkan yang mana beliau merupakan seorang drifter professional. Formula ini akan menarik minat lebih ramai penonton dari semua bangsa tertarik untuk menonton di pawagam. Namun, bagi saya, satu aspek yang dilupakan oleh filem ini ialah tidak menyediakan sari kata ketika babak dalam bahasa Jepun dan Cina. Walaupun soal ini agak remeh temeh, namun mesej tidak akan sampai sekiranya tidak diberi penekanan dalam hal sebegini.

Semoga pendekatan Impak Maksima untuk memperkenalkan sukan permotoran tercapai. Filem ini akan menemui penonton pada 23 Ogos 2007 dan akan ditayangkan di seluruh 55 pawagam seluruh negara termasuk Brunei.

Layari laman web filem Impak Maksima:
http://www.impakmaksimathemovie.com

[tags]impak maksima, filem impak maksima, sinopsis impak maksima, filem impak maksima, golden screen cinemas, ahmad idham, pengarah impak maksima, anak dara artis, babyrina, nassier silap makan ubat, Awal Ashaari, kekasih awal ashaari, gambar awal ashaari, Eizlan Yusof, gambar kahwin eizlan dan vie shanty, gambar eizlan berlakon, artis lelaki biiseksual, artis lelaki gay, mr beans meninggal dunia, Lagu 5Forty2, Ushaidu, Lagu rap melayu kutuk budak2 zaman sekarang, lagu rap namewee negara kuku, negarakuku, Zul Huzaimy gambar zul, Cat Farish, lagu cat farish, download lagu amy search akulah bintang, lirik akulah bintang, muatturun lagu akulah bintang, torrent, utorrent, hollywood.com, brigestones, tayar kereta, sukan bermotor, drifting, gambar proton sedan, gambar gen2 sedan, proton r3, album runut impak maksima, drag race, go-cart, litar lumba f1, litar lumba go-cart, album soundtrack impak maksima, Opie Zami, awang spanar, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi. Excellent Pictures, Yatt, gambar yatt, yatt hos rtm, skandal yatt, kontroversi yatt, gambar seksi yatt, Dila AF5, yatt kahwin, yat bertunang, Sari Yanti, gambar sari yanti, foto sari yanti, gambar sari kahwin, namewewe, video ella jojie, mp3, gita gutawa[/tags]

gambar eizlan yusuf

gambar pelakon impak maksima

impak maksima poster

pengacara dynaz

awal shaari

eizlan yusoff

yatt

awal shaari

awal ashaari

awal shaari

yatt awal ashaari

gambar awal ashaari dan dynaz

gambar piere andre

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

One In A Million Musim Kedua Kembali di 8TV

Blood Brothers Movie Synopsis