in , , ,

Sekitar Majlis Pra Tonton Filem Congkak @ One Utama

Pada 26 Mac 2008, pagi Rabu yang ceria, Majlis Pra Tonton Filem Congkak telah diadakan untuk santapan pertama buat media. Ramai selebriti dan para pelakon filem Congkak telah hadir antaranya, Riezman Khuzaimi, Nanu Baharudin, Erin Malek, Errynne Errynna, Ruminah Sidek, Ashraf Muslim, Julia Ziegler, Pierre Andre, pengarah muda Evolusi KL Drift; Syamsul Haslam, krew pengambaran, pengarah Ahmad Idham dan produser, wakil-wakil dari persatuan, keluarga pelakon pun turut datangi. M. Rajoli tidak dapat hadir kerana masih lagi terlantar sakit.

2367800780 B8Fc26E38A | 4

Jam 10.15 pagi, acara bermula dengan ucapan alu-aluan oleh orang kuat bahagian promosi Metrowealth, Encik Azahari. Menyusul dengan doa selamat yang dibaca oleh Ustaz Ahmad Abdullah. Seterusnya ucapan dari pengarah yang bakal bergelar jutawan tidak lama lagi; Ahmad Idham. Beliau berterima kasih kepada semua yang menjayakan filem ke-8 ini. Sebenarnya, ini adalah langkah bendul kerana filem Brainscan 21 sepatutnya ditayangkan dahulu. Dengan terbitnya filem Congkak yang bertaraf antarabangsa ini, diharapkan memberi anjakan kepada industri perfileman Malaysia. Kejayaan mendapat pre-sale dan tempahan ke luar negara, Ahmad Idham yakin dengan kemampuan filem Congkak akan sekali lagi mencipta sejarah. Tahniah Bro!

Davide Teo

Ditutup dengan ucapan penerbit filem Congkak iaitu Mr. David Teo yang mengalukan semua hadirin. Orang kuat Metrowealth ini juga tidak lupa berterima kasih kepada blogger yang hadir serta media mainstream yang bekerjasama dalam mempromosikan ‘baby’ baru ini. Filem ini akan ditayangkan di Singapura, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia. Untuk Singapura dan Brunei akan ditayangkan sebulan selepas tayangan di Malaysia. 70 salinan akan disiarkan serentak di Malaysia dan Brunei. Filem ini tidak bergantung kepada populariti pelakon itu sendiri dan bukannya filem yang berbentuk komersial. Yang penting adalah kredibiliti, kemampuan serta bakat pelakon itu sendiri. Beliau tidak mahu pelakon Malaysia bukan hanya menjadi jaguh kampung sahajag, malah mahu mensasarkan ke tahap antarabangsa. Ini kerana beliau yakin dengan sistem bunyi yang menggunakan 99%Dolby Digital yang setaraf dengan filem Hollywood.

AMARAN LPF BUKAN MAIN-MAIN!
CONGKAK, sebuah lagi filem terbitan MIG yang menerima amaran dari Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) yang menyatakan bahawa “ibu-ibu mengandung dan pengidap penyakit jantung dinasihatkan agar tidak menonton filem ini”. Begitu juga dengan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun diminta menonton bersama penjaga.

Jika dilihat kepada sebab amaran tersebut dikeluarkan pastilah kerana unsur suspen dan seram yang terkandung dalam filem ini termasuk sistem bunyi yang digunakan. Sistem Dolby Digital Surround EX yang diketengahkan kali ini lebih mantap berbanding JPB serta diakui terbaik di kalangan filem-filem Melayu sebelum ini dan mutunya hampir menyamai filem-filem dari Hollywood. Para penonton hanya akan dapat merasainya apabila menonton di pawagam yang dilengkapi sistem bunyi dolby digital ini. 

2366967437 C098E32Ac7 | 5

MELAKAR SEJARAH
Congkak juga bakal melakar satu lagi sejarah buat MIG dan industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem dengan pembukaan paling besar dengan tayangan serentak di 70 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 17 APRIL 2008 Lebih menarik apabila ia sudah ditempah oleh pengedar-pengedar filem peringkat Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina untuk ditayangkan di negara masing-masing.

Keinginan menerbitkan Congkak pastilah ekoran kejayaan luar biasa Jangan Pandang Belakang di peringkat Asia Tenggara dengan kutipan keseluruhan mencecah RM7.5 juta. Congkak merupakan sebuah lagi karya penulis muda berbakat besar Pierre Andre yang juga penulis skrip bagi JPB. Filem ke 23 terbitan MIG ini cuba menyajikan sesuatu yang lebih bermutu dan pastinya lebih menyeramkan. Congkak yang menelan belanja produksi sebanyak RM1.8 juta termasuk kos promosi telah menjalani pengambaran di negeri Perlis Indera Kayangan.

Membuktikan kebolehan melalui beberapa filem sebelum ini, MIG tidak teragak-agak meneruskan khidmat pengarah Ahmad Idham untuk filem ini. Congkak juga cuba mengekalkan barisan tenaga produksi Jangan Pandang Belakang termasuk Pengarah Sinematografinya, Indra Che Muda.

2366965329 131Ba30A07 | 6

SIAPA PELAKON CONGKAK?
Barisan pelakon yang menjayakan Congkak terdiri daripada pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Nanu Baharudin, Riezman Khuzaimi, Erin Malek, Rusminah Sidek, M. Rajoli. Mengetengahkan Erynne Erynna (8 tahun) sebagai tunggak utama dalam filem seram merupakan risiko yang diambil MIG bagi menambah keseraman pada jalan cerita filem ini. Sekali lagi MIG menampilkan pelakon dengan bakat lakonan yang menyerlah dan bukan semata-mata mementigkan populariti mereka. MIG akan terus menggilap pelakon-pelakon baru sebagai pelapis buat industri perfileman negara.

RANCANGAN MASA DEPAN METROWEALTH
Filem-filem keluaran MIG yang lain antaranya yang sudah siap iaitu I’M Not Single arahan Pierre Andre bakal ditayangkan pertengahan tahun ini, Brainscan arahan Ahmad Idham yang hanya menunggu syot-syot CGI untuk disiapkan, Selamat Pagi Cinta arahan Norliana Samsudin dan Senario The Movie – Episod 1 arahan Ahmad Idham masih di peringkat pasca produksi dan terkini, dalam peringkat pengambaran sebuah filem seram berjudul Jangan Tegur arahan Pierre Andre. 

2366964861 705C5E205A | 7

2367800232 C9F59E6Bd7 | 8

2366966535 59Cbbf2C50 O | 9

[tags]batu seremban, sejarah congkak, pelakon panas, star cruise, genting, Lembaga Penapis Filem Malaysia, 3gp melayu, 3gp video, asia, batu blok, belasah, bogel, gaduh, kaki ragut, malay 3gp, mati, minah rempit, minat ragut, peragut dipukul, pukul, rejam, sepak, snatch thief, video, 2 seated car, accident, bodykit, coupe, crash, dett, drag racing, drift, exotic car, first, hong kong, kemalangan, kereta lumba, malaysia, nissan sentra, nissan skyline, nissan sunny, skyline gtr, speed breaker, top speed, torque, twin turbo, vr4, wreckage, lagu liza hanim, kabinet baru, menteri skandal[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Ular – Anita Sarawak

Peserta Program Realiti TV Pernah Bersekedudukan?