in

Sekitar Majlis Pelancaran Drama Spa Qistina

Budiey sempat bertandang di Majlis Pelancaran Drama Spa Qistina semalam. Tapi ternyata agak kecewa kerana tak berapa ramai pelakon yang hadir. Yang ada hanya 6 orang aje. Fasha Sandha, Nanu Baharuddin, Nik Zaris, Ainul Aishah. Faradhiya datang agak lewat kerana ada shooting.

Drama Spa Qistina adalah sekuel drama Spa Q yang dulunya disiarkan di slot Akasia TV3 tapi kini bersiaran di saluran berbayar Astro Box Office Movies Tayangan Hebat di mana penonton yang nak tonton kenalah melanggan dengan membayar langganan sebanyak RM9.95 sebulan.

Majlis dihoskan oleh pelakon dan pelawak Sharifah Shahirah

Mana Ijoy tak datang ni kak? Main golf ya?

Drama ini tak lepas dilanda kontroversi tersendiri iaitu:

Kalau kita tengok dalam Spa Q, Norish Karman jadi Qistina tapi dalam drama Spa Qistina ni watak Qistina digantikan dengan Nanu Baharuddin.

Ingat lagi dengan peristiwa di mana Nora Danish menarik diri dari drama ini kerana dikatakan terpaksa berlakon bersama Fasha Sandha?

Yang menariknya, drama Spa Qistina akan cukup dramatik lagi dengan ada 2 watak baru yang dipegang oleh dua orang pelakon wanita yang punya nama tersendiri iaitu Tiz Zaqiyah (sebagai Maya) dan Fasha Sandha (sebagai Freda).

Selain itu, dijemput juga Umie Aida dan band Hujan sebagai cameo dalam drama ini.

Tonton klip rakaman Budiey masa Hujan perform lagu Aku Skandal versi jazz:

Ehem… Fasha Sandha sedang sibuk dengan BBnya. Kasi no pin kat Budiey, leh?

Majlis santai yang berlangsung jam 11 pagi itu juga dihiburkan dengan lagu Aku Skandal disampaikan dalam versi jazz oleh band indie – Hujan. Sesuailah dengan tagline drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini iaitu Skandal & Seksi.Itu elemen yang boleh membuatkan penonton melekat di sofa. Tak hairan, segelintir pemerhati mengatakan drama ini cuba mengeksploitasi wanita bagi memancing penonton. Setelah Budiey melihat trailer selama 5 minit, Budiey boleh katakan ianya ada benarnya. Semua pelakon wanita dalam drama ini memang meletop habis. Terutama watak Freda yang dipegang oleh Fasha Sandha. Uish, sangat jahat watak ni.

Namun, apa -apa pun, di sebalik setiap isu dan konflik terselit mesej dan nilai moral.

Ketua Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh

Spa Qistina kali ini tidak meleret-leret kerana naratifnya bergerak dengan pantas. Tahniah untuk penulis skripnya iaitu Rina Khan. Setiap episod ada cerita dan isu serta konflik yang berlaku. Kalau setiap musim ada 60 episod tapi apabila disiarkan di Astro dipendekkan menjadi 13 episod.

Berbaloi atau tidak, terpulang kepada penonton. Namun, katanya, ada 7 buah filem dan satu konsert diselitkan dalam pakej ini selain dari siri Spa Qistina. Antaranya, filem MySpy, Paa, Tum Mile, Blood, Detention, London Dreams, Dance Subaru dan Rockumentary Konsert Mencari Konklusi dari kumpulan Hujan.

Jadi ini adalah satu sejarah dalam siaran TV Malaysia di mana drama berepisod di tonton secara eksklusif di saluran berbayar dan ianya bersiaran tanpa iklan. Penonton juga tak perlu menunggu berbulan-bulan untuk mengetahui kesudahan cerita. Dalam masa sebulan, penonton boleh menghabiskan 13 episod sekaligus.

Banyak kejutan dapat disaksikan dan adegan tidak disangka, seperti dari mana datangnya Freda (lakonan Fasha Sandha) serta asal usul Fahmi, suami Qistina, lakonan Ijoy Azhari.

Spa Qistina dimulakan dengan perkahwinan Dafi (Fazren Dafi) dan Maya. Pasangan ini sangat bahagia tetapi perkahwinan Qistina dan Fahmi yang berusia dua tahun mula bergolak. Perbezaan usia 15 tahun membuatkan mereka sering bertelagah pendapat dan tidak sehaluan dalam melayari rumah tangga.

Sedang Marlia (Azizah Mahzan) dan Zafrul juga tidak sebahagia mana, kerana Marlia masih tidak mempercayai Zafrul dan menyalahkan Zafrul atas keguguran yang dialaminya.

Namun, Melissa (Zaris Nelydia) yang telah menjadi model terkenal pula sedang mengecap bahagia, lantaran percintaanya dengan Aril (Keifli AF) yang baru bermula.

Dilema mula menghantui kebahagiaan Dafi dan Maya apabila Julia tiba-tiba muncul dengan menghebahkan anaknya, Jazrin Dafi adalah anak hasil hubungannya dengan Dafi. Sementara itu, Sofira (Jasmin Hamid) yang merengkuk dalam penjara pula menerima kunjungan anak didiknya, Freda yang juga kekasih pertama Fahmi.

Bagaimanakah kesudahan kisah hidup mereka yang acapkali turun naik ini?

Episod pertama dan kedua akan ditayangkan pada 5 April, jam 9 malam, disusuli episod ketiga dan keempat (6 April, 9 malam), episod kelima dan keenam (7 April, 9 malam) manakala episod ketujuh dan kelapan pula 12 April, 9 malam), diikuti episod kesembilan dan 10 (13 April, 9 malam) dan episod 11, 12 serta 13 (14 April, 9 malam).

Bagi yang tidak berkesempatan boleh menonton siaran maraton episod satu hingga enam pada 10, 17 dan 24 April, jam 2 petang, manakala episod tujuh hingga 13 (18 dan 25 April, jam 2 petang. Episod satu hingga 13 juga boleh disaksikan pada 18 dan 25 April, jam 9 malam).

Untuk melanggan sila hubungi 03 7494 5050.

Fuh, seksi dan skandal… si Freda!

Budiey: Nuh, dengar citer ko dah kahwin eh?

Nuh: Heh Budiey, aku mana ada duit nak kawin.

Ini dia Wan Raja yang sebelum ini berlakon teater.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Citarasa Satu Jiwa Ikea di Astro Ria

Lahir 1 April Dapat Hadiah dari RTM