in

Sekitar Majlis Pelancaran Album Soundtrack Filem I’m Not Single

Pada jam 3 petang semalam (11 Jun 2008) telah berlangsung satu majlis pelancaran album soundtrack filem I’m Not Single di Restoran Lemon, Selayang Mall anjuran MIG Production Sdn Bhd.

Turut hadir, pengarah dan pelakon filem ini iaitu Pierre Andre, Lisa Surihani, Ahmad Idham, Awal Ashaari, penerbit David Teo, dan Ronny OIAM2. Di majlis yang diadakan di ruang legar Selayang Mall itu, dua buah lagu telah disampaikan oleh Ronny berjudul Dua Jiwa dan Kembalikan Kasih.

Emcee: Azahari dari MIG Production Sdn Bhd.

Setelah dibuka dengan bacaan doa, Pierre Andre selaku pengarah filem memberikan ucapan. Saya merasakan selain bakat, Pierre dilihat mampu mendekatkan filem ini dengan jiwa remaja yang menjadi sasaran utama filem ini. Soalnya, mampukah Pierre melakar sejarahnya setelah bergelar penulis skrip, pelakon dan pengarah terbaik? Itu yang mahu dibuktikan oleh Pierre Andre dalam filem ini di mana di samping boleh berlakon, Pierre juga mahu menunjukkan kebolehannya mengarah.

Album runut filem ini dilancarkan untuk memantapkan lagi penceritaan filem ini. Sebanyak empat buah lagi telah dicipta khas sesuai dengan jalam cerita dan mood yang diketengahkan dalam filem ini. Tiga daripadanya dicipta oleh Dakmie berjudul Dua Jiwa, Layar dan Kembalikan Kasih manakala satu lagi dicipta oleh Brian Ng berjudul Yang Terindah. Kesemuanya mendapat sentuhan lirik oleh Dakmie sendiri yang juga merupakan penyanyinya.

I’m Not Single adalah filem ke-25 terbitan MIG Production dan merupakan filem kedua arahan pengarah muda Pierre Andre. Filem ini menelan kos produksi dan promosi sebanyak RM1.5 juta ini telah menjalani pengambaran di Bukit Fraser, Pahang dan sekitar Lembah Klang.

David Teo sedang berucap… (Saya tak tonton filem Yasmin… kerana…)

Farid Kamil tidak dapat datang sebab sedang sibuk menjalani pengambaran filem Estet. Selain Farid Kamil, Intan Ladyana, Awal Ashaari juga berlakon bersama pelakon baru yang bermula dengan pelakon iklan iaitu Lisa Surihani.Turut diperkuatkan dengan barisan pelakon seperti Ahmad Idham, Cat Farish, Rusminah Sidek, Jalaludin Hassan, Fadzilah Mansor, Aznah Hamid dan Hafidzuddin Fadzil.

David Teo juga akan turut berlakon dalam filem ini untuk watak komedi sebagai jurujual sebanyak 10 babak. Setiap scene komedi dari David Teo muncul dengan mesej tersendiri seperti rajin berusaha dan berdoa.

Pertengahan Jun ini MIG akan memulakan pengambaran filem ke-29 berjudul Syurga Cinta.

Filem I’m Not Single akan menemui penonton mulai 24 Julai 2008.

[tags]Pierre Andre, Lisa Surihani, Ahmad Idham, Awal Ashaari, penerbit David Teo, Roni OIAM2, lirik dua jiwa, teater, scene, arahan, zene, lisa, selayang mall[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Prebiu Filem Sepi

Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain