in , ,

Sekitar Grand Opening Butik SACOOR BROTHERS The Gardens

Terima kasih Sacoor Brothers sudi menjemput Budiey bagi melakukan liputan media di acara ini. Jom baca dan tengok gambar yang sempat Budiey rakam.

Pada jam 8 malam tadi, Budiey dan Cyrill Hassan telah dijemput untuk menghadiri satu acara pembukaan butik terkenal Sacoor Brothers di cawangan terbarunya di The Gardens. Kami cukup bertuah kerana dapat memijakkan kaki di Sacoor Brothers yang terletak di Lot F221, tingkat 1 dan apa tah lagi dapat berlaga bahu dengan selebriti dan ikon fesyen yang turut hadir memeriahkan acara.

Photo Booth Grand Opening Sacoor Brothers The Gardens

Seminggu lalu, Budiey turut dijemput oleh Sacoor Brothers untuk memilih satu persalinan lengkap suit untuk dipakai dan digayakan di Anugerah Skrin 2015 yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 8 November ini. Ini merupakan kali kedua jenama terkenal ini menaja Budiey selepas kerjasama dengan mereka seawal kehadiran Budiey sebagai blogger rasmi di AIFFA 2015 pada awal tahun lalu.

Ternyata, apa yang boleh Budiey katakan, gaya Inggeris yang cukup gentlemen yang super elegan yang menjadi daya tarikan utama selain diperbuat daripada fabrik bermutu yang cukup selesa dipakai menjadikan Budiey memilih untuk mengenakan jenama ini di acara berprestij. Sesuai dengan jenama yang terulung dalam bidang fesyen, Sacoor Brothers telah membuka cawangan terbarunya di Kuala Lumpur ini sebagai memperluaskan pengaruh dan kepercayaan pengguna dalam dimensi yang lebih luas.

Walaupun cawangan di The Gardens ini tidaklah seluas dan sebesar di Bangsar Village dan Pavilion, namun Budiey kira sudah cukup menjadikan Sacoor Brothers antara butik yang akan dikunjungi untuk anda yang sukakan fesyen smart kasual yang lebih kemas dan paling penting bermutu dari segi fabrik, kemasan jahitan dan gaya eksklusif.

Serentak dengan pelancaran dan pembukaan outlet terbaru ini, Sacoor Brothers dengan bangganya telah menampilkan pertunjukan koleksi fesyen Fall Winter FW15 Heritage yang menampilkan beberapa orang model kacak dan cantik dengan inspirasi rekaan dari Lisbon di mana sebuah bandar yang menjadi permulaan perkembangan fesyen 25 tahun yang lalu.

Sudah pun 25 tahun Sacoor Brothers diberi ruang untuk mengisi keperluan pengguna bagi mencari identiti serta keunggulan fesyen, maka kejayaan pada hari ini menandakan Sacoor Brothers terus utuh menjadi satu jenama fesyen yang dipercayai ramai. Selamat menyambut ulangtahun ke-25 tahun buat Sacoor Brothers, semoga terus berkembang ke serata negara menjadi butik paling digemari di dunia.

Sacoor Brothers The Gardens

Pada malam tadi, Budiey menggayakan sepasang suit lengkap dari atas hingga ke hujung kaki semuanya dari Sacoor Brothers. Terima kasih Sacoor Brothers yang sudi menaja pakaian untuk Budiey. Semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa akan datang.

Menariknya acara semalam, kehadiran ikon fesyen terkenal Wak Doyok dan selebriti pelakon terkenal Bront Palarae menjadikan acara semalam lebih bersinar dengan aura selebriti yang ada pada mereka. Ternyata, Wak Doyok dan Bront juga mengakui mereka berdua suka dengan stail gentleman dan kekemasan rekaan serta jahitan Sacoor Brothers. Mereka pernah menggayakan fesyen Sacoor Brothers di beberapa acara terbesar nan berprestij sebagai pelengkap gaya.

Budiey turut berkesempatan untuk menemubual dan hangout bersama Wak Doyok, Bront, pegawai pemasaran Sacoor Brothers iaitu Hugo serta beberapa orang lagi selebriti yang ada di sana. Apa kata korang tonton vlog yang sempat kami rakam di saluran Youtube Budiey.com. Jom!

Sacoor Brothers The Gardens
Sacoor Brothers The Gardens
Sacoor Brothers The Gardens
Sacoor Brothers The Gardens
Sacoor Brothers The Gardens
Sacoor Brothers The Gardens
Sacoor Brothers The Gardens
Sacoor Brothers The Gardens
Sacoor Brothers The Gardens
Sacoor Brothers The Gardens

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Kenapa Perlu Tonton Telefilem Kemuncak TRAVELLING BERUANG

Peraduan Menang Tiket Konsert Ulang Tahun Ke-30 Wings