in , ,

Sekali lafaz, Zamani Slam Kini Sah Bergelar Suami Kepada Nur Juliana

Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 48, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani, malam tadi (Jumaat), 20 September 2019. Isteri Zamani, Nur Juliana yang kini berusia 36 tahun itu dinikahkan di dalam satu majlis tertutup yang sederhana tapi cukup bermakna.

Menerusi sebuah kenyataan yang dihantar kepada media malam tadi, majlis pernikahan Zamani dilangsungkan di sebuah lokasi di Ampang, Kuala Lumpur.

Zamani

Difahamkan majlis serba sederhana tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Bagaimanapun, dia meminta maaf kerana tidak menjemput pihak media dan menghebahkannya lebih awal.

“Saya minta maaf kerana majlis ini dibuat secara tertutup dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya bukan menafikan peranan wartawan terhadap karier saya, tapi ini hanya majlis akad nikah dan kami akan jemput semua pihak pada majlis resepsi yang dirancang nanti,”

– Zamani

Zamani telah memberikan sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 kepada pengantin perempuan.

Selain itu Zamani turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Zamani turut berjanji akan memberi butiran lengkap majlis akad nikah itu beserta gambar kepada Harian Metro pada jam 11 malam, namun sehingga kini dia gagal dihubungi kerana telefonnya dimatikan.

Penyanyi kumpulan Slam itu sudah 14 tahun mengenali dan berkawan dengan Juliana.

Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.

Pada 16 Jun lalu, Zamani membuat kejutan pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani yang berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara apabila mengumumkan mahu bertunang dengan Juliana.

Mereka juga pernah tampil menyanyi berduet pada majlis bersama peminat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan selepas itu.

Zamani

Difahamkan, pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini mengambil keputusan mempercepatkan akad nikah kerana bakal menunaikan ibadah umrah bersama tidak lama lagi.

Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Selamat pengantin baru buat Zamani dan isteri. Tahniah kami ucapkan.

Zamani-Kahwin

Hai wazzap gais, Budiey di sini… Anda sedang menonton ulasan ringkas ALL STARS BUKA PANGGUNG Minggu Ketiga di YOUTUBE BUDIEY CHANNEL. 

Ini mungkin berita yang mengejutkan bagi peminat Zamani Slam. Malam tadi, tanggal 20 September 2019, vokalis kumpulan Slam itu  telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya,  Nur Juliana Abdul Rani di mana mereka telah dinikahkan di dalam satu majlis tertutup yang sederhana tapi cukup bermakna.

Hmmm… senyap senyap je kan, tup tup dah kahwin. Syukurlah segalanya dah pun selamat dilangsungkaaaan. Itu pun , Ramai peminat dan media mengetahui tentang berita ini apabila Zamani menyiarkan dua keping gambar beliau dan isterinya sejurus selepas majlis nikah dalam Instagram Zime Productions.

Menerusi sebuah kenyataan yang dihantar kepada media malam tadi, majlis pernikahan Zamani dilangsungkan di sebuah lokasi di Ampang, Kuala Lumpur.

Difahamkan majlis yang kecil-kecilan yang cukup sederhana tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Bagaimanapun, Zamani telah meminta maaf kerana tidak menjemput pihak media dan tidak menghebahkannya lebih awal tentang berita ini. 

Kalau kita tengok di Instagram ramai sekali peminat yang menghantar komen dan ucapan selamat pengantin baru serta doa semoga jodoh Zamani dan isteri berkekalan hingga ke jannah. 

Menurut kata Zamani, majlis ini dibuat untuk keluarga sahaja kerana beliau mahu menjaga dan menghormati permintaan pihak keluarga kedua belah pihak. Kata zamani lagi, beliau turut berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatan dan kebahagian beliau dan isteri. 

“Saya minta maaf kerana majlis ini dibuat secara tertutup dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya bukan menafikan peranan wartawan terhadap karier saya, tapi ini hanya majlis akad nikah dan kami akan jemput semua pihak pada majlis resepsi yang dirancang nanti,”

– Zamani

Zamani telah memberikan sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM300 kepada pengantin perempuan.

Selain itu Zamani turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Rupa-rupanya, penyanyi kumpulan Slam itu sudah 14 tahun mengenali dan berkawan dengan Juliana yang kini berusia 36 tahun itu.

Untuk pengetahuan, Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.

Pada 16 Jun lalu, Zamani dikatakan telah membuat kejutan pada majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani yang berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara apabila mengumumkan mahu bertunang dengan Juliana.

Selepas itu, Zamani dan Juliana juga pernah tampil menyanyi berduet bersama pada majlis bersama peminat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan.

Difahamkan, pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini mengambil keputusan mempercepatkan akad nikah kerana bakal menunaikan ibadah umrah bersama tidak lama lagi.

Majlis resepsi bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pastinya para peminat tak sabar untuk menantikan majlis resepsi nanti, iyakan?  Budiey pun rasa tak sabar nak tengok pasangan ini disandingkan. Pastinya sweet dan akan diingat sampai bila-bila. Apa yang kita harapkan semoga majlis resepsi nanti berlangsung dengan lancar. Jangan lupa jemput Budiey, okay.

Kepada pengantin baru, Zamani dan Juliana, Budiey nak ucapkan,  Selamat pengantin baru…. Tahniah dari saya di budiey.com. semoga bahagia buat selamanyaaaa….

Nampaknya sekian sahaja untuk waktu ini, tiada video pun yang Budiey jumpai, untuk anda yang menonton sampai habis, terima kasih budiey ucapkan. jangan lupa like, share dan komen berita ini orait. Kepada anda yang belum subscribe tu, nah…. silalah subscribe sekarang untuk berita selanjutnya.

Semoga kita dapat bertemu lagi di berita lain pada masa akan datang. Bye bye assalamualaikum. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mark Adam Red | 14

Puma Unveils First-Ever Smartwatch For Lifestyle Enthusiasts

Sufi Rashid Selamat Bergelar Suami Kepada Nurulain