in ,

Misteri Kematian Dalam Telemovie SEINDAH TAKDIR

Menerusi telemovie bertajuk SEINDAH TAKDIR yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Panggung Seri pada 23 September ini, pukul 9.30 malam di TV1, penonton diajak mengikuti misteri kematian mencurigakan yang cuba dibongkar kebenarannya oleh seorang gadis.

Menampilkan lakonan mantap Hafreez Adam, Shazia Rozaini, Dato’ Eizlan Yusof, Sharisa Haris Chong, Ramona Zamzam, Medina Layla, Yus Waisar dan Sherie Merlis, kisahnya berlegar tentang kejadian yang berlaku setelah kematian suaminya, Habib yang mengidap barah, Umairah meneruskan hidup bertemankan rakaman video Habib yang tersimpan dalam telefon bimbitnya.

Hawa, adik tiri juga kawan rapat Umairah, anak kandung isteri kedua Dato’ Rizman iaitu Datin Aisyah. Datin Aisyah juga menjaga Habib sejak kecil. Hawa yang simpati dengan kehidupan Umairah telah mendesaknya mencari pengganti.

Misteri Kematian Dalam Telemovie SEINDAH TAKDIR di TV1

Telemovie SEINDAH TAKDIR

Dato’ Rizman kemudiannya mengambil keputusan ke Kota Kinabalu Sabah untuk mencari bekas isterinya, Jacqueline dan anaknya Hafiz bagi menebus kesilapannya meninggalkan mereka 20 tahun dulu. Namun, kehadirannya ke sana ditolak oleh Jacqueline dan Hafiz.

Kekecewaan Dato’ Rizman berpanjangan setelah Datin Aisyah disahkan mandul. Allah Maha Berkuasa, isterinya akhirnya mengandung diwaktu yang sama rahsia kembar pertama yang dilarikan oleh Dato’ Rizman mula terbongkar.

Pertengkaran dengan Hawa mendorong Umairah melarikan diri ke bandaraya Sabah. Sepanjang di Kota Kinabalu, Umairah berusaha menenangkan dirinya. Namun satu insiden tak diduga berlaku apabila Umairah terserempak dengan Hafiz yang seiras arwah suaminya. Umairah bagitahu Hawa, namun dia tidak mempercayainya.

Persoalan sama, diajukan Hawa kepada Dato’ Rizwan yang akhirnya berterus-terang bahawa Hafiz adalah pasangan kembar Habib yang dirahsiakan kewujudannya. Juga kewujudan wanita berpurdah (Datin Aisyah) membongkar segala misteri dan rahsia bahawa Dato’ Rizman penyebab dia melarikan diri selama 14 tahun berpunca setelah Hawa diculik ketika kecil.

Datin Aisyah, ibu kandung Hawa dalam diam mengekori tingkah laku pergerakkan anaknya itu. Datin Aisyah muncul kembali disaat mata dan hatinya menyangka Hawa mahu membunuh diri. Saat itulah, mereka rapat kembali dan sedikit demi sedikit terbongkarnya rahsia. Selama ini Dato’ Rizman berselindung di atas perihal tingkah lakunya.

Konflik sebenar memuncak setelah Umairah akhirnya bercinta dengan Hafiz. Umairah berjumpa Jacqueline bagi menjelaskan status dirinya. Malam perkahwinan mereka sekali lagi berlaku bencana dan badi malapetaka. Jacqueline dilanda kemurungan dan mimpi ngeri, atas kematian Umairah dan Hawa bertindak ingin mengetahui dimana kubur Umairah dan Hafiz. Akibat desakan itu, Jacqueline akhirnya mengaku sebagai penyebab kemalangan tersebut.

Insiden kemalangan yang meragut nyawa kembar Hafiz dan Umairah itu sebaliknya mencetus pembongkaran rahsia terpendam Jacqueline, dimana secara tidak sengaja berlaku diantara ibu kandungnya sendiri dihari perkahwinan mereka berdua. Atas kekuasaan Allah S.W.T, kisah hidup dan mati Umairah secara tak sengaja telah menyatukan kembali hubungan kekeluargaan Dato’ Rizman, Jacqueline, Datin Aisyah dan Hawa. Namun dapatkah segala kekusutan dan misteri yang berlaku diselesaikan?

Telemovie SEINDAH TAKDIR

Telemovie SEINDAH TAKDIR

Telemovie SEINDAH TAKDIR

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Telemovie SEINDAH TAKDIR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Deepavali 2017 Bersama RTM

TV2 Tayang Filem ESTET Perpaduan Antara Kaum di Malaysia