in , ,

‘Sedang Disolek, Jangan Gagap’ – Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Beri Bayangan Diijabkabul Hari Ini

Biarpun masih membisu seribu bahasa tentang desas-desus dirinya akan menamatkan zaman bujang hari ini dengan pelakon Yusuf Bahrin, penyanyi Zizi Kirana bagaimanapun seakan menguatkan berita tersebut apabila berkongsi gambar sedang bersolek.

Menerusi satu muat naik foto oleh pengurus peribadinya dalam Instastory, kelihatan seorang wanita didakwa Zizi atau nama lengkapnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, menghadap tingkap sedang disolek seorang jurumekap.

“Selamat pagi,” tertulis kapsyen pada hantaran yang dimuat naik sebentar tadi.

Dalam pada itu, seorang sahabat kepada Yusuf dikenali sebagai Moustaffa terus menguatkan khabar pasangan itu akan diijabkabulkan hari ini.

“Selamat maju jaya Cop (nama timangan buat Yusuf)! Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan. Lap yiu (love you) brother #JanganGagap,” tulisnya.

Yusuf membalas ucapan tersebut dengan menulis: “Amin Allahumma. Terima kasih ‘big brother’ Lap yiu more (love you more). Jangan gagap eh (berserta emoji gelak keluar air mata),” tulis Yusuf, Muhammad Yusuf Bahrin, 29.

'Sedang Disolek, Jangan Gagap’ - Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Beri Bayangan Diijabkabul Hari Ini

Semalam, media melaporkan, Zizi dan Yusuf dikatakan akan melangsungkan pernikahan hari ini di sebuah masjid yang tidak didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur.

“Mereka dikatakan bakal melangsungkan pernikahan esok (hari ini). Namun, maklumat lebih lanjut saya tidak dapat kongsikan,” kata satu sumber.

Zizi menerusi Instagram bagaimanapun hanya meninggalkan tanda tanya tentang berita pernikahannya apabila memuat naik sepotong ayat al-Quran.

“Kami bertawakal kepada Allah,” tulisnya dalam bahasa Arab menerusi Instagram Story.

Hari bahagia pasangan selebriti terbabit semakin kencang bertebaran dan menuju realiti apabila mereka dikatakan sudah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan pernikahan.

Pada awal September lalu, rakaman video Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’ ketika sesi Instagram Live tular sekali gus menguatkan lagi kisah hubungan cinta mereka.

Sebelum ini, Zizi memaklumkan kepada Kosmo! Online, dia tidak menafikan dia rapat dengan Yusuf dan tidak menolak sekiranya mereka ditakdirkan ada jodoh.

“Kami mula berkawan sejak dua bulan lalu dan terbabit sama dalam program All Together Now Malaysia. Kami tak bercakap pun tapi mula bertegur menerusi Instagram pada Aidiladha lalu.

“Namun, sepanjang berkawan, kami tak pernah berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon. Sejujurnya, saya selesa dengan Yusuf. Dia seorang yang lembut tutur bicaranya dan baik,” katanya.

Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Pelawak Popular Didakwa Ceroboh Rumah Bekas Teman Wanita Sudah Selesai

Teka Teki Terjawab! Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Diijabkabulkan Pagi Ini