in , ,

Sebutan Semula Kes Neelofa & Suami Ditunda Sekali Lagi Ke-12 Ogos

Sebutan semula kes Neelofa dan suaminya yang didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditangguhkan kepada 12 Ogos depan.

Peguam, Haresh Mahadevan yang mewakili pasangan Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, kes itu sepatutnya disebut semula esok, bagaimanapun, ia ditangguhkan sekali lagi oleh pihak mahkamah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah ini.

“Sebutan semula kes pendakwaan Neelofa dan suaminya berkaitan gagal mematuhi SOP PKPB di sebuah kedai karpet di Nilai yang sepatutnya berlangsung esok tetapi ditangguhkan pada 12 Ogos depan.

Neelofa Pu Riz

“Mahkamah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini atas alasan PKPD masih dikuatkuasa di Seremban,”

Sebelum ini, pasangan berkenaan mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3 dekat sini pada 2 Mei lalu.

Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 oleh mahkamah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika memasuki premis terbabit.

Neelofa Pu Riz

Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika memasuki premis selain tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

PU Riz, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.

Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu.

Mereka berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jackie Chan | 23

Jackie Chan Makin Dibenci Setelah Nyatakan Niat Mahu Jadi Anggota Parti Komunis China

Tim Cook Apple | 24

Apple MagSafe Battery Pack Dilancarkan Secara Rasmi