in , ,

Sebutan Kes Cerai Siti Fazurina & Suami

Pelakon yang popular dalam siri drama Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd. Famir berharap akan diberikan lagi peluang bagi membolehkan untuk dia dan suaminya memperbaiki hubungan sebagai suami isteri.

Siti Fazurina atau lebih mesra dengan panggilan Nina, 36, ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini sebentar tadi, bagi sebutan kes cerainya bersama suami Mohammad Hykal Zulkifli ,37. Katanya, dia akan cuba menjernihkan rumah tangganya dan akan menyerahkan segala keputusan kepada mahkamah.

Kes Cerai Siti Fazurina & Suami

“Sebagai suami isteri kami tiada masalah berbangkit cuma perlu memperbaiki hubungan yang sedia ada. Kes cerai kali ini difailkan pada Ogos lalu dan merupakan kali ketiga apabila dua permohonan sama sebelum ini ditarik semula,”

– Siti Fazurina

Justeru Nina memberitahu bagi prosiding seterusnya mereka hanya menunggu panggilan dari mahkamah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sama ada dia masih tinggal bersama suami, pelakon itu menjawab mereka masih sebumbung dan turut tinggal bersama ahli keluarga.

Terdahulu sebutan kes pasangan itu berlangsung dalam kamar dihadapan Hakim Syarie Ahmad Mutaqqi Ismail.

Kes cerai itu difailkan Nina selaku plaintif terhadap Mohamad Hykal sebagai defendan mengikut Sesyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah persekutuan) 1984, Ogos lalu.

Pasangan itu sebelum ini menimbulkan kontroversi selepas melangsungkan perkahwinan berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan keluarga yang diadakan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012.

Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 63, mendedahkan perkahwinan itu tidak sah berikutan Nina dipercayai memberi maklumat palsu kepada pejabat agama dengan mengatakan bahawa beliau anak tunggal sedangkan masih mempunyai dua adik lelaki kandung.

Nina dan Hykal dinikahkan semula pada 20 Mac 2013 dengan diwalikan adik kandungnya.

Sumber: K! ONLINE
Kes Cerai Siti Fazurina & Suami

Siti Fazurina Harap Peluang Baiki Hubungan Dengan Suami

Pelakon yang popular menerusi siri drama Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd Famir, berharap peluang yang diberikan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, dapat membaiki hubungan antara beliau dan suaminya.

Perkara itu dimaklumkan Siti Fazurina, 36, selaku plaintif pada prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail, hari ini.

Kes Cerai Siti Fazurina & Suami

“Saya harap peluang diberikan ini membolehkan kami memperbaiki hubungan sebagai suami isteri,”

– Siti Fazurina

Terdahulu, ketika disoal Ahmad Muttaqi adakah dia masih ingin meneruskan permohonan perceraiannya, Siti Fazurina berkata, dia mahu diberi peluang kedua untuk cuba memperbaiki hubungannya dengan suami, Muhammad Hykal Zulkifli, 37, selaku defendan.

“Benda ini masih berlarutan tapi saya rasa nak beri peluang pada dia,”

– Siti Fazurina

Siti Fazurina berkata sebelum mahkamah mengarahkan prosiding kes itu diteruskan di dalam kamar hakim.

Sementara itu, Siti Fazurina memberitahu wartawan yang permohonan cerai yang difailkan pada Ogos lalu adalah kali ketiga apabila dua permohonan sama sebelum ini ditarik balik.

“Oleh demikian, untuk prosiding seterusnya saya menunggu panggilan dari mahkamah,” katanya yang enggan menjelaskan sama ada mahu menarik balik permohonan cerai kali ketiga itu.

Ketika ditanya mengenai sama ada beliau masih tinggal bersama suami, pelakon itu berkata mereka masih sebumbung dengan keluarga.

Terdahulu, Siti Fazurina mengenakan kurung merah dan suaminya, berbaju kemeja putih hadir pada sebutan kali pertama kes permohonan cerai itu.

Kes permohonan cerai itu difailkan mengikut Sekyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah persekutuan) 1984, Ogos lalu.

Kedua-dua mereka tidak diwakili peguam.

Pasangan itu sebelum ini menimbulkan kontroversi selepas melangsungkan perkahwinan berwalikan bapa saudara tanpa pengetahuan keluarga yang diadakan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012.

Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 63, mendedahkan perkahwinan itu tidak sah berikutan Siti Fazurina dipercayai memberi maklumat palsu kepada pejabat agama dengan mengatakan bahawa beliau anak tunggal sedangkan masih mempunyai dua adik lelaki kandung.

Siti Fazurina dan Hykal dinikahkan semula pada 20 Mac 2013 dengan diwalikan adik kandungnya.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kata Support Artis Tempatan, Kenalah Undi Yuna di People’s Choice Awards 2019

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Apple Event 11 September 2019