in ,

Sebalik OverExpose Ally Iskandar & Rakaman Pertama Program ALLY

Korang perasan tak, sejak dua menjak ini, wajah Ally Iskandar sering muncul di kaca TV3. Boleh dikatakan setiap program temubual dan yang melibatkan pengacaraan di TV3, Ally Iskandar yang selalu berkaca mata itu akan diselitkan sebagai hos. Bermula dengan Wanita Hari Ini, kemudian, Muzik-Muzik dan Majalah Tiga… dan Ahad lalu, korang yang tengok Melodi bersiaran pasti akan tertanya-tanya, kenapa pula Ally diserapkan ke Melodi?

Korang tau tak kenapa? Budiey rasa semua ini adalah untuk persediaan awal dan strategi atau promosi hebat atau Budiey boleh katakan… ianya boleh meng-hype-kan nama ALLY. Bukan Ally Mc Beal tapi ALLY ISKANDAR… hehehe…

3148767881 F07864E3D7 | 3

Sebagai pembuka tahun baru 2009, TV3 kini muncul dengan satu lagi program bual-bicara terbaru yang bakal mewarnai malam anda. ALLY bakal menemui penonton setia TV3 mulai esok, 31 Disember 2009 jam 11.00 malam. Program ini merupakan program bual bicara unik yang akan membicarakan tentang pelbagai isu kehidupan termasuklah sosial, pendidikan, hiburan, ekonomi, jenayah dan lain-lain.

Pada 31 Disember ini, Budiey tengok promo di TV3, khabarnya Ally menjemput pelakon yang sarat dengan kontroversi dan pernah digosipkan dengan Ally iaitu…, Fasha Sandha.

Rakaman episod pertama siri ini akan diadakan esok hari dengan membincangkan topik budaya ‘shopping’ lelaki dan wanita. Artis jemputan yang bakal menghiasai episod pertama ini adalah Fasha Sandha dan Shila OIAM.   

Sesi rakaman pertama untuk program bual bicara ALLY akan diadakan pada 31 Disember 2008 (Rabu), jam 3.30 petang di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam.

Jangan lupa tonton ALLY… Budiey pun tak sabar nak tonton gak ni. Agak-agak boleh lawan Oprah? Huhu, jauh-jauh…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 18

Berita Cerai Gemparkan Peminat 

Program Baru Astro KATANYA BAKAL GAMIT MEMORI PEMINAT AF