in ,

Sebab Penyanyi Marinatasha Dihalau Kerana Bertudung?

Gempar juga apabila seorang penyanyi yang baru meningkat naik, Marinatasha diarahkan turun daripada pentas ketika mahu mengadakan persembahan pada majlis makan malam sebuah syarikat hartanah gara-gara dia berhijab. Tiba-tiba nama Marinatasha menjadi hangat gara-gara isu yang sensitif ini. Sudah pasti, nama beliau akan lebih popular tapi apa-apa pun, kejadian ini telah mengaibkan dan memalukan gadis bernama Marinatasha Isnariah Mustaphar, 33 tahun ini. Tapi rasanya tidak patutlah penganjur menyuruh Marinatasha turun dari pentas hanya dia seorang yang bertudung hijab.

marinatasha

Pasti ramai yang ingin tahu apakah yang sebenarnya berlaku dan sebab mengapa Marinatasha dihalau turun dari pentas.

Semalam, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) telah mengadakan satu sidang media telah diadakan M-Cafe, Petaling Jaya bagi memberitahu kepada media tentang hal yang sebenarnya berlaku.

Turut hadir, Presiden Persatuan itu Datuk Freddie Fernandez. Marinatasha yang berpengalaman 12 tahun sebagai penyanyi profesional turut membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Kepong di sini pada 19 Januari lalu iaitu sehari selepas kejadian.

Menurut Marinatasha, tindakan tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain ia berbaur rasis dan diskriminasi terhadap wanita bertudung.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon dan terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan turun apabila diminta berbuat demikian. Bayangkan perasaan saya diperlakukan begitu hanya kerana pihak penganjur tidak suka penyanyi bertudung membuat persembahan pada acara itu.”

Tambahnya, semasa mengadakan latihan bersama kumpulan pemuzik iaitu Rufus di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil syarikat tersebut turut hadir dan isu dia bertudung tidak ditimbulkan.

“Jika benar mereka tidak menyukai saya bertudung mengapa tidak bangkitkan isu berkenaan semasa sesi latihan? Hanya semasa pada majlis berlangsung, seorang pegawai kanan syarikat berkenaan memberitahu imej saya tidak bersesuaian dengan majlis tersebut sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”

Marinatasha berkata, pihak penganjur mengundang bekas peserta Akademi Fantasia ke lapan (AF8) iaitu Zafarina Jamhari (Farina) untuk menggantikannya pada persembahan malam itu.

Katanya, walaupun bayaran penuh kepadanya dijelaskan, namun dia amat kecewa dengan insiden berkenaan.

“Saya tidak faham mengapa tidak dibenarkan membuat persembahan kerana imej saya bertudung sedangkan pengerusi syarikat itu yang turut hadir adalah orang Melayu. Malah beliau mahu saya membuat persembahan tetapi dihalang pihak pengurusan syarikat berkenaan.” – Sumber: Mstar Online

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan HASHTAG Perkenal Single Pertama MY CRUSH

Berita Party Budiey Ke-7 Dalam B*Pop Berita Harian