in , ,

Search Lakar Sejarah Dengan Konsert Endemik 2022 Di ZEPP KL

Amy, Nasir, Hillary Ang Dan Man Kidal Buktikan Kehebatan Dengan Persembahan Bertenaga 2 Jam Tanpa Henti Selama 2 Malam Berturut-Turut

SEARCH yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur (Zepp KL) – sebuah venue acara bertaraf dunia yang baru sahaja dibina di Kuala Lumpur dalam siri konsert bersejarah yang dinamakan KONSERT ENDEMIK

Search Lakar Sejarah Dengan Konsert Endemik 2022 Di ZEPP KL

Berlangsung selama dua malam pada 4 dan 5 Jun 2022, ianya merupakan di antara konsert terbesar pernah dianjurkan oleh SEARCH

Sebagai artis pertama yang membuat konsert solo di Zepp KL, dan juga di antara yang pertama membuat konsert berskala besar di fasa endemik, SEARCH melakar pelbagai sejarah monumental dengan KONSERT ENDEMIK yang telah dirancang sejak tahun lepas lagi. 

Search Lakar Sejarah Dengan Konsert Endemik 2022 Di ZEPP KL

Dengan repertoire yang terdiri dari gabungan single terbaru dari SEARCH iaitu Endemik I dan Endemik II, sehinggalah kepada lagu-lagu yang menjadi kegilaan peminat-peminat tegar SEARCH yang memberikan status legenda scene rock n roll negara dan di rantau Asia Tenggara, seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu, Rozana, Meniti Titian Usang, Pawana dan Isi Atau Kulit, 

Search Lakar Sejarah Dengan Konsert Endemik 2022 Di ZEPP KL

SEARCH turut menyelitkan lagu-lagu yang jarang dipersembahkan live seperti Nigina dan Diari Habil dan Qabil. 

Konsert selama dua jam tanpa henti tersebut membuktikan bahawa status SEARCH sebagai kumpulan rock nombor satu di Malaysia belum lagi dapat dicabar. 

Search Lakar Sejarah Dengan Konsert Endemik 2022 Di ZEPP KL

SET LIST KONSERT ENDEMIK 2022

  • Endemik 1
  • Pelesit Kota
  • Nigina
  • Meniti Titian Usang
  • Kejora
  • Gelora Cinta
  • Isi Atau Kulit
  • No Way
  • Endemik II
  • Hello Kawan (Tribute to Allahyarham Yazit Ahmad)
  • Setelah Hujan
  • Rozana
  • Gadisku
  • Songsang
  • Pada Satu Kedudukan
  • Isabella
  • Fantasia Bulan Madu
  • Diari Habil & Qabil
  • Melastik ke Bintang
  • Pemuzik Jalanan
  • Mat Rock (bonus)
  • Pawana (bonus)
Search Lakar Sejarah Dengan Konsert Endemik 2022 Di ZEPP KL

Rizal Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif, LOL Asia (penganjur acara),berkata, “Saya percaya status SEARCH sebagai kumpulan rock nombor satu di Malaysia, fasiliti bertaraf dunia di Zepp KL dan jugatenaga kerja belakang tabir dan sistem sokongan yang kukuh menjadi faktor utama KONSERT ENDEMIK hangat diperkatakan dan sold out pada kedua-dua malam. 

KONSERT ENDEMIK 2022 MALAM KE-2

“Dengan line-up yang terdiri dari ikon muzik rock Malaysia iaitu Amy, Nasir, Hillary dan Man Kidal, SEARCH juga diiringi oleh Genervie dan Arthur Kam (drum) – diiktiraf sebagai di antara sessionist terbaik di Malaysia. Pasangan adik beradik ini sememangnya menjadi buruan artis dari seluruh dunia atas kemahiran mereka di dalam bidang permainan dan arahan muzik. Dari segi teknikal, kami telah menjemput pakar-pakar tempatan dan antarabangsa seperti Akira Yamauchi – seorang jurutera bunyi yang dikenali ramai, untuk memastikan kualiti sound KONSERT ENDEMIK pada kedua-dua malam di tahap yang tertinggi”.

Search Lakar Sejarah Dengan Konsert Endemik 2022 Di ZEPP KL

Amat dikenali sebagai ikon fesyen negara, SEARCH sekali lagi telah melantik Jiman Casablancas sebagai stylist / penata gaya bagi keseluruhan KONSERT ENDEMIK. Jiman menyatakan, “Fesyen adalah di antara elemen yang amat diambil berat oleh Amy dan dia sentiasa mahukan sesuatu yang fashion forward. Saya bekerjasama dengan Kit Woo dan Wardrobe Privato untuk memastikan penampilan kesemua ahli-ahli SEARCH serta sesiapa sahaja yang beraksi di atas pentas menyokong visi SEARCH dari segi visual. Pasukan grooming SEARCH pula diketuai oleh Khir Khalid dan bersamanya adalah David Shaw, Jijie Zainal dan Kasih Cicie.”

Search Lakar Sejarah Dengan Konsert Endemik 2022 Di ZEPP KL

Amy selaku vokalis utama SEARCH menyatakan “Kami percaya bahawa KONSERT ENDEMIK ini telah berjaya menjadi penanda aras bagi penganjuran konsert fasa endemik di Malaysia dan rantau ini. InsyaAllah KONSERT ENDEMIK akan kami bawa ke serata Malaysia dan mungkin juga ke luar negara. Bagi pihak SEARCH, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya peminat-peminat SEARCH yang menyokong perjalanan kami sejak ia ditubuhkan sehingga kini”.

#SEARCHENDEMIK #SEARCHLIVEATZEPPKL #SEARCH

Search Lakar Sejarah Dengan Konsert Endemik 2022 Di ZEPP KL
Search Lakar Sejarah Dengan Konsert Endemik 2022 Di ZEPP KL
https://flic.kr/p/2nqcq3a

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inspirasi Wanita Berjaya Dalam Trend Hawa Dihoskan Oleh Fiza Frizzy

SAMSUNG

Wow! Samsung Unveils the New Neo QLED 8K & Neo QLED TV in Malaysia