in ,

SEA LIFE, Jenama Aquarium Terbesar di Dunia Kini di Malaysia

LEGOLAND® Malaysia Resort hari ini meraikan operasi minggu kedua SEA LIFE Malaysia, akuarium bertema LEGO® interaktif pertama di negara ini yang terdiri daripada 13,000 hidupan laut daripada 120 spesies dari 11 zon habitat yang berlainan. Akuarium dua tingkat yang sangat ditunggu-tunggu ini adalah tarikan terbaru di resort ini.

SEA LIFE Malaysia Preview Image #4
SEA LIFE Malaysia Junior Rangers with Kurt Stocks, General Manager, LEGOLAND® Malaysia Resort, Kristian Griffin, General Manager,SEA LIFE Malaysia and Thila Munusamy, Sales and Marketing Director, LEGOLAND® Malaysia Resort and SEA LIFE Malaysia mascot, Sharkie after receiving their token of appreciation for completing the year as the first batch of ambassadors for the marine sanctuary.

“Kami sangat gembira dengan sambutan yang luar biasa yang kami terima selepas melancarkan tarikan baharu ini.

Akuarium interaktif di SEA LIFE Malaysia menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik yang menggabungkan pendidikan dan pemuliharaan.

Dengan gabungan pendekatan imaginasi melalui LEGO®, SEA LIFE Malaysia menjanjikan hari yang hebat untuk seluruh keluarga,”

– Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND® Malaysia Resort

LEGOLAND® Malaysia Resort telah menarik penduduk tempatan dan pelancong luar dari Singapura, Indonesia, Thailand, Australia dan China.

SEA LIFE Malaysia Preview Image #1
Kurt Stocks, General Manager at LEGOLAND® Malaysia Resort sharing on how the opening of SEA LIFE Malaysia makes LEGOLAND® Malaysia Resort a one-stop destination for families.

Selaras dengan ini, pembukaan SEA LIFE Malaysia dijangka memberi peningkatan tambahan dalam memacu pelancongan di Johor, seterusnya menyokong cita-cita negeri menjadi destinasi pelancongan serantau bernilai tinggi menjelang 2023.

“SEA LIFE Malaysia telah mendapat sambutan hangat dan kami ingin memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar, mencintai dan merawat lautan melalui edutainment,”

– Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND® Malaysia Resort

Di antara kehidupan marin yang kini ditempatkan di 25 tangki ialah Stingray, Jerung Zebra, Black Tip Reef SharkSeahorse, dan banyak lagi.

SEA LIFE Malaysia Preview Image #3
Junior Rangers exploring SEA LIFE Malaysia during their Behind the Scenes Tour of Malaysia’s first interactive LEGO® themed aquarium

Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti sesi bercerita, paparan interaktif dan touch pooldi zon Rok Pool, zon habitat khas yang menempatkan hutan hujan Malaysia dan Stingray Baydan Ocean Tank, tangki terbesar yang diisi dengan 400,000 liter air.

Merangkumi 6 meter panjang dan lebih dari 2 meter lebar, Ocean Tankmenampilkan pengalaman yang menyeronokkan dan interaktif yang memperkenalkan kehidupan dan pemuliharaan laut. Di samping itu, para tetamu boleh melihat LEGO® Mini-Figuresdan makhluk-makhluk laut LEGO® yang lain.

Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti LEGOLAND® Malaysia Resort, layari Facebookdan Instagram.  

SEA LIFE Malaysia Preview Image #2
Kristian Griffin, General Manager of SEA LIFE Malaysia sharing how the SEA LIFE Malaysia team have been working tirelessly to ensure that all their marine friends are settled into their new homes

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Tidak Ambil Hati Dengan Teguran Dilemparkan Zahnita Wilson

Penginapan Luas dan Praktikal di Adagio Amsterdam City South