in , ,

Scha Alyahya Tidak Gemar Dibandingkan Dengan Pasangan David & Victoria Beckham

Branding’ pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya tidak perlu diperkenalkan lagi, malah ada segelintir netizen juga menggelar mereka sebagai ‘power couple’ (pasangan paling berpengaruh dalam bidang seni).

Awal Ashaari & Scha Alyahya

Penjenamaan yang dibawakan mereka juga dikatakan menjadi contoh dan ikut-ikutan beberapa pasangan selebriti sejak kebelakangan ini. ‘Branding’ Scha dan Awal yang digelar Schawal ini bukan sedikit-sedikit kerana disebabkan ‘branding’ itu, mereka sering kali menjadi perhatian untuk dijadikan sebagai duta produk keluaran tempatan mahupun antarabangsa.

Ketika ditanyakan mengenai perkara itu, Scha menjelaskan dirinya langsung tidak kisah sekiranya ada mana-mana selebriti menjadikan dia dan Awal sebagai contoh bagi memperkuatkan jenama pasangan masing-masing dalam industri hiburan.

Scha Alyahya ditemui media di majlis pelancaran tas tangan dan kasut jenama Scha X Christy Ng yang berlangsung di The Face Suites, Kuala Lumpur semalam.

“Saya memang tidak kisah kalau ada mana-mana selebriti yang jadikan kami sebagai idola mereka. Bagi saya, ia adalah satu pencapaian.

Saya tak pula rasa, rimas ke apa kalau mereka nak meniru sebab akhirnya originaliti yang ada dalam diri seseorang itu yang akan membawanya berjaya dalam industri.

“Macam saya sendiri, saya pun idolakan pasangan selebriti Hollywood, Will Smith dan isteri, Jada Pinkett Smith dan juga Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah.

Saya suka sikap selamba dan bersahaja mereka apabila berada di samping pasangan masing-masing,”

– Scha Alyahya

Sementara itu, Scha turut tidak menggemari tindakan sesetengah netizen yang gemar membuat perbandingan di antara dirinya dan suami dengan pasangan suami isteri popular David dan Victoria Beckham.

“Kadang-kadang ada juga perangai netizen yang saya tidak berapa faham, mereka yang melabelkan kami, lepas itu buat pula perbandingan kami dengan David dan Victoria Beckham, Putera William dan Kate Middelton lah. Boleh tak saya hanya nak jadi diri sendiri sahaja.

“Bagi saya, orang kita ini suka tengok kepada idea yang diciptakan mereka sendiri lepas itu mulalah mereka suka-suka buat perbandingan tersebut,”

– Scha Alyahya

Scha dan Awal berkahwin pada 4 Mei 2012 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Kopiplanet.com

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengendali Akaun Instagram Buat Permohonan Maaf Kepada Fizz Fairuz

Filem Klasik HAPUSLAH AIR MATAMU Lakonan Datuk Sharifah Aini & Broery Marantika