in , ,

Scha Alyahya Teruja Bagitaw Awal Ashaari, Dia Pakai Tudung Nampak Cantik

Scha Alyahya atau nama sebenar Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya lahir pada 30 Mei 1983. Beliau mula dikenali selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006.

Namun namanya terus menjadi perhatian peminat dunia hiburan apabila beliau membawa watak utama, Dania dalam drama Awan Dania pada tahun 2008 hingga 2010. Pada awal kemunculannya siapa sangka Scha banyak menjayakan watak komedi sebelum terus mengorak langkah sebagai pengacara.

Antara rancangan yang dikendalikan ialah Gempak Superstar, Muzik-Muzik, Dewi Remaja dan juga Sehati Berdansa dimana beliau bergandungan dengan Awal Ashaari. Mempunyai tubuh yang tinggi lampai dan wajah yang unik membuatkan Scha mendapat lebih banyak tawaran menjadi jurucakap produk dan kini Scha dikenali sebagai seorang ikon fesyen dinegara kita.

https://www.instagram.com/p/B_UwahSFLts/

Bila orangnya cantik pakai apa pun cantik. Baru-baru ini Scha memuat naik video di IG Story ketika beliau membuat review tentang satu jenama tudung yang memberikan tudung kepadanya.

Nampak manis sangat Scha pakai tudung, nampak betul Scha teruja bila mengenakan tudung yang nampak sangat sesuai dengannya. Apa yang menarik, Scha tak sabar nak tunjuk dekat suaminya, Awal.

Scha Alyahya Teruja Bagitaw Awal Ashaari, Dia Pakai Tudung Nampak Cantik

Apalah agaknya kata Awal ye, apa-apa pun semoga di bulan Ramadhan yang diberkati ini Scha sekeluarga diberikan ketenangan dan hidayah dari Allah SWT. Kami pasti para peminat turut akan mendoakan yang terbaik buat keluarga yang sangat comel ni.

Sepanjang PKP ni mereka sering memuat naik aktiviti harian bersama para peminat. Apa yang membuatkan peminat turut teruja apabila Scha dan Awal sama-sama menunjukkan kebolehan berada di dapur. Hebat ye Awal dan Scha.

Lara pula walaupun baru berumur 6 tahun tapi sudah berjinak-jinak untuk puasa. Lara akan turut sahur dan berpuasa setengah hari sampai pukul tiga. Tahniah Lara!

What do you think?

83 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Soalan Lazim Bank Negara Malaysia Mengenai Kemudahan Moratorium

Tangguh Bayaran Pinjaman Bank, Pelanggan Diberi Dua Pilihan