in

Scha Alyahya & Nabil Pengacara Sampaikan Raya 2013

Setiap kali menjelang aidilfitri, ahli keluarga dan sanak saudara akan menyambutnya dengan penuh keriangan tetapi kepada mereka yang jauh atau terpaksa bertugas atau masih belajar di perantauan, hanya salam sahaja yang dapat merapatkan hubungan sesama keluarga dan sanak saudara sebagai pengubat rindu. Maka itu telah menjadi tradisi setiap tahun menjelang sambutan Hari Raya, TV3 tidak ketinggalan dalam meneruskan legasi bersama program Sampaikan Raya untuk tahun 2013.

[dropcap]T[/dropcap]idak bersiaran secara langsung untuk tahun ini, Sampaikan Raya 2013 telah dirakam di Paradigm Mall Kelana Jaya pada 25 Julai 2013 yang lalu. Sampaikan Raya 2013 akan memaparkan pelbagai kisah dari segenap pelusuk masyarakat di Malaysia. Program selama 2 jam yang dihoskan oleh Scha Al Yahya bersama Nabil Ahmad ini akan membuat sedikit kelainan dimana program ini bakal diselang-selikan dengan hiburan nyanyian oleh artis jemputan serta juga memaparkan kisah dan kehidupan artis dan juga masyarakat terutama mereka yang telah menyumbang bakti untuk kesejahteraan dan kedamaian Malaysia serta persiapan artis ketika menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan dan persiapan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sampaikan Raya (5)

Pihak produksi Sampaikan Raya 2013 berkesempatan berkunjung ke Lahad Datu khususnya ke Felda Tanduo dan Kampung Tanjung Labian, dimana lokasi tersebut pernah terjadi pertempuran yang amat menganggu ketenteraman negara kita. Di sini dipaparkan bagaimana parajurit negara kita menjalankan kehidupan seharian mereka demi membela dan menjaga keselamatan tanah air m sambil menjalankan ibadah puasa malah mereka juga akan menyambut Hari Raya di sana.

[pullquote align=”right”]Secara eksklusif, pihak produksi juga diberi peluang melawat penyanyi Kumpulan Spring, Ameng yang kini menjalani hukuman penjara selama 8 tahun di Penjara Kluang, Johor Darul Takzim.[/pullquote]

Paparan visual mengisahkan kehidupan Ameng yang begitu insaf dengan apa yang terjadi. Apatah lagi, Ameng sudahpun menjalani hukuman 10 sebatan 2 tahun lalu. Lebih menyayat hati, apabila Ameng tidak akan dapat beraya dengan keluarga untuk 5 tahun lagi. Hanya ucapan sayang yang dapat disampaikan oleh Ameng kepada keluarga beliau terutama ibu dan isteri beliau.

Berlainan pula dengan kisah pelakon dan pengarah, Khir Rahman, tahun ini merupakan kali pertama beliau beraya tanpa ibu tercinta, Allahyarham Datin Azizah Mohamad. Sampaikan Raya 2013 juga sempat merakamkan detik-detik sedih Khir Rahman bersama ayah tersayang, Datuk A. Rahman Hassan menziarahi pusara Allahyarham.

Sampaikan Raya 2013 juga akan membawa anda untuk balik berhari raya di Alor Star bersama Mazlan Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Lan Pet Pet. Penonton berpeluang melihat dan mengetahui kehidupan sebenar Lan Pet Pet sebelum bergelar artis. Sampaikan Raya 2013 dapat berkunjung di pasar tani di mana Lan Pet Pet pernah bekerja selain juga pernah mengambil upah mengecat balai polis semata-mata ingin mencari duit lebih untuk berhari raya.

Dalam kedukaan pasti ada kegembiraan, Sampaikan Raya 2013 pasti juga memaparkan kisah gembira. Antaranya, kisah dua sejoli berdarah manis Fouziah Gous bersama tunangnya membuat persiapan berhari raya dimana ini merupakan kali pertama mereka beraya sebagai tunangan orang. Bukan itu saja, Sampaikan Raya 2013 juga sempat merakamkan detik-detik gembira Nora Danish dan penyanyi Nora J membuat persiapan menyambut Syawal dengan membeli-belah bersama ahli keluarga.

Yana Samsuddin, Johan As’ari dan Awie Rafael juga ingin berkongsi aktiviti bulan Ramadan dengan peminat tersayang. Antara aktiviti Johan As’ari adalah membaca Al-Quran, dimana kita memang mengetahui, Johan pernah bersekolah pondok. Manakala pula Awie Rafael berkongsi pengalaman dalam menunaikan solat terawih di bulan Ramadan ini. Yana pula lebih berminat untuk berniaga biskut raya pada bulan mulia ini.

Sampaikan Raya 2013 juga sempat ‘menyelongkar’’ kediaman pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam, dimana pihak produksi dapat merakamkan barang-barang kesayangan pelakon ini. Antaranya ialah trofi-trofi yang pernah dimenanginya.

Buat peminat yang merindui penyanyi yang sedang membina nama di persada antarabangsa, Yuna, Sampaikan Raya 2013 dapat menemubual Yuna melalui Skype secara eksklusif dimana Yuna sempat berkongsi cerita bagaimana berpuasa dan menyambut Syawal di perantauan.

Selain menyampaikan salam dan kisah duka gembira artis, Sampaikan Raya 2013 bakal diselang-selikan dengan persembahan daripada artis-artis jemputan termasuklah Black & RJ, VOU , Bob, Hazama, Asmidar, Cat Farish, Ezad, Aizat, Noh, Ila Damia dan Kru. Antara artis jemputan yang turut diraikan ialah Ahmad Idham, Yana Samsuddin, Nadiya Nissa, Fizz Fairuz, Along Cham, Shaheizy Sam, Harun Salim Bachik, The Fabulous Cats, Khir Rahman, Along Cham, Angah, Achey, dan lain – lain

Jangan lupa saksikan Sampaikan Raya 2013 pada malam menjelang Syawal, jam 11.00 malam – 1.30 pagi terbitan Primeworks Studios, dikendalikan oleh penerbit Zamzuri ‘Ayau’ Zaini dan penerbit eksekutif Jamil Hassan.

Layari laman web rasmi TV3 di www.tv3.com.my/anugerahsyawal dan juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram & Youtube TV3Malaysia untuk berita terkini. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#anugerahsyawal) bagi memeriahkan sambutan Syawal nanti. Selain menonton di TV3, penonton juga boleh menyaksikan program-program Raya menerusi www.tonton.com.my

Sampaikan Raya 2013

Sampaikan Raya (3)

Sampaikan Raya (1)

Sampaikan Raya (4)

Sampaikan Raya (2)

Sampaikan Raya (6)

Sampaikan Raya (7)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Majlis Berbuka Puasa KRU Music

Gambar Natassia Malthe di Majlis Berbuka Puasa KRU Music